Tidak tahu bagaimana hendak memulakan cerita mengenai pengalaman kami
dua si gaman ketika menyertai BHR Padawan Nature Challenge yang baru
berlangsung pada Ahad, 3 Julai menerusi kategori Malta Penrissen Summit
Trekking Challenge sejauh 15 kilometer. Pelbagai pengalaman menarik di
sepanjang cabaran dari garis permulaan hingga di T2 water station, Kalimantan View Point.
Tetapi paling tidak dilupakan ialah detik-detik cemas di
Passport Control Point Batu Panggah T4. Syukur kami berdua selamat
menamatkan cabaran ini dengan pimpinan Tuhan dan rasanya lebih baik kami berkongsi cerita detik-detik cemas yang kami lalui. Pada kami ini bahagian yang paling menarik yang dinamakan CABARAN.
Tiada lagi staff menanti |
Sebelum tiba di Passport Control Point Mara T2 kami dua si gaman saling
dipintas dan memintas dengan beberapa peserta untuk kategori sama iaitu
Malta Penrissen Summit Trekking Challenge. Kemudian selepas melalui
Passport Control Point Mara T2, kami kemudiannya berjaya memintas cuma
satu pasukan (lelaki dan wanita) yang sedang berehat akibat keletihan. Cuaca bertukar mendung dan hujan menyukarkan dan melambatkan perjalanan kami, bagaimanapun kami akhirnya tiba di T2 water station, Kalimantan View Point kira-kira jam 2.20 petang.
Suasana kelam dan sunyi di T4 |
Berikutan kami bergerak dalam pacuan yang perlahan tetapi konsisten, kami kemudiannya mengambil peluang berehat seketika di T2 water station, Kalimantan View Point.
Kami dua si gaman kemudiannya ditunjukkan arah untuk meneruskan
cabaran Malta. Perjalanan diteruskan, kami memikirkan bahawa kami pasti
bertemu dengan pasukan lain yang telah memintas kami sebelum ini yang
mungkin sedang berehat seperti sebelum ini. Timbul sedikit perasaan
hairan apabila tiba di Passport Control Point Mt Penrissen Summit T3,
tiada sesiapa menanti di sana. Kami meneruskan perjalanan sehinggalah tiba di Passport Control Point Batu Panggah T4.
Lokasi Batu Panggah |
Perasaan kemudian bertukar cemas apabila melihat tiada sesiapa yang menanti di Passport Control Point Batu Panggah T4 ini. Perasaan takut mula menguasai fikiran saya, ditambah lagi dengan suasana yang tiba-tiba bertukar kelam secara tiba-tiba berikutan hujan. Untuk berpatah balik adalah mustahil kerana kami melihat tanda hanya tinggal 3 kilometer sahaja lagi untuk menamatkan perjalanan tersebut. Rasa takut dan panik yang menguasai diri saya pada ketika itu membuatkan saya hilang tumpuan untuk meneruskan perjalanan ketika menuruni lereng-lereng curam dan licin menyebabkan saya sering tergelincir, syukur ada tali untuk berpaut pada lereng yang kecerunannya kira-kira 70 darjah itu.
Antara laluan licin dan curam yang dilalui |
Si gaman agak tenang walaupun di wajahnya terpancar sedikit kerisauan berikutan suasana di dalam hutan tersebut bertukar semakin gelap dan tanda cat merah pada pokok semakin sukar dilihat. Skru-skru pada lutut saya pada ketika itu semakin longgar berikutan perasaan takut yang teramat sangat. Tergelincir, terduduk dan terbaring sudah tidak terhitung lagi berikutan terlalu cemas. Ada ketikanya, saya menangis tanpa air mata kerana terlalu panik ... no women, no cry la katakan berikutan usaha si gaman menenangkan saya tidak berjaya. Di mata saya pada ketika itu terbayang pula suasana cerita Anakonda hehehe ...
Memandangkan suasana bertukar gelap terlalu cepat, si gaman hampir-hampir lagi menghubungi nombor kecemasan untuk mendapatkan bantuan dan syukur saya teringat yang saya mempunyai nombor telefon big boss Sarawak Bloggers, Cyril Dason. Cubaan kali kedua, kami berjaya menghubungi Cyril dan beliau membantu kami untuk memaklumkan pihak penganjur. Terima kasih Cyril. Kami juga mendapat tahu bahawa closing ceremony sudah berakhir pada ketika itu. Hal itu semakin membuatkan saya semakin panik, syukur si gaman sering cuba menenangkan saya.
Perasaan cemas dengan suasana gelap di dalam hutan tersebut membuatkan kami dua si gaman tidak perasan bahawa kami sebenarnya sudah begitu hampir dengan kebun organik BHR. Kami tiba di situ pada kira-kira jam 4.20 petang. Ketika menanti bantuan tiba di kawasan kebun organik tersebut, baru kami dua si gaman sedar bahawa dua pasukan cabaran Malta yang memintas kami sebelum ini tidak meneruskan perjalanan tetapi sebaliknya menggunakan jalan pintas.
Kami dijemput oleh seseorang bernama Louis dengan menggunakan kenderaaan pacuan empat roda. Ditanya sama ada masih ada pasukan yang tertinggal di dalam sana, kami memaklumkan mungkin ada sekiranya pasukan yang kami pintas selepas Passport Control Point Mara T2 meneruskan cabaran. Harap-harap mereka tidak meneruskan perjalanan seperti kami dua si gaman yang terperangkap dalam gelap.
Ketika di perkarangan garis penamat, rupa-rupanya kami dua si gaman merupakan pasukan yang paling akhir sampai. Kami dimaklumkan oleh salah seorang staff di situ bahawa ketiadaan staff di Passport Control Point T3 dan T4 adalah berikutan sudah 'TIME OUT'. Malangnya, kami dua si gaman tidak tahu pula bahawa BHR Padawan Nature Challenge ini ada time out. Kalau tahu, kami akan berhenti setakat di Kalimantan View Point. Walau apapun yang penting kami dua si gaman sudah selamat dan terima kasih juga di atas bantuan dan keprihatinan pihak penganjur.
p/s: Nantikan kisah menarik mengenai BHR Padawan Nature Challenge 2011 yang akan kami dua si gaman ceritakan pada post akan datang. Update! Sila klik di sini.
17 comments:
Itu di nama kan cabaran.Walau bagai mana pun 'Thanks God kamu berdua selamat".Cemas juga rasa saya ketika membaca tentang cabaran kamu..
@AWANG iya lah. tapi saya memang panik tahap gaban pada masa itu. syukur saya dgn si gaman saya :)
seram sejuk sekejap..ahahha...
@saveqmm hahaha ... memang cukup mendebarkan & tidak sangka kami berjaya mengharungi cabaran hingga ke T5 :)
wah... c Aki tepikir juga pasal Time Out tadi,sebab c Aki slalu join juga Nature Challenge ni.. hm,tapi,napa diorang tida bagi tanda2 pun.. telampau juga.. nasib ada line hp kan?? Kami dulu,pigi mencari orang tu yang susah.. paling last jumpa 9 malam.. ^_^.v..
@Aki Ada juga tanda di buat pakai cat merah di batang2 pokok, tapi hujan & cepat betul berubah cuaca di kawasan pergunungan bah. tiba2 sj gelap jd kami sukar mau tingu itu tanda merah. Syukur tiada makhluk2 nakal yg menyamar hehehe
ei suspen pula sa baca..
seram jgk tmpt tue sa tgk tue pic..huhu..
bha, apapun sdh berjaya dlm challenge ni.. :D
@echaRierie mimang bikin seram sbb tiada orang sudah menunggu di situ. tinggal kami dua orang.
Nasib baik dalam hutan tu masih lagi ada line telefon. Kalau termasuk hutan yang line telefon nda jelas ni, aiya. Memang saya tidak boleh bayang oh. Ntah2 saya pun pingsan ni sana. Adeh. Haha.
By the way, syukur la semua selamat juga. Kenangan bah ni. Susah mau dapat ni kenangan macam ni. Kan? ;)
@Fadzmie Mohamad iya la syukur ada line telefon time tu. bukan alang2 ini pengalaman, memang paling happening utk event ini kali hahaha.
kami pikir team2 yg memintas kami teruskan cabaran, rupanya dorang semua ikut short cut, kami saja yg tinggal ikut loooonggggg cut hahaha
Selamat petang, tahniah diucapkan kepada anda dan pasangan kerana berjaya mengharungi segala kepayahan di BHRNC 2011. Kita sempat berbual dan bergambar bersama pasangan masing-masing sebelum acara bermula. Mohon maaf kerana kita tidak ada kesempatan berjumpa di penamat kerana saya dan isteri bergegas balik ke Sarikei dan kita sampai destinasi jam 11.45 malam itu juga.
Affendi Bin Mohamad Amin
fb: amni_suraya@yahoo.com
@SARIKEI RUNNERS Ya, kami masih ingat. Nanti kami akan emailkan gambar2 BHRNC 2011. Gembira dapat berkenalan dgn kalian.
@MyGamanBorNeo Baiklah, terima kasih.
Cemas dan menarik.. mana best ikut pertandingan kalau teda drama kan? hehehe.. tapi syukur selamat lah.. mmg gelop ho.. sa pun nda sangka gelap macam tu bila kamurang bilang gelap ari tu....
-cyrildason.com
@cyrildason hahaha bayangkan tiba2 sj suasana bertukar gelap, dalam hutan lagi tu ... mmg hampir menangis suda tu saya time kol talian hayat dr kamu. Panik tahap gaban. sekali keluar masi jg terang benderang.
Experience detik cemas tu bukan senang dapat tu gaman.. syukur la kmu selamat..:)
p.s: best nya jungle trekking!! ^^
@germaine Thanks :) bila diingat balik, mmg pengalaman cukup menarik.
Post a Comment