Cerita Kangkung & Lintah

Lama tidak makan sayur kangkung.  Jadi, Sabtu lepas saya telah membeli dua ikat sayur kangkung dan satu ikat telah pun dimasak dan dimakan sebagai hidangan makan malam.  Kemudian pada Isnin saya terbaca satu info yang sangat menakutkan mengenai kangkung di Facebook.  Mungkin ini kes terpencil, tapi kita harus sentiasa berwaspada dan mencegah kejadian ngeri seumpama ini daripada berulang.

Untuk selamat saya sekarang merajinkan diri membelah batang kangkung
Kejadian ini berlaku di negara kita.  Diringkaskan cerita, kes ini melibatkan seorang kanak-kanak yang menderita sakit perut yang teruk disertai demam, muntah-muntah dan cirit-birit.  Kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke sebuah klinik dan setelah di x-ray pihak klinik mendapati dalam usus kanak-kanak tersebut terdapat lintah yang telah membiak.  Doktor tidak sanggup menjalankan pembedahan dan akhirnya kanak-kanak malang tersebut meninggal dunia.

Bersih, selamat untuk dimasak & dimakan
Menurut cerita, dua hari sebelum itu, mereka sekeluarga telah makan kangkung tumis di sebuah restoran.  Dijangkakan, lintah tersebut terdapat didalam batang kangkung besar yang dimakan oleh anak mereka.  Dikatakan juga, lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walaupun dimasak selama 20 minit.  Lintah hanya akan mati jika dibakar.  Petua yang diberikan jika kejadian seumpama ini berlaku pada kita/keluarga/rakan ialah dengan meminum air rendaman tembakau dan biasanya lintah akan keluar dalam keadaan mati.

Selepas membaca cerita tersebut, saya pada mulanya takut mau makan kangkung lagi dan berhasrat membuang sahaja baki seikat kangkung yang masih ada di dalam peti ais.  Tapi seorang rakan FB memberikan tips, katanya, cuma perlu pastikan batang kangkung dibelah dan dibersihkan sebelum dimasak.  Haiyaaa ... ini pun saya tidak dapat fikir gara-gara terlampai geli hehehe ...

Bah, apa lagi ... sekarang biar lambat asal selamat.  Jadi, kita rajin-rajinkanlah diri untuk membelah batang kangkung untuk menjamin kebersihan dan keselamatannya untuk dimakan.  Lepas ni baik makan sayur kangkung yang dimasak sendiri saja.  

0 comments: