Si Wira anak Sedan Buat Perangai Lagi




Masuk bengkel lagi


Dalam bulan Julai ini sahaja, sudah dua kali kereta kesayangan kami dua
si gaman iaitu si Wira anak Sedan ini sakit.  Faham-faham sajalah, usia
semakin lanjut jadi banyak organ-organ dalaman si Wira sudah expiredHari double trouble si Wira anak Sedan pada 1 Julai lepas sudah cukup bikin dompet jadi slim dan kepala jadi pusing.







Kos kipas + service = RM130.00


Pada 1 Julai lepas 'alternator' dan barteri kereta yang rosak.  Kali ini cooling fan pula telah bersara  tanpa notis daripada menjalankan tanggungjawabnya pada Jumaat, 22 Julai lepas.  Harga kipas  yang hanya sebesar pinggan itu sahaja sudah RM100.00, sementara service RM22.00 dan RM8.00 untuk minyak clutch dan brek.  Bulan Julai sahaja, kos pengurusan si Wira anak Sedan secara keseluruhan melibatkan pembayaran insurans + cukai jalan + kerosakan mencecah RM954.67.





p/s:  Lepas ni fikir mau buka akaun khas untuk si Wira anak Sedan memandangkan dia ni suka sangat buat perangai setiap kali tiba masa untuk membayar insurans dan cukai jalan.










2 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Woah. Almost 1k sudah oh. Baru la. Tapi mau buat macam mana juga kan. Kebetulan sudah diorang retired time-time macam ni. Kalau tukar awal-awal, nanti terasa macam membazir juga kan. ;)

MyGamanBorNeo said...

@Fadzmie Mohamad iya la, tp kalau rosak pula x kena time. time sengkek2 jg la dia mau rosak hehehe