MyGamanBorneo

Hi, selamat datang ke blog kedua MyGamanBorneo.  Sebelum ini kami aktif menerusi domain http://myhomeniaga.blogspot.com/, bagaimanapun kami terpaksa membuka blog baharu berikutan kouta memuat naik gambar pada blog lama telah pun penuh.  Blog ini bolehlah dikategorikan sebagai blog peribadi yang menjadi tempat kami berkongsi pelbagai pengalaman menarik.

Sanggin (kiri) & Jawlinda (kanan)
Ada pernah bertanya siapa di sebalik blog MyGamanBorneo ini?  Perempuan ker ... lelaki? Untuk pengetahuan semua, orang yang mengendalikan blog ini sepenuh masa sebenarnya saya (Jawlinda) dan si gaman (Sanggin) pula merupakan orang yang sering memberi idea dan merancang aktiviti menarik untuk kami berdua ... seterusnya dikongsikan di blog ini.

Si gaman-gaman
MyGamanBorneo merujuk kepada kami berdua.  Perkataan "My" merujuk kepada milik, sementara "Gaman" pula merupakan panggilan sesama kami berdua ... tapi kalau dalam bahasa dusun, gaman bermaksud pakcik.  Gara-gara saya bergurau memanggilnya "gaman" jadi si gaman (Sanggin) pun memanggil saya "gaman" ... akhirnya penggilan tersebut melekat dari zaman cintan-cintun sehinggalah kami berkahwin ... cewah!.  Sementara "Borneo" pula merujuk kepada Sabah dan Sarawak.  Saya orang Sabah, si gaman pula orang Sarawak.  Jadi itulah kami MyGamanBorneo.