Di Johannesburg, Afrika Selatan seorang lelaki mendapati dirinya
berada di dalam peti sejuk sebuah rumah mayat apabila tersedar hampir
sehari selepas keluarganya menyangka dia sudah meninggal dunia. Lelaki
berkenaan dikatakan tersedar pada tengah hari Ahad lepas, 21 jam selepas dia
dibawa ke rumah mayat berkenaan selepas keluarganya menyangka dia sudah
mati akibat serangan asma. Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada denyutan nadi dan degupan jantung pada tubuh lelaki itu ..... Namun, hampir sehari selepas pekerja rumah pengebumian itu memasukkan
lelaki itu ke dalam peti sejuk mayat dan menguncinya, mereka terdengar
seseorang menjerit meminta tolong. Pemilik rumah mayat tersebut yang ketakutan, bertindak menelefon polis. Mereka kemudian
membuka peti sejuk mayat itu dan mendapati lelaki tersebut masih hidup. Dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan
pulang. Sumber: Kosmo
Teringat pula kisah-kisah yang pernah saya dengari daripada orang tua-tua mengenai mayat hidup. Salah satunya ialah cerita mengenai seorang lelaki yang mati dan hidup semula bagaimanapun mati semula akibat dibelasah oleh penduduk kampung yang memikirkan lelaki itu bertukar menjadi rogon atau hantu dalam bahasa Dusun.
Satu lagi cerita ... ini versi yang si gaman ceritakan iaitu mengenai mayat seorang penghuni rumah panjang yang sudah dimasukkan ke dalam keranda. Bunyi ketukan dan jeritan dari dalam keranda menyebabkan penghuni lain takut dan proses pengkebumian dipercepatkan.
p/s: Bila difikirkan pada zaman serba moden ini, mungkin kedua-dua orang dalam cerita tersebut masih hidup tetapi terpaksa mati semula berikutan orang dulu-dulu lebih percaya kepada cerita-cerita hantu bangkit.
8 comments:
Uinaaa ada pulak begitu kan kawan... Bikin takut juga kalau aku yang kena... Seram owh... Keh²
rogon tu mcm cerita Penulis Ramli awang murshid ba kan.bikin takut ni klu baca.palis2 la.hrp2 x ada sdh skrg.;D
Dorang igat itu rogon gayo ba...haha..tp memang ada orang mati yg bleh hidup semula..something like mati suri' orang bilang.
@Zurina J. iya la tp mgkn blm sampai ajal org tu. setakat ni x pernah dgr pula kes mcm di di M'sia.
@misya mialen owh ada pula buku cerita ditulis pasal rogon. Apa jg tajuk dia?
@Nancy Poh panjang umur org tu dpt 2nd chance. nasib dia baik, kalau org x berani buka gerenti dia mati leng ... leng sj
Macamna la pula dia buli coma in the first place... bukan lagi coma, nda ada heartbeat pun kan LOL.
Haish, macam-macam...
@Armstrong ya la. kira dia bernasib baik la sbb dpt hidup lg. Selalu jg dgr kes mcm ni di luar negara, di m'sia blm pernah dgr lg. kalau ada pun mmg mati semula sbb org x berani buka hahaha
Post a Comment