Berbelanja Di Kedai Rakyat 1 Malaysia

RM52.70, itu jumlah pembelian yang dibuat di Kedai Rakyat 1 Malaysia, Kota Samarahan hari ini.  Ini merupakan kali kedua kami berbelanja keperluan dapur di situ.  Difahamkan kedai ini telah mula beroperasi sejak Mac tahun ini.

Berbelanja di KR1M, Kota Samarahan
Harga barangan di bawah label 1 Malaysia memang agak berpatutan cuma pilihan produk di bawah label ini masih agak terhad di sini.  Menariknya di kedai ini terdapat juga jenama produk lain yang membolehkan pelanggan membuat perbandingan harga dan membuat pembelian mengikut kemampuan masing-masing.

Dapat oren sebagai "free gift"
Oren, minyak masak, maruku, madu dan kek antara produk di bawah label 1 Malaysia yang dibeli. Kami juga mendapat 'free gift' berupa sebotol extrak jus oren.  Jadi sesiapa yang berada di sekitar Kota Samarahan, apa kata singgah berbelanja di KR1M dan menjadi pelanggan bertuah mendapat 'free gift' seperti kami.  Oren free wooo ... ♥‿♥

2 comments:

Unknown said...

Pasal kamu berbelanja lebih dari RM50.00 dia bagi free 1 bottle oren.Dekat KR1M lain sikit kalau barangan jenama Yeo's atau selain dari jenama logo 1Malaysia dia orang letak harga mahal dari tempat lain.Itu cara mereka untuk kabur kan mata kita.
Contoh: Curry Ayam Yeo's (RM4.00)
Curry Ayam 1Malaysia (RM3.00)
Tapi harus di-ingat..rasa dan quality sangat berbeza.
Walaubagai mana pun saya suka beli barangan e.g minyak masak,klorok,pencucui lantai dan Oren logo 1Malaysia memang murah.

Jaw Sanggin said...

@Awang Kassim ... ya la, saya pernah cuba beli cola 1M. Kualiti sangat2 berbeza.

Kami pun suka beli minyak masak di KR1M. Murah berbanding di kedai biasa.