1# Resepi: Roti Gulung Sosej & Keju

Sama tapi tidak serupa.  Kalau di blog lama (myhomeniaga.blogspot.com) dahulu saya kongsikan resepi Roti Gulung Sosej.  Di blog baharu ini pula saya kongsikan resepi Roti Gulung Sosej & Keju.  Bezanya cuma ada keju (idea keju ni saya dapat daripada gambar yang dikongsikan oleh page FB OurYouth.my♥‿♥ 

Resepi ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati pada harga yang berpatutan. Bahan-bahannya:  roti, sosej, keju, tepung goreng serbaguna dan minyak untuk menggoreng.

1.  Gelek roti sehingga nipis.

2.  Letakkan keju dan sosej.

3.  Gulung sebanyak yang disukai dan boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan kelak.

4.  Celupkan dalam bancuhan tepung goreng serbaguna (saya gunakan tepung goreng pisang adabi).

5.  Goreng dan siap untuk dihidangkan.  Sesuai untuk sarapan dan minum petang ... yum ... yum ...
Kenapa perlu dicelupkan pada bancuhan tepung?  Sebenarnya ia bertujuan untuk memastikan roti melekat dan tidak terlerai ketika digoreng.  Selain itu, roti akan lebih rangup dan sedap dimakan.  Jadi, kepada sesiapa yang belum pernah mencuba resepi ini ... Selamat mencuba!

5 comments:

Armstrong said...

OMG. Sekarang pukul 2.21am. Lapar pula tiba-tiba. Salah kamu ni. hahaa jk.

Happy Wednesday!

Willie a.k.a Reptoz said...

Sodap tu.

Jaw said...

@Armstrong & @Willie ... apa lagi buli la kamu cuba ni resepi nanti :)

Coffee Girl said...

Oui... baru first time tengok resipi ni.Boleh lah cuba rasanya kot... oo?

Jaw Sanggin said...

@Coffee Girl - Sedap ... mesti cuba punya :)