Bengkel muzik 'Mountain Music' di Dewan Lagenda |
Bengkel muzik pada Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2011 yang diadakan sepanjang tiga hari bermula 8
hingga 10 Julai lepas merupakan antara aktiviti yang paling menarik. Pada 8 Julai lepas, kami dua si gaman hanya berkesempatan untuk hadir ke empat bengkel di tiga lokasi berbeza iaitu Dewan Lagenda, Rumah Panjang Iban dan Dewan Teater Kampung Budaya.
Bengkel muzik 'Are My Roots Showing' |
Di dewan lagenda, kami menyertai dua bengkel iaitu bengkel 'Are My Roots Showing' dan 'Mountain Music'. Bengkel 'Are My Roots Showing' dikendalikan oleh pemain sape terkenal, Mathew Ngau bersama beberapa
penggiat muzik luar negara antaranya Will Kepa (Kemerunga), James Riley
(Paddy Keenan Trio), Andres Enrique Berbis (Victor Valdez Trio) dan Ewa
Walecka (Warsaw Village Band).
Para pengunjung duduk santai pada bengkel muzik di Dewan Lagenda |
Bengkel 'Mountain Music' pula dikendalikan oleh The Blue Canyon Boys (Gary Dark & Drew Garrett), Frigg (Tero Hyvaluoma & Esko Jarvela) dan Kemerunga (Peter Ella & David Martin).
Bengkel muzik di Rumah Panjang Iban |
Manakala di bengkel Femme Fiddles yang diadakan di Rumah Panjang Iban pula kami disajikan dengan gesekan viola yang merdu. Ada di antara mereka yang mengesek viola yang berusia lebih 20 tahun.
Bengkel Femme Fiddle |
Bengkel ini dikendalikan oleh lima wanita iaitu Lisa Haley (Lisa Haley
& The Zydekats), Sarah Beattie (Pasific Curls), Ilga Reizniece
(Ilgi), Ewa Walecka (Warsaw Village Band) dan Alina Jarvela (Frigg).
Bengkel Let Me Rast a Minute di dewan teater kampung budaya |
Merupakan salah satu acara berprestij, RWMF
merupakan platform terbaik untuk menikmati muzik terbaik di peringkat
antarabangsa. Pada bengkel ini kami dapat
mempelajari keunikan, kelainan dan keindahan seni muzik yang ditonjolkan
oleh semua penggiat muzik yang terlibat dalam RWMF secara lebih dekat.
Dari kiri: Theodosii Spassov, Hamid Saeidi, Mamak Khadem, Jean Pierre Smadja & Mehdi Haddab |
Bengkel 'Let Me Rast a Minute' ini dikendalikan oleh Mamak Khadem (Mamak Khadem & Hamid Saeidi), The Shin (Theodosii Spassov) dan kumpulan Duoud (Jean Pierre Smadja & Mehdi Haddab).
Bergambar bersama Mamak Khadem & Hamid Saeidi |
Berakhir sahaja bengkel, saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan dua pemuzik dari Iran ini iaitu Mamak Khadem dan Hamid Saeidi.
3 comments:
waa..siuk pula aktiviti sis ni owh..
related to music gitu..
dpt begmbr lg..jeles owh..hehehe :)
btw, muda2 lg pndai mengesek viola sdh r..mcm ssh ja sa tgk alat music ni..
@echaRierie dapat tiket free bah, itu sbb ada chance pegi RWMF ni. kalau x free mmg payah mau pegi sbb harga tiket RM110 sehari. dpt tiket free 1 hari sudah berbaloi hehe
@Maximo Ginez III Blogpage Thanks for the info Max.
Post a Comment