Taman Orkid DBKU Destinasi Pilihan Keluarga




Destinasi pilihan keluarga


Ini merupakan kali ketiga saya dan si gaman mengunjungi Taman Orkid Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).  Kali pertama adalah pada September 2010 ketika cuti Hari Raya, manakala pada Oktober 2010 kami dua si gaman menemani adik dan mama kesayangan saya.








Apai & indai


Kunjungan kali ketiga ini pula, kami dua si gaman datang bersama apai dan indai (parent si gaman).  Perasaan teruja berada di sini mungkin tidak sama seperti kali pertama bagaimanapun Taman Orkid DBKU ini memang sesuai untuk dijadikan destinasi jalan-jalan bersama keluarga.






Antara spesis bunga orkid yang dipamerkan


Kena pada masanya, pada kunjungan kali ini kami berpeluang menyaksikan Pameran Orkid Antarabangsa 2011 Kuching yang disertai oleh 11 buah negara.  Program ini dianjurkan
bersempena dengan sambutan Hari Bandaraya ke-23.







Spesies kacukan Vanda Taib


Perasmian pameran disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 27 Julai dan
dibuka untuk kunjungan umum pada 29-31 Julai lepas.  Pameran  orkid antarabangsa ini
disertai oleh penggiat tanaman orkid daripada
Brunei, Hong Kong/China,
Indonesia, Myanmar, Filipina, Jepun, Taiwan, Thailand dan Papau New
Guinea.






Laluan pejalan kaki yang selesa


Difahamkan, taman yang terletak berhampiran kawasan
Astana Negeri Sarawak ini kini mempunyai himpunan 150 spesies orkid
termasuk
spesies kacukan (hibrid).  Antara spesies kacukan yang terkenal
adalah seperti spesies
Vanda Taib, Dendborium Laila, Dendborium Memoria Laila, Dendborium Nur
Zahirah dan yang terkini ialah kacukan Aranda Raghad Taib.







Kawasan teduhan orkid gantung


Waktu Operasi: 
Taman yang terletak di tapak seluas lebih enam hektar di
Jalan Astana, Petra Jaya ini dibuka untuk kunjungan orang ramai pada
setiap hari Selasa hingga Ahad bermula jam 9.30 sehingga 6.00 petang.  
Masuk adalah percuma.  Sementara pada Isnin pula ditutup untuk
kerja-kerja pengurusan taman.






Gambar kenangan


Untuk ke sini:  Selain
menaiki kenderaan sendiri, pengunjung boleh menaiki perahu tambang dari
Tebingan Kuching (Kuching Waterfront) ke Pengkalan Sapi dengan tambang
yang sangat murah.  Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi
dari pusat bandaraya Kuching ke Jalan Astana, Petra Jaya.







Kawasan terbuka taman orkid


Di taman ini anda bebas untuk mengambil gambar dan tiada bayaran dikenakan ke atas kamera yang dibawa masuk.  Penat mengambil gambar dan menikmati keindahan di taman ini, para pengunjung boleh melepaskan lelah di Orchid Cafe untuk minum.  Akhir sekali, jangan lupa singgah ke kedai cenderahati taman orkid.  Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Taman Dan Rekreasi DBKU di 082-446688.











2 comments:

Nancy Poh said...

uii naa..siok kamu jalan2 d sana

MyGamanBorNeo said...

@Nancy Poh saya tinggal di kuching gia, jd dekat sj tempat ni. suda 3 kali jadi pemandu pelancong kpd keluarga di taman orkid ni hehehe ... orkid2 di sini pun buring suda tingu saya :)