Tanah perkuburan Holy Cross, Kuala Sapi, Beluran |
Suatu ketika dahulu tanah perkuburan digambarkan sebagai tempat yang menakutkan dan hanya akan diziarahi untuk menyempurnakan upacara pengkebumian. Kemudian, upacara 'meluas kubur' atau membersihkan kawasan tanah perkuburan ini dijadikan sebagai aktiviti tahunan di satu-satu perkampungan di mana satu tarikh ditetapkan bagi tujuan tersebut.
menziarah kubur nenek |
Di kampung bapa saya iaitu Kuala Sapi, 31 Disember setiap tahun ditetapkan untuk upacara membersihkan kawasan tanah perkuburan. Dahulu sebelum agama kristian mula berkembang, mereka yang mempunyai keluarga yang telah meninggal dunia percaya dengan meletakkan benda dan makanan yang digemari oleh si mati semasa hidupnya akan menyenangkan roh si mati.
Hujan tidak menghalang upacara kebaktian khas |
Kini kepercayaan tersebut tidak lagi diamalkan. Tanah perkuburan tidak lagi kelihatan bersih hanya pada 31 Disember tetapi kekal bersih sepanjang tahun dengan pengurusan pihak gereja dan sumbangan dana daripada jemaat. Satu kebaktian khas diadakan di mana semua jemaat yang menziarahi tanah perkuburan akan berdoa bersama dengan dipimpin oleh paderi. Selain itu, paderi juga turut menyampaikan khubah yang berkaitan.