Kami Pengedar Produk Tyzo Buah Tunjuk Langit

Lagi cerita pasal Bisnes.  Sejak menyertai 1Met ... asyik cerita pasal bisnes saja.  Kalau Tegar dalam lagunya "cita-citaku menjadi orang kaya", kami dua si gaman pula bercita-cita menjadi usahawan ... cewah.   Bah, tiada yang mustahil selagi berusaha.  "Agi idup agi ngalaban" ... kata orang Iban.  Kalau orang Sabah cakap ... "Buli bah kalu ko".

Produk Tyzo Buah Tunjuk Langit
Sekarang, kami telah menjadi pengedar produk Tyzo Buah Tunjuk Langit bagi kawasan Kota Samarahan.  Kami terjumpa maklumat mengenai produk ni pun daripada 1Met group di FB.  Pada mulanya, selepas membaca testimoni pengguna produk keluaran Tyzo Sdn Bhd, kami cuma membeli produk ini untuk diberikan kepada mama saya yang menghidap diabetis 

Testimoni pesakit kencing manis
Kemudian si gaman mencadangkan supaya kami menjadi pengedar, memandangkan kami datang daripada keluarga yang menghidap diabetis dan hipertensi.  Boleh guna sendiri dan boleh perkenalkan kepada keluarga katanya.  Jadi si gaman keluarkan modal ... saya pula menjadi pengedar, maklum la bab-bab FB, Blog, Twitter ni memang saya yang pakar berbanding si gaman.  

Testimoni pesakit darah tinggi
Ok la, sebelum menamatkan entri pada hari ini ... saya mahu mengulang kembali kata-kata usahawan tempatan, Awang Habiburllah Awang Ismal, Pengarah HMN Nadhir Sdn Bhd pada Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013 yang saya hadiri pada Khamis lepas.   

Beliau berkata, untuk berjaya kita perlu mencipta peluang dan bukannya hanya menunggu peluang.  Perasaan malu juga perlu dikikis jika ingin berjaya.  Selain itu, untuk menjadi usahawan berjaya juga, kita perlu meneroka lebih banyak bidang dan tidak hanya bergantung dengan satu bidang sahaja.

Bah, sehingga berjumpa pada entri akan datang yang akan bercerita lebih lanjut mengenai setiap produk keluaran Tyzo Buah Tunjuk Langit.  Selamat berhujung minggu.

Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013

Masih lagi dalam mode angan-angan mau menjadi usahawan ... cewah!  Jadi kami dua si gaman cuba memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang tersaji di depan.  Sementara menanti program lanjutan daripada 1Met, kami turut meninjau-ninjau kursus perniagaan yang mungkin sesuai untuk kami sertai.

Photo credit to Pkbs Sarawak
Terkini, Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013 yang diadakan pada kelmarin, Khamis (7 Nov 2013).  Tapi cuma saya seorang saja yang dapat pergi sebab si gaman kerja.  Pendapat peribadi saya, pengisian program pada hari tersebut memang WOW!.  Memang Wow! sebab saya tidak balik dengan hanya membawa sijil tapi penuh informasi berguna di tangan dan kepala.

Kursus sehari yang diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini merupakan anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama beberapa agensi.

Program pada hari tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perancangan Sumber Sarawak.  Antara pengisian pada hari tersebut:
  1. Keperluan pendaftaran dan faedah mendaftarkan perniagaan.
  2. Pengurusan kewangan dan aliran tunai.
  3. Ke arah pemantapan bisnes yang mampan.
  4. Pembiayaan kepada penjaja dan peniaga kecil.
  5. Ceramah motivasi dan pengalaman usahawan berjaya.
  6. Dialog mengenai peluang dan pembangunan penjaja dan peniaga kecil.
  7. Pameran/Kaunter Khidmat Nasihat oleh agensi terlibat yang dibuka dari 8am - 5pm.
Tiga sesi paling saya gemari ialah, Pengurusan kewangan dan aliran tunai, Pembiayaan kepada penjaja dan peniaga kecil, dan Ceramah motivasi dan pengalaman usahawan berjaya.  Dalam sesi ceramah motivasi dan pengalaman usahawan berjaya yang dikendalikan oleh Prof.Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah, beliau banyak mengupas rahsia di sebalik kejayaan usahawan tempatan Awang Habiburllah Awang Ismal, Pengarah HMN Nadhir Sdn Bhd.

Menurut Awang Habiburllah, untuk berjaya kita perlu mencipta peluang dan bukannya hanya menunggu peluang.  Perasaan malu juga perlu dikikis jika ingin berjaya.  Selain itu, untuk menjadi usahawan berjaya juga, kita perlu meneroka lebih banyak bidang dan tidak hanya bergantung dengan satu bidang sahaja.

Staff agensi-angensi yang terlibat di Kaunter Khidmat Nasihat juga sangat membantu ... Yang penting peserta perlu rajin bertanya saja.  Bah, setakat ini perkongsian hari ini.  Sehingga bertemu pada entri akan datang.