Pemain Sape Solo, Tuyang Tan Ngan, berketurunan Cina Sarawak |
Berbekalkan tiket percuma yang dimenangi menerusi kuiz peraduan RWMF
2011 Borneo Post, kami dua si gaman cuba memanfaatkan kesempatan yang
ada sepenuhnya pada hari pertama Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) Edisi ke-14, 8 Julai lepas. Antara yang menarik tumpuan kami ialah kelunakan petikan muzik sape yang dimainkan oleh Tuyang Tan Ngan di sebuah pentas kecil bersebelahan Rumah Etnik Melanau di Kampung Budaya, Santubong ini.
Tuyang bersama CD album Sape beliau |
Lebih menyenangkan lagi, pemain sape solo berketurunan Cina Sarawak yang juga merupakan seorang guru yoga ini tidak lokek berkongsi cerita mengenai muzik sape yang dimainkannya. Jika pada suatu ketika dahulu sape dimainkan pada upacara penyembuhan kini muzik ini juga sesuai dijadikan sebagai terapi untuk yoga. Bagi mereka yang ingin memiliki CD muzik sape atau menjemput Tan membuat persembahan sape, boleh hubungi beliau di nombor 016-8904710.
Bersama pemain sape yang terkenal, Mathew Ngau Jau |
Pada hari yang sama, kami juga terserempak dengan dua pemain sape terkenal iaitu Mathew Ngau Jau dan Jerry Kamit. Mathew Ngau yang dikenali sebagai 'Sape Master' di peringkat antarabangsa merupakan antara artis jemputan RWMF. Beliau turut terlibat dalam bengkel bertemakan 'Are My Roots Showing' di dewan lagenda pada sebelah petang bersama beberapa artis jemputan dari luar negara.
Bersama pemain sape yang terkenal, Jerry Kamit |
Sementara itu, kami juga bertuah kerana terserempak dengan pemain sape solo, Jerry Kamit yang juga anggota kumpulan Tuku Kame. Mereka ini seringkali meraih anugerah muzik di peringkat antarabangsa.
Alang-alang bercerita mengenai sape, lebih baik saya kongsikan maklumat menarik mengenai alat muzik ini. Mungkin ada lagi yang masih kabur-kabur mengenai alat muzik tradisional bertali menyerupai gitar ini. Ia dihasilkan daripada kayu jelutong dan keruing
kerana ketahanan dan bunyinya yang nyaring. Alat muzik sape sesuai dimainkan secara solo atau berduet untuk menghasilkan kombinasi irama
muzik yang lebih indah dan harmoni.
Menurut sumber daripada Utusan Online, Muzik
ini dikatakan dipelajari oleh seorang lelaki kaum Kenyah, Anyie Selong
yang mendiami Apo Kayan, Hulu Baram ratusan tahun lampau. Pada suatu hari dia bermimpi melihat seseorang sedang bermain muzik sape yang kedengaran begitu merdu dan indah.
Dalam mimpinya, orang itu menasihatkan Anyie supaya membuat dan bermain muzik sape dengan menambah bunyi dan kemerduan muziknya. Setelah sedar dari tidur, Anyie melakukan apa yang telah dipesan,
maka bermulalah seni persembahan dan penggunaan muzik sape dalam
kehidupan Orang Ulu sejak itu.
p/s: Kami dua si gaman tidak balik dengan tangan kosong daripada RWMF 2011. Banyak perkara yang kami lihat dengar dan pelajari di sepanjang festival muzik ini. Nantikan siri seterusnya pada blog post akan datang.
0 comments:
Post a Comment