Masih lagi dalam mode angan-angan mau menjadi usahawan ... cewah! Jadi kami dua si gaman cuba memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang tersaji di depan. Sementara menanti program lanjutan daripada 1Met, kami turut meninjau-ninjau kursus perniagaan yang mungkin sesuai untuk kami sertai.
Photo credit to Pkbs Sarawak |
Kursus sehari yang diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini merupakan anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama beberapa agensi.
Program pada hari tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perancangan Sumber Sarawak. Antara pengisian pada hari tersebut:
- Keperluan pendaftaran dan faedah mendaftarkan perniagaan.
- Pengurusan kewangan dan aliran tunai.
- Ke arah pemantapan bisnes yang mampan.
- Pembiayaan kepada penjaja dan peniaga kecil.
- Ceramah motivasi dan pengalaman usahawan berjaya.
- Dialog mengenai peluang dan pembangunan penjaja dan peniaga kecil.
- Pameran/Kaunter Khidmat Nasihat oleh agensi terlibat yang dibuka dari 8am - 5pm.
Menurut Awang Habiburllah, untuk berjaya kita perlu mencipta peluang dan bukannya hanya menunggu peluang. Perasaan malu juga perlu dikikis jika ingin berjaya. Selain itu, untuk menjadi usahawan berjaya juga, kita perlu meneroka lebih banyak bidang dan tidak hanya bergantung dengan satu bidang sahaja.
Staff agensi-angensi yang terlibat di Kaunter Khidmat Nasihat juga sangat membantu ... Yang penting peserta perlu rajin bertanya saja. Bah, setakat ini perkongsian hari ini. Sehingga bertemu pada entri akan datang.
0 comments:
Post a Comment