Putih, Hitam dan Dot Dot Dot

Lama tidak bercerita mengenai kucing kesayangan kami, si Putih.  Si Putih sekarang sudah 6 tahun bersama kami ... sepanjang tempoh tersebut, bermacam-macamlah karenahnya.  Ada karenah yang mencuit hati dan ada juga karenah yang bikin panas hati.

Putih
Si Putih ni bukan sahaja tidak mudah mesra dengan orang-orang yang tidak dikenali, malah sukar untuk mesra dengan kucing-kucing lain.  Pantang ada kucing lain tersinggah di rumah kami .... maka akan terjadilah pergaduhan hebat biarpun kebanyakan keputusannya si Putih yang tertewas.

Hitam
Si Putih sekarang ada kawan (bukan kawan sebenar) yang kami panggil si Hitam.  Si Hitam ni pernah juga menjadi mangsa buli si Putih, tapi mungkin sikap si Hitam yang merendah diri dan tidak suka melawan maka dia diterima dengan seadanya oleh si Putih.

Si Putih & si Hitam
Si Hitam ni bolehlah dikategorikan sebagai kucing pelawat sebab dia cuma datang untuk makan dan tidur sekejap-sekejap di rumah, tetapi tidak menetap di rumah kami.  Disember ni genap sudah setahun si Hitam muncul dalam hidup kami dan si Putih.

Dot ... dot ... dot
Jika Disember 2012 lepas si Hitam muncul dalam hidup si Putih, disember tahun ini pula muncul lagi seekor kucing.  Kali ini anak kucing berusia kira-kira tiga atau empat bulan.  Jiran sebelah cakap, kucing ni dibuang orang pagi tadi.

Kesian juga, sudah masuk dalam kawasan rumah ... kalau dibiar takut dibaham anjing ataupun dilanggar kereta.  Huh! ... sifat keperihaiwanan yang sukar ditepis.  Belum ada keputusan sama ada kami akan pelihara atau berikan anak kucing ini kepada mana-mana pihak yang berminat.

2 comments:

Willie a.k.a Reptoz said...

Kenapa si putih bewarna kuning? Saya rasa si kuning ni jenis kuat cemburu.

Jaw Sanggin said...

@Willie - Hehehe ... ramai yg tanya kenapa nama dia putih sdgkan warna si putih kuning. Dulu2 masa si putih kecil, bulu dia warna putih bersih ... semakin dewasa semakin menjadi warna kekuningan pula. Mmg dia kuat cemburu sbb sebelum ni dia seekor sj dlm rumah.