Di Sabah Senang Cari Duit








PATI:  "... saya datang ke Sabah ini cari makan, sebab saya dengar di Sabah ini senang cari duit! saya punya kawan-kawan sudah lari pegi Sabah.  Dia orang sudah jadi kaya-kaya.  Ada yang sudah jadi YB ... Datuk pun ada! Saya pun lain kali mau jadi ..."



p/s:  Masalah yang tidak pernah selesai.









Bungee Jumping @ Sarawak Regatta 2011




Mesin permainan interaktif ‘Elevator Reverse Bungee Jumping’ merupakan
antara aktiviti menarik pada Sarawak Regatta 2011 yang berlangsung
selama tiga hari bermula 15 - 18 September lepas di Tebingan Kuching
(Kuching Waterfront). 










Terdapat dua unit mesin diletakkan berhampiran kafe James Brooke iaitu satu unit untuk dewasa dan satu unit lagi untuk kanak-kanak.






Mesin permainan interaktif ‘Elevator Reverse Bungee Jumping’ yang dibawakan oleh IWWF Wakeboard World Cup ini dikatakan mampu membawa setiap pemain ke udara dengan ketinggian lebih 40 kaki.






Difahamkan, sesi permainan percuma diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun sementara bagi dewasa bayaran sebanyak RM30.






Selamat Menyambut Hari Malaysia 2011




From Google Pix


Tahun ini merupakan tahun kedua negara mengadakan sambutan Hari Malaysia Hari Malaysia.  Untuk rekod, Hari Malaysia merupakan cuti am di
negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri dan bukan
merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Bagaimanapun, bermula pada tahun
2010, tarikh 16 September diistiharkan sebagai cuti am di semua negeri di Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.





Mengikut maklumat yang diperolehi daripada Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia, Hari Malaysia disambut pada 16 September
setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di
tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama
Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.  Menurut sejarah, pembentukan persekutuan baru ini
dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke
31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan
hari kemerdekaan ke-6.  





Bagaimanapun, beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia
dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia telah memperlambatkan pengisytiharan
ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi
membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat
pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.






Penubuhan Malaysia 16 September 1963


Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan
Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel
Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya
diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk
kerjasama politik dan ekonomi.





Antara lain, kerjasama ini perlu
diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin
ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian
kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura
yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu
juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk,
meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi
Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.





Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel
Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah
bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan
dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini
adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia
kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam
Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada
ahli-ahli Parlimen.





Perwakilan Singapura terdiri daripada
ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti
pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis
Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah
bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara
berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada
Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di
Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di
Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa
bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah
terhadap gagasan Malaysia.





Memorandum yang dipersetujui
Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk
dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini
bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada
perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah
tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa
dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama
Islam diterima sebagai agama rasmi.





Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17
Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua
pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan di antara kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan
penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk
negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan
Malaysia.





Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima
orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank
England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd
Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu,
manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada
kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.





Sepanjang Februari-hingga April 1962,
Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200
memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti
politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar,
anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin
agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan.





Hasil dari laporan ini menunjukkan
sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada
penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan
Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha
Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan
cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa
perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.





Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah
dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir
semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul
Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan
Suruhanjaya Cobbold.





Beliau telah membentuk sebuah
Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh
beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul
Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk
(Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan
Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom).





Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold
Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London.
Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963
satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan
Komanwel di Malborough House, London.





Perjanjian Penubuhan Persekutuan
Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan
telah di peroleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau
bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut
terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu
hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya
diisytiharkan pada 16 September 1963. Upacara pengisytiharan Malaysia
telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963.
Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan
Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura,
Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet,
diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.





Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah
dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan
lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah
tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali
diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri
dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad
bin Mohammad Said.





Rentetan Peristiwa



27 Mei 1961


Perdana Menteri,
Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri
Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang
perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk
kerjasama politik




23 Julai 1961


Mesyuarat Persatuan
Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah
bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
dipengerusikan oleh Donald Stephen.




Ogos 1961


Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah




18-20 Disember 1961


Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak




6-7 Januari 1962


Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur




17 Januari 1962


Suruhanjaya Cobbold
telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di
Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang
ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie,
Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak
sebagai Setiausaha


3-4 Februari 1962


Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia




21 Jun 1962


Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu


Julai 1962


Kata sepakat dicapai
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan
Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan
rundingan.




9 Julai 1963


Perjanjian penting
telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough
House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah
ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.




16 September 1963


Upacara
pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri,
Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia




















Semanis Rasa Semanis Memori Bun Kacang Merah




Bun Kacang Merah


Bun kacang merah untuk minum petang tadi, mengingatkan saya kembali kepada zaman kanak-kanak kami lima beradik pada sekitar tahun 80-an. Seingat saya, pada ketika itu sebungkus mengandungi empat biji bun bersaiz besar cuma berharga $1.00 (masa tu belum guna simbol RM lagi).  Kehidupan pada ketika itu tidak seperti sekarang, jadi bun kacang merah sudah lebih daripada cukup untuk menggembirakan kami adik-beradik.  Sekarang, walaupun sebungkus (6 biji bersaiz kecil) berharga RM2.60,
rasanya masih tetap seenak dahulu kerana setiap kunyahan memutarkan
kembali kenangan zaman kanak-kanak dahulu. 










Caj 6% Cukai Prabayar, Apa Kata Mereka


Najib - Meminta syarikat
telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai
perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah
nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan
rakyat.  





Ismail Sabri - Syarikat-syarikat telekomunikasi perlu meningkatkan dahulu taraf
perkhidmatan mereka sebelum menaikkan cukai perkhidmatan enam peratus ke
atas pembelian tambah nilai prabayar.  





Rais - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan membawa bantahan
pengguna terhadap pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus yang
dikenakan syarikat telekomunikasi seperti diumumkan semalam ke mesyuarat
Jemaah Menteri minggu depan.






Sumber:  Utusan Online




Apa kata saya:  Walau apa kata orang-orang besar ini, keputusan mengenakan caj cukai perkhidmatan ke atas
semua produk tambah nilai  prabayar dan kad sim sebanyak 6% patut TIDAK DITERUSKAN.  Kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas
(SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar jadi kenapa perlu
dikenakan cukai lagi, lagi pula kebanyakan pengguna prabayar adalah dari
kalangan golongan berpendapatan rendah.










Cukai 6% Tambah Nilai Prabayar Bebankan Rakyat


Ini merupakan berita yang tidak sedap didengar atau dibaca.  Langkah yang diambil oleh semua syarikat telekomunikasi untuk mengenakan cukai perkhidmatan 6% ke atas semua pembelian kad tambah nilai, kad sim mulai 15 September ini menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuklah saya.  Tindakan ini akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah semakin TERTINDAS.





Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 September





KUALA
LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan
kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai
perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.  Menurut
kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala
Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak
perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap
oleh syarikat telekomunikasi.





Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah
alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan
ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.“Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini,
ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing,” kata kenyataan
itu.





Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam
peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah
nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai
perkhidmatan.  “Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu,” katanya.





Bagi
mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan
prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau
menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan. 



Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai
penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam
perundangan cukai perkhidmatan.





Akta Cukai Perkhidmatan 1975
memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan
pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk
perkhidmatan prabayar mudah alih.  Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.





Sementara
itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit
Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan
caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan
prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.





Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan
akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan
rendah.  “Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan
prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam
peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan,” katanya.
  Sumber:  Berita Harian













Tips Interview Cik Kat, Cik Ker, Cik Kum & Cik Bab


Adakah anda, Seringkali gagal dalam temuduga? Tidak dapat menjawab soalan penemuduga dengan baik? Terlepas peluang mendapatkan jawatan idaman kerana gagal dalam temuduga? Tiada masa untuk melakukan persediaan temuduga? atau Temuduga makin hampir, tapi anda masih tidak tahu soalan-soalan yang mungkin ditanya?  Apa kata anda baca contoh-contoh temuduga di bawah ... siapa tahu dapat meningkatkan keyakinan dan menjana idea-idea bernas semasa menjawab soalan temuduga kelak






























Mengenai Mr & Mrs MyGamanBorneo






"Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan"




Rupa-rupanya ada yang 'kongpius' dengan identiti tuan punya blog ini sebenarnya, ini blog milik bersama si gaman-gaman.  Tapi pemegang saham terbesar blog MyGamanBorneo [http://myhomeniaga.blogspot.com/] ialah wanita 'cumil' seperti gambar di atas ✿◕‿◕✿