Taman Orkid DBKU Destinasi Pilihan Keluarga




Destinasi pilihan keluarga


Ini merupakan kali ketiga saya dan si gaman mengunjungi Taman Orkid Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).  Kali pertama adalah pada September 2010 ketika cuti Hari Raya, manakala pada Oktober 2010 kami dua si gaman menemani adik dan mama kesayangan saya.








Apai & indai


Kunjungan kali ketiga ini pula, kami dua si gaman datang bersama apai dan indai (parent si gaman).  Perasaan teruja berada di sini mungkin tidak sama seperti kali pertama bagaimanapun Taman Orkid DBKU ini memang sesuai untuk dijadikan destinasi jalan-jalan bersama keluarga.






Antara spesis bunga orkid yang dipamerkan


Kena pada masanya, pada kunjungan kali ini kami berpeluang menyaksikan Pameran Orkid Antarabangsa 2011 Kuching yang disertai oleh 11 buah negara.  Program ini dianjurkan
bersempena dengan sambutan Hari Bandaraya ke-23.







Spesies kacukan Vanda Taib


Perasmian pameran disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 27 Julai dan
dibuka untuk kunjungan umum pada 29-31 Julai lepas.  Pameran  orkid antarabangsa ini
disertai oleh penggiat tanaman orkid daripada
Brunei, Hong Kong/China,
Indonesia, Myanmar, Filipina, Jepun, Taiwan, Thailand dan Papau New
Guinea.






Laluan pejalan kaki yang selesa


Difahamkan, taman yang terletak berhampiran kawasan
Astana Negeri Sarawak ini kini mempunyai himpunan 150 spesies orkid
termasuk
spesies kacukan (hibrid).  Antara spesies kacukan yang terkenal
adalah seperti spesies
Vanda Taib, Dendborium Laila, Dendborium Memoria Laila, Dendborium Nur
Zahirah dan yang terkini ialah kacukan Aranda Raghad Taib.







Kawasan teduhan orkid gantung


Waktu Operasi: 
Taman yang terletak di tapak seluas lebih enam hektar di
Jalan Astana, Petra Jaya ini dibuka untuk kunjungan orang ramai pada
setiap hari Selasa hingga Ahad bermula jam 9.30 sehingga 6.00 petang.  
Masuk adalah percuma.  Sementara pada Isnin pula ditutup untuk
kerja-kerja pengurusan taman.






Gambar kenangan


Untuk ke sini:  Selain
menaiki kenderaan sendiri, pengunjung boleh menaiki perahu tambang dari
Tebingan Kuching (Kuching Waterfront) ke Pengkalan Sapi dengan tambang
yang sangat murah.  Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi
dari pusat bandaraya Kuching ke Jalan Astana, Petra Jaya.







Kawasan terbuka taman orkid


Di taman ini anda bebas untuk mengambil gambar dan tiada bayaran dikenakan ke atas kamera yang dibawa masuk.  Penat mengambil gambar dan menikmati keindahan di taman ini, para pengunjung boleh melepaskan lelah di Orchid Cafe untuk minum.  Akhir sekali, jangan lupa singgah ke kedai cenderahati taman orkid.  Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Taman Dan Rekreasi DBKU di 082-446688.











Leka Melayari Internet Semasa Bertugas




Google pix


Saya agak tertarik dengan laporan sebuah akhbar online mengenai ramai kakitangan kerajaan menghabiskan masa melayari internet semasa mereka bertugas.  Sekiranya itu merupakan pendedahan yang dibuat di London, adakah sektor kerajaan di Malaysia turut berhadapan dengan situasi yang serupa?




Berdasarkan pengalaman kerja, pekerja di sektor swasta agak sukar mencuri-curi peluang melayari internet untuk tujuan peribadi walaupun pada waktu lunch break kerana sektor swasta bersandarkan profit oriented dan sentiasa cuba meminimumkan expenses.  Malah ada syarikat yang sengaja menyekat beberapa laman web sosial
popular daripada diakses menggunakan talian internet pejabat bagi mengelakkan para pekerjanya leka dan melengahkan tugas. 






LONDON - Satu pendedahan maklumat yang dibuat berdasarkan peruntukan
undang-undang kebebasan maklumat mendapati puluhan ribu laman web
dilawati oleh para pegawai kerajaan Britain semasa mereka bertugas,
lapor sebuah akhbar semalam.  Sebanyak 1,000 laman web tertinggi yang sering dilayari oleh ribuan
pegawai kerajaan di ibu pejabat kerajaan di sini sepanjang tempoh lima
bulan telah didedahkan berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut. Ini menunjukkan para pekerja menghabiskan masa mereka dengan mengemas
kini pungutan mata sukan kriket, keputusan loteri, menempah percutian
dan mempelajari tarian gelek yang dibayar oleh pembayar cukai.  Antara laman web yang hangat ialah sexymp.co.uk tampil di dalam senarai paling popular itu dengan kunjungan 21,477 kali.





Laman web itu menyenaraikan ahli-ahli parlimen yang mempunyai daya penarik.Senarai paling pelik iaitu preseed.co.uk yang menjual krim pelembap intim berada di kedudukan ke-625 dan dilayari sebanyak 13,295 kali.  Laman web ESPNcricinfo.com turut menjadi pilihan pegawai kerajaan apabila ia dikunjungi sebanyak 346,000 kali.  Turut menjadi pilihan para pegawai kerajaan itu ialah laman web bearsfaction.org.uk yang menerima kunjungan 27,634 kali dan berada di tempat ke-385. Ia merupakan laman web aksi secara langsung terbesar di Britain. Sumber - Kosmo





p/s:  Nasib la sekarang ni broadband dapat dimiliki pada kadar mampu milik, jadi dapat juga surfing di rumah dan di mana-mana saja.  Sekali sekala sempat juga layan internet time kerja tapi kerja tetap beres! :)








Pameran Orkid Antarabangsa 2011 Kuching




Pameran orkid antarabangsa sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching ke-23


Pameran Orkid Antarabangsa 2011 yang diadakan di Taman Orkid Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berjaya menggamit kehadiran orang ramai, penggemar orkid dan juga pelancong asing untuk menyaksikan keunikan dan kepelbagaian spesis orkid daripada 11 buah negara.  Pameran dibuka kepada umum bermula 29 - 31 Julai dan masuk adalah percuma.







Gerbang masuk ke kawasan astana


Program ini dianjurkan
bersempena dengan sambutan Hari Bandaraya ke-23 dan telah dirasmikan
oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 27 Julai
lepas.  Pameran tersebut disertai oleh penggiat tanaman orkid daripada
Brunei, Hong Kong/China,
Indonesia, Myanmar, Filipina, Jepun, Taiwan, Thailand dan Papau New
Guinea.







Pintu masuk ke taman orkid


Difahamkan, taman yang terletak berhampiran kawasan Astana Negeri Sarawak ini kini mempunyai himpunan 150 spesies orkid termasuk
spesies kacukan (hibrid).  Antara spesies kacukan yang terkenal
adalah seperti spesies
Vanda Taib, Dendborium Laila, Dendborium Memoria Laila, Dendborium Nur
Zahirah dan yang terkini ialah kacukan Aranda Raghad Taib.  








Album Pameran Orkid Antarabangsa 2011 Kuching



 







 










































Nilai Tanah Sekangkang Kera




Indai membakar rumput kering


Ini bukan kes menantu mendera mentua, tetapi inilah aktiviti senaman pagi saya bersama indai dan apai si gaman di belakang rumah.  Dorang dua ni baru sampai kelmarin/semalam tetapi seawal pagi hari ini sudah tidak dapat duduk diam.







Apai membaja sayur cangkuk manis


Indai sibuk membakar rumput-rumput kering untuk proses menyuburkan tanah sebelum proses penanaman bibit/benih sayur, sementara apai pula membaja sayur cangkuk manis yang segan-segan mau hidup di tepi pagar.






Pembakaran dilakukan untuk proses menyuburkan tanah




p/s:  Kalau tanah sekangkang kera ini bernilai dan dimanfaatkan untuk bercucuk tanam, jadi jangan ditanya kenapa bumiputera Sabah Sarawak tegas dalam memperjuangkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).











Wanita Yang Tidak Ber 'perikehaiwanan'




















PETALING JAYA - Seorang penjaja wanita, Chow Xiao Wei, 21, didenda
RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan
menzalimi tiga ekor kucing pada 19 Februari lalu.  Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.  Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan zalim memukul, menendang dan
menyakiti tiga ekor kucing antara pukul 4.25 hingga 5 petang pada 19
Februari lalu di depan sebuah gerai di Pasar Seri Kembangan dekat sini.





Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta
Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta
yang sama yang memperuntukkan hukuman denda RM400 atau enam bulan
penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.  Tertuduh tidak diwakili peguam bela.  Sebelum ini, video yang diperoleh daripada rakaman kamera litar
tertutup berhampiran tempat kejadian dimuat naik di laman sosial
Facebook tersebar luas menunjukkan tertuduh menzalimi kucing berkenaan - Kosmo





p/s:  Denda RM400 terlalu ringan untuk kesalahan menzalimi haiwan.  Kalau boleh wanita ini patut dihukum melakukan kerja khidmat sosial di pusat perlindungan haiwan supaya dapat disemai nilai-nilai "keperihaiwanan" untuk menyayangi haiwan-haiwan terbiar seperti kucing dan anjing.












Mati, Hidup Semula & Mati Semula



Di Johannesburg, Afrika Selatan seorang lelaki mendapati dirinya
berada di dalam peti sejuk sebuah rumah mayat apabila tersedar hampir
sehari selepas keluarganya menyangka dia sudah meninggal dunia. Lelaki
berkenaan dikatakan tersedar pada tengah hari Ahad lepas, 21 jam selepas dia
dibawa ke rumah mayat berkenaan selepas keluarganya menyangka dia sudah
mati akibat serangan asma.  Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada denyutan nadi dan degupan jantung pada tubuh lelaki itu ..... Namun, hampir sehari selepas pekerja rumah pengebumian itu memasukkan
lelaki itu ke dalam peti sejuk mayat dan menguncinya, mereka terdengar
seseorang menjerit meminta tolong.  Pemilik rumah mayat tersebut yang ketakutan, bertindak menelefon polis.  Mereka kemudian
membuka peti sejuk mayat itu dan mendapati lelaki tersebut masih hidup.  Dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan
pulang.  Sumber: Kosmo





Teringat pula kisah-kisah yang pernah  saya dengari daripada orang tua-tua mengenai mayat hidup.  Salah satunya ialah cerita mengenai seorang lelaki yang mati dan hidup semula bagaimanapun mati semula akibat dibelasah oleh penduduk kampung yang memikirkan lelaki itu bertukar menjadi rogon atau hantu dalam bahasa Dusun.



Satu lagi cerita ... ini versi yang si gaman ceritakan iaitu mengenai  mayat seorang penghuni rumah panjang yang sudah dimasukkan ke dalam keranda.  Bunyi ketukan dan jeritan dari dalam keranda menyebabkan penghuni lain takut dan proses pengkebumian dipercepatkan.



p/s:  Bila difikirkan pada zaman serba moden ini, mungkin kedua-dua orang dalam cerita tersebut masih hidup tetapi terpaksa mati semula berikutan orang dulu-dulu lebih percaya kepada cerita-cerita hantu bangkit.








Awas! Link Jahat Di Facebook




Google Pix


Pernahkah anda ter'KLIK' atau dengan sengajanya meng'KLIK' pautan-pautan di laman web atau video yang
menggunakan imej-imej seksi berbaur seks ketika melayari laman sosial kegemaran
seperti Facebook?  Kemudian apabila diklik tiada apa yang berlaku, sebaliknya secara automatik akaun FB anda pula menyebarkan link tersebut.  Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.   





Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.  Link-link ringkas itu dianggap berniat jahat kerana ia akan membawa
pelayar Internet ke laman web yang berbeza seperti dipaparkan, manakala
destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan
pelayar Internet. 





Kebanyakan link tersebut menggunakan paparan dan imej yang seksi bagi
menarik pelayar Internet supaya mengklik link ringkas tersebut.  Terdapat dua jenis link
yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu.  Kedua-duanya bersifat mengelirukan dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahaya.  





Salah satunya adalah semata-mata bertujuan untuk pengiklanan sahaja.
Ia dapat dikesan apabila arahan akhir yang diberi adalah memasukkan
nombor telefon sebagai pengesahan.  Pautan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat yang
dianggap sebagai kreatif memanipulasi orang ramai supaya melawat laman
web mereka.  Link sebegitu dikatakan tidak akan merosakkan atau mendatangkan
bahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis pautan yang
lagi satu. 





Pautan kedua dianggap merbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware
walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan.  Link tersebut boleh dikesan apabila setiap kali pelayar Internet
menekan butang pautan untuk menonton video atau sebagainya tetapi, tiada
apa yang berlaku.  Malah, dalam sesetengah pautan, ia mengkehendaki pengguna memuat naik
perisian atau fail dengan alasan jika menonton video akan menjadi lebih
cepat.







Serangan Adware sangat berbeza dengan virus, ia tidak akan memberi
kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi, berkemampuan mengumpul
semua data yang pengguna masukkan.  Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci,
nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul
dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.





Pengguna dinasihat supaya berhati-hati dengan
arahan memuat naik fail yang mempunyai nama domain .exe dan .bat kerana
apabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data
menjadi lebih mudah.  Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran Pop-up akan muncul.  Sumber: Kosmo












Hanya Tuah Ayam Nampak Di Kaki




Peraduan Pasaraya Grand Supermart, Kuching


"Tuah ayam nampak di kaki, tuah peluang memenangi hadiah menerusi Peraduan Beli & Menang Grand Supermart tiada siapa yang tahu"... cewah.  Sebenarnya, kami dua si gaman ni bukan rajin sangat mau isi borang-borang peraduan seumpama dan sewaktu dengannya seperti ini.  Tapi tidak salah meluangkan sedikit masa untuk mencuba, mana tau boleh menang mana-mana hadiah ^_^







Hadiah utama Perodua Viva


Pelbagai hadiah menarik ditawarkan dalam peraduan ini dan hadiah utamanya ialah sebuah kereta Perodua Viva seperti gambar di atas.  Lain-lain hadiah menarik tidak sempat saya mau cek sebab mata asyik tertumpu kepada hadiah  utama ini.












Si Wira anak Sedan Buat Perangai Lagi




Masuk bengkel lagi


Dalam bulan Julai ini sahaja, sudah dua kali kereta kesayangan kami dua
si gaman iaitu si Wira anak Sedan ini sakit.  Faham-faham sajalah, usia
semakin lanjut jadi banyak organ-organ dalaman si Wira sudah expiredHari double trouble si Wira anak Sedan pada 1 Julai lepas sudah cukup bikin dompet jadi slim dan kepala jadi pusing.







Kos kipas + service = RM130.00


Pada 1 Julai lepas 'alternator' dan barteri kereta yang rosak.  Kali ini cooling fan pula telah bersara  tanpa notis daripada menjalankan tanggungjawabnya pada Jumaat, 22 Julai lepas.  Harga kipas  yang hanya sebesar pinggan itu sahaja sudah RM100.00, sementara service RM22.00 dan RM8.00 untuk minyak clutch dan brek.  Bulan Julai sahaja, kos pengurusan si Wira anak Sedan secara keseluruhan melibatkan pembayaran insurans + cukai jalan + kerosakan mencecah RM954.67.





p/s:  Lepas ni fikir mau buka akaun khas untuk si Wira anak Sedan memandangkan dia ni suka sangat buat perangai setiap kali tiba masa untuk membayar insurans dan cukai jalan.










Kata-Kata Itu Tidak Mampu Membunuh





Google Pix

Pagi tadi saya terbaca satu blog post bertajuk 'Motivational Killers' iaitu kisah bagaimana kata-kata itu berupaya melemahkan semangat seseorang.  Pengalaman yang dikongsikan telah mengingatkan kembali kepada satu peristiwa yang pernah saya lalui.  Kira-kira dua tahun lepas, saya pernah dilemparkan kata-kata ini "Trust me, kamu tidak akan berjaya dalam hidup! sekiranya kamu masih bersikap seperti ini!" oleh seorang bekas majikan.



Sejenak mengimbas kembali peristiwa itu ... dan pada hari ini saya sangat bersyukur kerana keputusan mempertahankan prinsip dan keluar dari lingkaran pekerjaan tersebut merupakan suatu keputusan yang sangat tepat.  Sekiranya saya berubah sikap, saya akan terus terbelenggu dalam lingkaran  dunia pekerjaan tersebut dan tidak akan berada di sini.  If I am like others ... who will be like me? ^_^








Benci Tapi Rindu Versi Paling Lucu


Lagu evergreen "Benci Tapi Rindu" nyanyian asal oleh Diana Nasution ini pernah diberi nafas baru oleh ramai penyanyi terkenal.  Tapi percayalah, inilah video klip versi lagu "Benci Tapi Rindu" yang paling Best dan Mantap! ^_^ Must Watch!

























Benci Tapi Rindu



Bukan hanya sekadar penghibur

Diriku ini sayang

Bukan pula sekadar pelepas

Rindumu oh sayang

Sakit hatiku, Kau buat begitu



Kau datang dan pergi sesuka hatimu

Oh... kejamnya dikau, Teganya dikau padaku


Kau pergi dan datang sesuka hatimu

Oh... sakitnya hati, Bencinya hati padamu



Sakitnya hati ini, Namun aku rindu

Bencinya hati ini, Tapi aku rindu












Taman Negara Gunung Gading, Lundu




Perjalanan tidak dirancang ke Taman Negara Gunung Gading


25 Jun lepas merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke Taman Negara Gunung Gading, Lundu.  Kali pertama adalah pada kira-kira 10 tahun lepas bersama rakan-rakan kolej.  Jika 10 tahun lepas  kami dapat masuk secara percuma, kali ini saya, si gaman dan empat rakan lain perlu membayar  tiket masuk RM10 seorang.









Bunga Rafflesia merupakan daya tarikan utama di sini


Taman negara yang terletak di Lunduini merupakan sebuah kawasan perlindungan bagi bunga
Rafflesia. 
Daripada maklumat yang diperolehi, spesies bunga Rafflesia yang ditemui di Taman Negara
Gunung Gading adalah daripada spesies ‘Rafflesia Tuan-Mudae’. 






Rafflesia Trail


Untuk rekod daripada 17 spesies Rafflesia,  hanya tiga spesies bunga Rafflesia terdapat di Sarawak iaitu Rafflesia Pricei, Rafflesia Arnoldi dan Rafflesia Tuan-Mudae







Laluan pejalan  kaki


Taman
negara ini dibuka bagi orang banyak pada tahun 1994. Taman Negara Gunung
Gading dikelola rapi oleh Jabatan Taman Negara untuk memastikan
pengunjung mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga
Rafflesia yang berkembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut ataupun
tumbuhan lain di sekitarnya.






Laluan pejalan  kaki


Taman Negara Gunung Gading juga mempunyai tarikan
yang lain untuk aktiviti riadah seperti air terjun, laluan pejalan  kaki, beberapa tempat
mandi-manda  serta pemandangan hutan simpan yang indah untuk dikunjungi.









Group photo :)










Mesej Pesanan Ringkas Yang Mencurigakan




Google Pix


Apa perasaan anda sekiranya terbaca mesej pesanan ringkas (SMS) mencurigakan pada telefon bimbit pasangan anda seperti ini:  "Helo yang! semalam aku dah tinggal mesej gambarku yg PERIBADI tu kpd yang ....."  Apa tindakan anda? Mengamuk? Melakukan serangan M16 berpelurukan sumpah seranah? atau COOL saja :)






Kalau mau tau, mesej seumpama inilah yang sering mengganggu kehidupan handphone kami dua si gaman sejak akhir-akhir ini.  Walaupun rimas, tapi kami dua si gaman COOL saja dengan kecurangan handphone masing-masing sebab akhiran pada mesej tersebut berbunyi "... tengoklah dgn taip ON FS dan sms ke 37873".





p/s:  Nombor handphone sekarang ni sudah tiada privacy, macam-macam mesej iklan masuk.








Gemersik Gesekan Biola Gergaji Cottrell Tassim




Persembahan Cottrell bersama kumpulan Sagan Pio


Walaupun
Festival Muzik Hutan Sedunia (RWMF) 2011 sudah seminggu berakhir tapi
masih banyak cerita menarik yang belum dikongsikan.  Percaya atau tidak, pada 8 Julai lepas,
kami dua si gaman berpeluang untuk melihat dan mendengar sendiri keunikan bunyi yang dihasilkan daripada 'biola gergaji' yang digesek oleh Cottrell Tassim.







Cottrell Tasim (kiri) menggesek gergaji


Membuat penampilan khas bersama kumpulan Sagan Pio, Cottrell Tassim menunjukkan kemahiran menggesek gergaji yang menghasilan bunyi gemersik seperti seruling.  Mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang muzik, difahamkan Cottrell hanya mengambil masa kira-kira dua bulan untuk berlatih bermain muzik menggunakan peralatan pertukangan itu.







Cewah, gambar candid interview dengan Cottrell Tassim lagi ni :)


Menurut Cottrell, dia juga sering menerima undangan membuat persembahan bersama Sagan Pio dan Soul Vide.  Jadi sesiapa yang ingin mengundang beliau membuat persembahan bolehlah menghubungi 013-8256497.  Di bawah ini saya kongsikan video pendek gabungan muzik Sagan Pio bersama gesekan biola gergaji Cottrell Tassim.









width="480" height="360" bgcolor="#FFFFFF"
flashvars="flvurl=http://redirector.googlevideo.com/videoplayback?id%3Dc79f8e3a8947fcbe%26itag%3D5%26source%3Dblogger%26app%3Dblogger%26cmo%3Dsensitive_content%253Dyes%26ip%3D0.0.0.0%26ipbits%3D0%26expire%3D1418686994%26sparams%3Did,itag,source,ip,ipbits,expire%26signature%3D554B1BDB7D82FE1E1BFD22EB8C5BA5BAA74E9860.A78448524DB4E484D4C025345A81A6B7F9F07C7A%26key%3Dck2&iurl=http://video.google.com/ThumbnailServer2?app%3Dblogger%26contentid%3Dc79f8e3a8947fcbe%26offsetms%3D5000%26itag%3Dw160%26sigh%3DyuMNtEb-J1AvAxFKw0M5kkg1mUo&autoplay=0&ps=blogger"
allowFullScreen="true" />










iGlool Snow Ice King's Center




iGlool King's Center, 11.00am - 10pm


Mencari tempat lepak paling selesa dan nyaman di Kuching?  IGlool King's Center merupakan tempat yang paling sesuai dan selesa untuk menghabiskan masa seorang diri, bersama keluarga ataupun rakan-rakan.   Hari ini sahaja, saya single trang-tang-tang lepak di sini kira-kira 2 jam 30 minit sementara menantikan si gaman balik kerja.







Chocolate Peanut Snow Ice, RM5.50


Sambil menikmati aiskrim perisa coklat kegemaran, saya juga memang sudah prepare awal-awal bawa laptop untuk melayari internet menggunakan kemudahan Wifi percuma di sini.  Lebih best lagi, tidak perlu bimbang bateri laptop habis sebab terdapat juga kemudahan plug untuk mengecas.  Harga aiskrim? memang cukup berpatutan dengan kemudahan dan keselesaan yang disediakan.





p/s:  Masih tidak puas hati dengan harga RM30.00 yang dikenakan untuk gunting rambut di sebuah salon di King's Center, Kuching.  Harga tidak berbaloi dengan perkhidmatan yang diterima.  Hati sejuk sikit lepas makan aiskrim coklat :)













Terapi Muzik Sape Tuyang Tan Ngan




Pemain Sape Solo, Tuyang Tan Ngan, berketurunan Cina Sarawak


Berbekalkan tiket percuma yang dimenangi menerusi kuiz peraduan RWMF
2011 Borneo Post, kami dua si gaman cuba memanfaatkan kesempatan yang
ada sepenuhnya pada hari pertama Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) Edisi ke-14, 8 Julai lepas.  Antara yang menarik tumpuan kami ialah kelunakan petikan muzik sape yang dimainkan oleh  Tuyang Tan Ngan di sebuah pentas kecil bersebelahan Rumah Etnik Melanau di Kampung Budaya, Santubong ini.







Tuyang bersama CD album Sape beliau


Lebih menyenangkan lagi, pemain sape solo berketurunan Cina Sarawak  yang juga merupakan seorang guru yoga ini tidak lokek berkongsi cerita mengenai muzik sape yang dimainkannya.  Jika pada suatu ketika dahulu sape dimainkan pada upacara penyembuhan kini muzik ini juga sesuai dijadikan sebagai terapi untuk yoga.   Bagi mereka yang ingin memiliki CD muzik sape atau menjemput Tan membuat persembahan sape, boleh hubungi beliau di nombor 016-8904710.














Bersama pemain sape yang terkenal, Mathew Ngau Jau

Pada hari yang sama, kami juga terserempak dengan dua pemain sape terkenal iaitu Mathew Ngau Jau dan Jerry Kamit.  Mathew Ngau yang dikenali sebagai 'Sape Master' di peringkat antarabangsa merupakan antara artis jemputan RWMF.  Beliau turut terlibat dalam bengkel bertemakan 'Are My Roots Showing' di dewan lagenda pada sebelah petang bersama beberapa artis jemputan dari luar negara.









Bersama pemain sape yang terkenal, Jerry Kamit

Sementara itu, kami juga bertuah kerana terserempak dengan pemain sape solo, Jerry Kamit yang juga anggota kumpulan Tuku Kame.  Mereka ini seringkali meraih anugerah muzik di peringkat antarabangsa. 



Alang-alang bercerita mengenai sape, lebih baik saya kongsikan maklumat menarik mengenai alat  muzik ini.  Mungkin ada lagi yang masih kabur-kabur mengenai alat muzik tradisional bertali menyerupai gitar ini.  Ia dihasilkan daripada kayu jelutong dan keruing
kerana ketahanan dan bunyinya yang nyaring.  Alat muzik sape sesuai dimainkan secara solo atau berduet untuk menghasilkan kombinasi irama
muzik yang lebih indah dan harmoni.



Menurut sumber daripada Utusan Online, Muzik
ini dikatakan dipelajari oleh seorang lelaki kaum Kenyah, Anyie Selong
yang mendiami Apo Kayan, Hulu Baram ratusan tahun lampau.  Pada suatu hari dia bermimpi melihat seseorang sedang bermain muzik sape yang kedengaran begitu merdu dan indah.





Dalam mimpinya, orang itu menasihatkan Anyie supaya membuat dan bermain muzik sape dengan menambah bunyi dan kemerduan muziknya.  Setelah sedar dari tidur, Anyie melakukan apa yang telah dipesan,
maka bermulalah seni persembahan dan penggunaan muzik sape dalam
kehidupan Orang Ulu sejak itu.



p/s:  Kami dua si gaman tidak balik dengan tangan kosong daripada RWMF 2011.  Banyak perkara yang kami lihat dengar dan pelajari di sepanjang festival muzik ini.  Nantikan siri seterusnya pada blog post akan datang.












BERSIH 2007 + BERSIH 2011 = Pilihanraya Bersih & Adil


Akhir-akhir ini, kebanyakan blog sibuk menceritakan mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menurut persepsi masing-masing.  Ada yang memandang Perhimpunan Bersih 2011 ini sesuatu yang merugikan dan memalukan.  Bagaimanapun, tidak kurang juga yang berpendapat perhimpunan ini sesuatu yang wajar sebagai menyuarakan hak untuk menuntut
pilihan raya yang adil.





































Untuk rekod, Perhimpunan Bersih pernah diadakan pada tahun 2007 iaitu pada 10 November 2007 dan tidak mendapat permit polis.  Ia dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan turut
disertai pelbagai parti pembangkang, yang bertujuan mahu menuntut
pilihan raya yang adil.  Perhimpunan itu dilaporkan disertai oleh 100,000 orang.  Sumber: The Malaysian Insider.





Sementara itu untuk Bersih 2011, Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga
Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai akan
diteruskan walaupun tanpa permit.  Ternyata, perhimpunan Bersih 2011 yang diadakan pada 9 Julai lepas mendapat sokongan luar biasa daripada rakyat Malaysia yang ingin menuntut pilihan raya bersih dan adil dengan mengemukakan  lapan tuntutan.





Lebih menarik lagi, perhimpunan seumpama ini juga turut diadakan oleh rakyat Malaysia yang berada dibeberapa buah negara luar.  Terbaru, Datuk Ambiga mengajak orang ramai menyertai 'Yellow Saturdays'  iaitu memakai pakaian kuning atau apa sahaja berwarna kuning pada setiap hari Sabtu sebagai tanda sokongan berterusan untuk menuntut 8 perkara BERSIH 2.0.





p/s:  Hari KUNING pada Sabtu.  Adakah kebebasan warna kini tersekat? Kalau pakai kuning pada Sabtu takut kena tangkap.  Saya ada dua baju kuning :)













Bengkel Muzik RWMF 2011






Bengkel muzik 'Mountain Music' di Dewan Lagenda


Bengkel muzik pada Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2011 yang diadakan sepanjang tiga hari bermula 8
hingga 10 Julai lepas merupakan antara aktiviti yang paling menarik.  Pada 8 Julai lepas, kami dua si gaman hanya berkesempatan untuk hadir ke empat bengkel di tiga lokasi berbeza iaitu Dewan Lagenda, Rumah Panjang Iban dan Dewan Teater Kampung Budaya.






Bengkel muzik 'Are My Roots Showing'


Di dewan lagenda, kami menyertai dua bengkel iaitu bengkel 'Are My Roots Showing' dan 'Mountain Music'.  Bengkel 'Are My Roots Showing' dikendalikan oleh pemain sape terkenal, Mathew Ngau bersama beberapa
penggiat muzik luar negara antaranya Will Kepa (Kemerunga), James Riley
(Paddy Keenan Trio), Andres Enrique Berbis (Victor Valdez Trio) dan Ewa
Walecka (Warsaw Village Band).







Para pengunjung duduk santai pada bengkel muzik di Dewan Lagenda


Bengkel 'Mountain Music' pula dikendalikan oleh The Blue Canyon Boys (Gary Dark & Drew Garrett), Frigg (Tero Hyvaluoma & Esko Jarvela) dan Kemerunga (Peter Ella & David Martin).









Bengkel muzik di Rumah Panjang Iban


Manakala di bengkel Femme Fiddles yang diadakan di Rumah Panjang Iban pula kami disajikan dengan gesekan viola yang merdu. Ada di antara mereka yang mengesek viola yang berusia lebih 20 tahun.









Bengkel Femme Fiddle


Bengkel ini dikendalikan oleh lima wanita iaitu Lisa Haley (Lisa Haley
& The Zydekats), Sarah Beattie (Pasific Curls), Ilga Reizniece
(Ilgi), Ewa Walecka (Warsaw Village Band) dan Alina Jarvela (Frigg).







Bengkel Let Me Rast a Minute di dewan teater kampung budaya


Merupakan salah satu acara berprestij, RWMF
merupakan platform terbaik untuk menikmati muzik terbaik di peringkat
antarabangsa.  Pada bengkel ini kami dapat
mempelajari keunikan, kelainan dan keindahan seni muzik yang ditonjolkan
oleh semua penggiat muzik yang terlibat dalam RWMF secara lebih dekat.







Dari kiri: Theodosii Spassov, Hamid Saeidi, Mamak Khadem, Jean Pierre Smadja & Mehdi Haddab


Bengkel 'Let Me Rast a Minute' ini dikendalikan oleh Mamak Khadem (Mamak Khadem & Hamid Saeidi), The Shin (Theodosii Spassov) dan kumpulan Duoud (Jean Pierre Smadja & Mehdi Haddab).  







Bergambar bersama Mamak Khadem & Hamid Saeidi


Berakhir sahaja bengkel, saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan dua pemuzik dari Iran ini iaitu Mamak Khadem dan Hamid Saeidi.