2 Tiket Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2011




2 Tiket untuk RWMF 2011


Pada post sebelum ini, saya ada bercerita bahawa kami cuma berjaya memenangi satu tiket percuma menerusi kuiz RWMF 2011 menerusi akhbar Borneo Post.  Kini, Yesss!!! ada 2 tiket untuk RWMF 2011 untuk 8 Julai.  Jadi, esok kami dua si gaman berpeluang ke Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2011 buat pertama kalinya.  Acara tahunan RWMF ini akan berlangsung dari 8 hingga 10 Julai di
Kampung Budaya Sarawak di Santubong, dekat sini. 
Acara ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh STB Leisure & Properties, anak syarikat Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).





Difahamkan, sejumlah 22 kumpulan dan artis dari luar negara akan mengambil bahagian
dalam festival itu,
antara kumpulan yang akan membuat persembahan ialah Startijenn
(Perancis), Pacific Curls (New Zealand), Mamak Khadem (Iran), The
Blue Canyon Boys (USA), Lisa Haley & The Zydekats (USA), The Shin
(Georgia), Iskwew (Kanada), Frigg (Finland), Malick Pathe Sow (Senegal),
Agungbeat (Malaysia), Masters of the Sape (Malaysia), Victor Valdez
Trio (Mexico/Australia), Ilgi (Latvia), Leweton Women's Water Music
(Vanuatu), Kamerunga (Australia), Kissmet (India/UK), Paddy Keenan Trio
(Ireland), DuOud (Tunisia/Algeria), Joaquin Diaz (Republik Dominika),
Kamafei (Itali), Kenge Kenge (Kenya) dan kumpulan Warsaw Village
(Poland).