Kuih Penjaram Ku Hampir-Hampir Menjadi

Masih tidak berputus asa!  Ini merupakan cubaan kali ketiga membuat kuih tradisional kegemaran ramai ini selepas cubaan pertama dan kedua gagal.  

Menggunakan hand mixer untuk menjadikan adunan sebati 
Kali ini, bukan alang-alang lagi ... saya telah menggunakan teknologi moden untuk menjadikan adunan betul-betul sebati sebelum adunan tersebut diperap untuk beberapa jam sebelum dimasak.  Hasilnya seperti gambar di bawah.

Hampir-hampir mau jadi hehehe ...
Walaupun masih tidak menjadi seperti yang diharapkan, tapi kuih penjaram saya kali ini sudah menampakkan bunga-bunganya ... cuma kuih ini tidak berjaya buncit dengan cantiknya.  Apa-apapun, semua kuih ini sudah selamat menjadi sarapan saya pada hari ini.  Bah, Happy Tuesday semua ^_^

Kuih Penjaram Ku Tidak Berbunga

Ini bukan cucur/jemput-jemput yer ... ini sebenarnya kuih penjaram yang tidak menjadi hehehehe.  Hasil kuih penjaram yang saya buat kelmarin ... huh! sangat-sangat mengecewakan.  Sudahlah tidak menjadi bunga-bunga cinta di tepinya ... keras lagi tu.  Tapi tetap menjadi hidangan minum petang hehehe ...

Cubaan pada 24 Ogos 2013
Rupa-rupanya, biarpun saya tahu membuat kek dan biskut tetapi tidak bermakna saya mampu menguasai teknik mengadun dan memasak kuih tradisional seperti kuih penjaram ini.  Kena pergi berguru dengan orang yang pakar lagi ni.  Gambar di bawah ini pula, kuih penjaram yang saya masak pagi tadi.  

Cubaan pada 25 Ogos 2013
Saya masih menggunakan adunan yang sama, cuma saya tambakan lagi sedikit air untuk mengurangkan kepekatannya.  Rasa-rasanya sudah ada sedikit kemajuan.  Biarpun bunga-bunga ditepinya sangat kurang menjadi tapi tekstur kuih penjaram saya kali ini lebih lembut.  Apa-apapun, dalam segala hal termasuklah hal-ehwal di dapur ... usaha sentiasa diperlukan untuk berjaya ^_^

Bah, setakat ini sahaja.  Sehingga bertemu pada entri akan datang.