Bazar ‘Green Crafts’ RWMF 2011




Gerai kraf Fakulti Seni dan Rekaan UiTM


Masih lagi mengenai kunjungan kami di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia atau popular dikenali sebagai Rainforest World Muzik Festival (RWMF) pada 8 Julai lepas.  Maklumlah, 7 jam berada di sana jadi terlalu banyak pengalaman untuk dikongsikan antaranya bazar kraf yang disertai oleh beberapa institut pengajian tinggi awam dan swasta.







Bergambar di hadapan gerai kraf UiTM


Memandangkan tema Bazar Kraf RWMF 2011
ialah ‘Green Crafts’, jadi kebanyakan produk  yang dipamerkan menampilkan seni kraf yang diperbuat daripada
bahan semula jadi dan bahan kitar semula yang mempunyai nilai dan
promosi tinggi.












Permainan menyumpit di gerai UiTM

Kami dua si gaman merupakan produk UiTM, jadi gerai kraf UiTM antara yang wajib dikunjungi.  Selain itu, antara yang turut menarik perhatian kami ialah gerai pameran oleh Fakulti Seni & Rekaan UNIMAS.






Rak gelas yang diperbuat daripada kayu terpakai yang direka sendiri oleh pensyarah fakulti, Louis Ringah (kiri)









Diperbuat daripada besi buruk menjadi sebuah ... mungkin robot :)








2 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Di bahu tu robot, rim kereta ka tu? Haha.

# dari sabahan, untuk sabahan #

MyGamanBorNeo said...

@Fadzmie Mohamad hahaha ... tutup rim kereta la tu. semua dorg buat dr bahan terbuang.