Memang saya kaki online shopping dan tidak tahu menggambarkan betapa gembiranya saya apabila barang yang saya nanti-nantikan telah sampai hari ini. Tiga gelang tangan yang saya tempah daripada Eheart Charms & Crafts menerusi facebook kini berada di depan mata.
www.eheartcharms.com |
Tiada nama, tiada kubur, tapi kini saya memiliki sesuatu sebagai tanda ingatan terhadap tiga kehilangan sebelum ini. Sebenarnya, saya telah lama mencari sesuatu seperti gelang tangan 'precious tiny footprints' ini.
Precious tiny footprints charms |
Mungkin saya tidak berpeluang untuk membelai dan memeluk. Tapi, cukup sekadar memiliki dan menyentuh gelang ini sebagai tanda ingatan dan kasih sayang saya terhadap si kecil yang tidak berkesempatan melihat dunia.
Sisters forever charms |
Sementara, gelang 'sisters forever' ini pula, saya tempah dua set. Satu untuk saya dan satu lagi untuk saya hadiahkan kepada satu-satunya adik perempuan saya. Saya mahu dia tahu bahawa dalam apa jua keadaan pun kami tetap adik beradik.
#KecilTapiBermakna
3 comments:
Bestnye benda tu...
Tu tiny footprints cantik. Ngam ni combination colour dia.
Happy Friday, gaman :D
@Willie & Armstrong ... benda2 mcm ni mmg best utk org perempuan hehehe
Post a Comment