16# Wordless Wednesday










Zee Avi Buat Peminat Di Kuching Tunggu Lama




Persembahan pembukaan oleh artis jemputan


Sesiapa yang menyaksikan Konsert Jelajah Ghostbird Zee Avi pada Sabtu lepas, pasti sangat terhibur dan rasa berbaloi walaupun penonton yang rata-ratanya peminat setia penyanyi kecil molek ini terpaksa menanti lama untuk artis ini muncul memulakan persembahannya di atas pentas.  Konsert diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya dan tiket dijual pada harga RM78, RM98 dan RM158.  Sementara kami dua si gaman pula masuk dengan tiket percuma (free standing) yang diperolehi ketika menghadiri Public Talk oleh Sarawak Bloggers pada Expo ICT 2011 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).







Kemunculan Zee Avi buat suasana bertambah gamat


Persembahan yang dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam itu seperti
yang tertera pada tiket hanya bermula pada kira-kira jam 9.00
malam.  Persembahan pembukaan pada malam itu dimulakan dengan lapan buah lagu persembahan akustik secara live oleh Imran atau Narmi yang juga pemain dram kumpulan One Buck Short.  Walaupun persembahan artis jemputan menghiburkan tetapi ternyata penyanyi kelahiran Sarawak yang popular dengan lagu "Kantoi" ini mempunyai auranya tersendiri apabila peminat setianya pada malam tersebut mula bersorak-sorak memanggil nama Zee Avi pada beberapa selang masa semasa persembahan pembuka tirai.






Penonton yang hadir pada konsert jelajah Ghostbird Zee Avi


Suasana bertambah hangat dengan sorakan penonton apabila akhirnya Zee Avi muncul memulakan persembahannya pada kira-kira jam 10.00 malam.  Memandang kaki sudah agak lenguh berdiri selama dua jam, saya dan si gaman merancang untuk beredar selepas mendengar dua buah lagu persembahan Zee Avi.  Bagaimanapun, hasrat tersebut kononnya ditunda kepada lima buah lagu berikutan persembahan Zee Avi yang cukup memukau dan menghiburkan.  Akhirnya tanpa sedar, kami terpukau untuk terus menyaksikan persembahan hingga ke lagu kesepuluh dan terakhir "Kantoi".












Dua Tiket Percuma Untuk Saksikan Konsert Zee Avi




Tiket free daripada Sarawak Bloggers


Saya dan si gaman betul-betul tidak menyangka yang kunjungan kami ke Expo ICT 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu membolehkan kami mendapat dua tiket percuma untuk menyaksikan Konsert Jelajah Ghostbird Zee Avi yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya pada jam 8.00 malam hari yang sama.







Public talk @ Expo ICT 2011 Kuching


Kalau diikutkan, tujuan utama kami berdua ke expo ini adalah untuk mendengar public talk "Monetizing Ur Blog" oleh Sarawak Bloggers sambil cuci-cuci mata melihat pameran ICT.  Suatu kejutan apabila pada akhir sesi ceramah, Sarawak Bloggers menawarkan empat tiket percuma konsert Zee Avi kepada sesiapa yang berjaya menjawab soalan yang diberikan.  Jadi, dua daripada empat orang yang bertuah itu adalah saya dan si gaman. 






Showcase Anugerah Carta Borneo Era 2011




Kumpulan indie, Polar


Kumpulan indie, Polar dan Ir Radzi merupakan dua daripada lima finalis akhir Anugerah Carta Borneo Era 2011 yang hadir menjayakan Showcase Anugerah Carta Borneo Era 2011 pada malam tadi (Jumaat) bertempat di Curve bar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching.  Polar dan Ir Radzi masing-masing mempersembahkan tiga buah lagu pada malam tersebut.






Ir Radzi


Showcase ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Era fm Kuching untuk mempromosikan Anugerah Carta Borneo Era 2011
yang bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 10 Disember depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).






Mayze


Pada malam tersebut, hadirin yang terdiri daripada pendengar setia radio Era fm Kuching serta tetamu jemputan berpeluang berhibur menyaksikan persembahan live Polar dan Ir Radzi secara dekat dalam suasana yang santai.  Suasana lebih 'gempak' lagi dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan Mayze iaitu kumpulan indie yang pernah menjuarai pertandingan RockERA DiGi.






Mana satu saya mau undi ni ???  Undi adalah rahsia :)


Selain menyaksikan persembahan artis indie tempatan, kami yang hadir turut mengambil kesempatan untuk mengundi secara online untuk artis pilihan bagi tiga kategori dipertandingkan iaitu Lagu Borneo Paling Popular, Artis Solo/Band Borneo Paling Popular dan Artis Harapan Borneo.  







Mengundi secara online


Lima finalis akhir iaitu Ir Radzi (Kontra Analisa), Polar (Majesty), Noenaki (Pepari), Hevance (Aku Nemu), dan RDZ ft Asraf Hardy & Farid Lucille (S.O.S), mungkin berpeluang menjadi pemenang untuk mana-mana kategori.  Keputusannya hanya akan diketahui pada malam anugerah kelak.





Jadi untuk sesiapa yang ingin menyaksikan Anugerah Carta Borneo Era pada 10 Disember ini, anda boleh merebut peluang untuk mendapatkan pas-pas masuk percuma dengan menghantar sms, taipkan KCH<jarak>Nama dan No.ic<jarak>sebab mahu ke Anugerah Carta Borneo ERA dan hantarkan ke 32555.








Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011




Menyaksikan aksi pantas pemain Indonesia


Pertembungan pasukan Malaysia dan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 malam tadi memang cukup sengit dan penuh debaran.  Tekanan mungkin bukan sahaja dirasai oleh 'Team Malaysia' tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia yang menonton perlawanan ini dari kaca TV masing-masing.






Putih memberi tumpuan kepada ketua pasukan Malaysia


Saya percaya perlawanan yang penuh dengan suspen pada malam tadi telah berjaya membuatkan semua penonton sesak nafas.  Bagi bukan peminat  fanatik bola sepak seperti saya, pelawanan tersebut telah membuatkan saya banyak menjerit ketika menonton aksi-aksi serangan daripada kedua-dua belah pihak yang seringkali hampir-hampir berjaya menjaringkan gol.







Betulkah si putih ni menonton atau secara kebetulan saja


Lebih menarik lagi, saya juga berjaya merakamkan aksi kucing kesayangan kami yang seperti turut menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di antara Malaysia dan Indonesia.  Apa-apapun syukur 'Team Malaysia' berjaya memenangi emas selepas menewaskan Indonesia 4 - 3 menerusi sepakan penalti.












Notis Berhenti Kerja 24 Jam




Google Pix


Meninggalkan pekerjaan yang
menawarkan gaji RM1,500 + RM200 (technical allowance) + RM300 (performance
allowance) + RM60 (shift allowance) + OT dengan menghantar notis berhenti kerja
24 jam mungkin dianggap sebagai kerja gila oleh sesetengah orang.



Tetapi itulah yang saya lakukan
semalam/kelmarin dan hari ini bukan sahaja merupakan off day tetapi juga merupakan hari terakhir saya berkerja sebagai
seorang Customer Service Representative (CSR) di call centre sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.



Serangan gastritis teruk yang
berpanjangan sejak sebulan lalu berikutan jadual meal break yang tidak menentu
cuma merupakan salah satu alasan yang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk
berhenti serta-merta.  Tetapi, perkara paling utama ialah, saya harus berhenti menipu diri sendiri.  Tentang esok hari? ... pasti ada lagu baru.









Twenty Twenty Lokasi Sarapan Pagi Terbaik




Pork porridge + egg RM3.50


Mencari salah satu lokasi sarapan pagi terbaik di Kuching, saya menyarankan agar anda berkunjung ke kedai makan yang hanya popular dengan nama "2020" (twenty twenty).  Terletak di King Centre, Simpang Tiga, kedai makan yang sentiasa dipenuhi pelanggan pada sebelah pagi ini menawarkan pelbagai pilihan pada harga yang berpatutan.  *Sebelum itu, adalah dimaklumkan bahawa kedai makan ini tidak halal.







Popia sayur-sayuran RM2.00


Di sini terdapat pelbagai pilihan sarapan pagi yang boleh dikategorikan sebagai "sedap-sedap belaka".  Selain bubur, popia dan BBQ mee, terdapat juga laksa sarawak, seafood mee serta makanan bergoreng seperti mee goreng, nasi goreng, mee goreng kantonis, mee tomato dan lain-lain untuk dinikmati.







BBQ Mee RM4.00


Selain daripada makanannya yang sedap, kita juga turut mendapat layanan yang mesra dan pantas.  Pelanggan juga tidak perlu terpinga-pinga menunggu lama untuk memesan minuman kerana pelayan-pelayannya di sini sentiasa peka dengan pelanggan.  Malah, mereka juga turut membantu mencarikan tempat duduk kosong untuk pelanggan yang baru datang.  Perkara terakhir yang tidak kurang pentingnya iaitu tandas di sini juga bersih!












Kedai Buku Terapung MV Logos Hope




Kapal MV Logos Hope


Sudahkah anda berkunjung ke kedai buku terapung MV Logos Hope? Jika belum, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman berkunjung ke kedai buku terapung ini.  Walaupun sebelum ini pernah merasai pengalaman menaiki kapal tentera laut, tetapi perasaan ketika berada di kapal MV Logos Hope ini jauh berbeza kerana suasananya lebih mesra dan menyeronokkan terutamanya apabila melihat beribu-ribu buah buku.







Perasaan ingin tahu ...


Yuran masuk hanya RM1 untuk orang dewasa manakala bagi pengunjung
kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah kemasukan adalah percuma
dengan syarat mesti ditemani orang dewasa. MV Logos Hope dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10
malam pada Isnin hingga Jumaat dan dari jam 1 petang hingga 10 malam
pada Ahad bermula 28 Ogos lepas hingga 13 November ini.  Difahamkan, MV Logos Hope akan ditutup kepada orang ramai pada Isnin, 31 Oktober dan Selasa, 8 November.






Pengunjung berpusu-pusu masuk


Daripada maklumat yang diperolehi daripada akhbar-akhbar tempatan, kapal ini dikatakan berlabuh buat pertama kalinya di Kuching.  MV Logos Hope juga mempunyai saiz
yang cukup luas selain mempunyai sudut kanak-kanak selain dilengkapi
‘International Cafe’ menjual ais krim, minuman dan makanan ringan serta
‘Visitor Experience Deck’ berhawa dingin untuk diterokai orang ramai.






Sesi penerangan ringkas


Sebelum dibenarkan masuk ke ruangan kedai buku, pengunjung terlebih dahulu diberikan penerangan ringkas mengenai MV Logos Hope oleh seorang sukarelawan yang bertugas. 






Sejarah MV Logos Hope


Di kawasan menyambut tetamu ini, kami tidak melepaskan peluang untuk membaca sejarah kewujudan
MV Logos Hope yang menggantikan MV Doulos yang kali terakhir mengunjungi
Kuching pada 10 Disember 2008 hingga 3 Januari 2009.







Ruangan kedai buku


Bertemakan ‘ Membawa pengetahuan, bantuan dan harapan’, kapal Logos Hope
yang berlabuh di pelabuhan Sim Kheng Hong, Pending, Sarawak menawarkan
lebih 5,000 tajuk buku kepada pengunjungnya, bermula
dari sains, sukan, resipi, seni hinggalah buku kanak-kanak pada harga
yang berpatutan.






Pelbagai jenis buku








Harga mengikut points








Seksyen kamus








Believe it or not!








Seksyen Spritual Life








The Right To Die???








Bersama maskot kapten








Masa untuk pulang ^_^