2013 - Azam Baru?




Hi 2013 & Bye bye 2012


Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013!  Apa azam untuk tahun 2013 ini? Tahun ini saya berAZAM untuk menyelesaikan apa yang belum selesai pada tahun 2012.  Rasanya, azam pada tahun ini agak mencabar dan memerlukan lebih fokus serta komitmen untuk menjayakannya.  Banyak perkara yang dirancang pada tahun lepas terbengkalai dan ada juga yang langsung tidak dapat dilaksanakan berikutan pelbagai halangan yang tidak dapat dielakkan.  Betul juga, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.




Shopping Online!


Heloooo ... Hi ... Hi ... baru hari ni dapat update blog gara-gara internet line yang jalan macam siput.  Upload gambar pun dekat setengah jam.  Hari ni saya mau barang shopping online dari Turkey yang baru sampai semalam.  Walaaaa ... ini dia benang Acrylic Ecosse Baby.  Berat 100 gram dan punyalah lembut dan gebu berbanding benang acrylic yang biasa saya pakai.







Yeah! sampai juga akhirnya ♥‿♥


Cerita pasal shopping-shopping online, bukan sahaja shopping online, sekarang ni saya pun sudah terjun dan berenang-renang dalam bidang biz online .... cewah ♥‿♥ Maklumlah aktiviti membeli secara online sudah jadi trend yang semakin berkembang di Malaysia.  Mula-mula menjebakkan diri dalam kancah shopping online ni memang ada perasaan ragu-ragu juga tapi setakat ni semua transaksi dan penghantaran berjalan dengan lancar.






Ecosse Baby Acrylic Yarn


TIPS SHOPPING ONLINE??? Saya tiadalah tips yang hebat, cuma sebelum membuat pembelian saya biasanya akan buat research dengan membaca customer feedback dan google maklumat berkaitan website tersebut.  Kalau membeli dari blog atau FB saya akan rujuk pada komen-komen customer.  Selamat shopping-shopping online ♥‿♥




Jumpa Duit Tercicir Di Atas Jalan: Kutip atau Tidak?


Kalau kamu ternampak duit walaupun sekecil nilai 1 sen di jalan raya, di kaki lima kedai atau di mana-mana, kamu kutip atau tidak?  Saya akan kutip tapi bergantung juga kepada situasi.  Kalau di tengah-tengah jalan raya, lebih baik jangan sebab nyawa bukan bernilai 1 sen hehehe ...







Koleksi syiling 1 sen


Hari ni saya telah ternampak dan mengutip sekeping syiling 1 sen, ada juga yang sengih-sengih melihat saya.  Mesti dorang kesian tengok saya.  Ada pendapat mengatakan, sekiranya seseorang tu sanggup mengutip duit 1 sen yang tercicir di mana-mana, itu maknanya individu tersebut kedekut ♥‿♥







Bakal menjadi barang antik suatu hari nanti


Kebetulan memang saya dan si gaman suka kumpul syiling 1 sen jadi apa salahnya duit tersebut dikutip, lagipun itu juga rezeki namanya.  Ingat rezeki jangan ditolak, nanti tidak datang lagi dan musuh jangan dicari sebab nanti banyak lagi yang datang hehehe ...







Simpan dalam botol sebagai hiasan


Perkara paling penting ialah duit syiling 1 sen kini sudah tidak dikeluarkan lagi oleh
Bank Negara, jadi siapa tahun suatu hari nanti nilai 1 sen ini akan
naik nilainya.  Selain tu perlu disimpan juga untuk tatapan generasi akan datang ♥‿♥




Buat Duit Online Dengan Berniaga


Monetizing ur Blog. Ini public talk yang saya hadiri pada November 2011 yang lepas bersempena dengan Expo ICT yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.  Gambar lama dan cerita lama, tapi ada sesuatu yang ingin saya kongsikan di sebalik gambar lama dan cerita lama ni.  






Public Talk pada Expo ICT 2011

Public talk "Monetizing Ur Blog" ni telah dikendalikan oleh dua orang kuat Sarawak Bloggers iaitu Cyril & Kee Man.   Banyak tips yang dikongsikan oleh kedua mereka tentang bagaimana hendak menjana duit secara online menerusi blog.  






Kee Man & Cyril

Rasanya rugi siapa-siapa yang tidak hadir pada hari tersebut sebab
hampir semua tips yang diberikan setakat ini berjaya membantu blog http://myhomeniaga.blogspot.com/ dan http://walaikrusye.blogspot.com/ buat duit ♥‿♥ Antara yang dikongsikan ialah cara-cara meletakkan iklan, pemilihan tajuk entry yang menarik, pemilihan media sosial pengiklanan dan beberapa lagi. 






Baby sneakers converse style

Tapi perkara yang paling saya ingat ialah, menurut mereka kebanyakan
bloggers yang berjaya menjana pendapatan lumayan menerusi blog
sebenarnya adalah blog yang menjual produk.  Jadi untuk dapat income yang lebih umpphhhh ... saya pun terjunlah dalam dunia biz online dengan menjual hasil kraftangan krusye ♥‿♥






Baby Booties

Semua ni tidak berlaku secara tiba-tiba, saya bermula dengan sekadar mencuba-cuba nasib sahaja pada sekitar Mei lepas untuk melihat sejauh mana menjual produk menerusi blog mampu menjana pendapatan.  Tidak sangka pula satu-satunya bakat kraftangan yang saya ada iaitu seni krusye sehingga ke hari ini mampu memberikan pulangan.  Tidaklah beribu-ribu ringgit macam blogger lain, cukup-cukup makan saja bah ♥‿♥






Tote bag

Selepas hampir lima bulan bergiat aktif dalam bidang kait-mengait ni dan setelah mempertimbangkan sambutan customer online yang memberangsangkan ... saya fikir mau pegi register saja biz kait-mengait saya ni secara sah supaya dapat mengembangkan jarum dan benang kait saya di seluruh Malaysia ... cewah!!!






In progress - tempahan 110 facial tissue holder

Lagi pula dalam pembentangan Belanjawan 2013, salah satu insentif yang bakal diberikan di bawah PROGRAM PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT ialah Program Get Malaysian Business Online (GMBO) di mana seramai 50,000 usahawan kecil bakal mendapat geran bernilai RM1,000 untuk membangunkan website.  Jadi wanita-wanita di luar sana, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ok la, sehingga berjumpa di lain entry ... Selamat berhujung minggu ♥‿♥



** Promosi sikit, kepada sesiapa yang berminat membuat tempahan sila LIKE LIKE LIKE FB page Walai Krusye 


Mereka Ini Nila Setitik


Berulang-alik melawat dan membantu menjaga ibu mertua di hospital dalam
seminggu ni membuatkan saya belajar banyak perkara.  Dalam tempoh tersebut saya berpeluang melihat dan mengalami sendiri karenah tidak menyenangkan daripada dua tiga orang
jururawat dan doktor muda yang pada pendapat saya mereka ini tidak
sepatutnya berada dalam bidang ini.  "Mereka ini nila setitik yang merosakkan susu sebelanga".





Petang semalam, saya berpengalaman melihat sendiri bagaimana seorang doktor muda di klinik pakar tertawa dan mempersenda-sendakan seorang pesakit warga emas di hadapan jururawat-jururawat pelatih.  Warga emas itu ibu mertua saya sendiri.  Siapa saya untuk menegur sikap doktor tersebut?, apa yang saya lakukan ialah bertanyakan soalan-soalan secara serius berkaitan kesihatan mertua saya sehingga dia berhenti ketawa.





Petang semalam, satu lagi pengalaman menyedihkan dan menyakitkan hati apabila, saya, suami, ibu mertua, bapa mertua, beberapa pesakit dan beberapa pelawat lain melihat sikap seorang dua jururawat yang ketawa terkikik-kikik ketika dalam proses membantu para doktor menyelamatkan nyawa seorang pesakit yang kembali tidak sedarkan diri selepas pembedahan berikutan masalah pernafasan.







Hairan betul ... mereka ini manusia atau apa?  Boleh-bolehnya mereka ketawa-ketawa dan bergurau-senda.  Kelakar sangatkan melihat keadaan orang hampir-hampir mati. Tiada self-empathy langsung! Mereka langsung tidak menghormati perasaan anak-anak dan suami pesakit yang berada di situ sedang bersedih dan membaca surah yassin. 









Lagi menyampah bila melihat sikap salah seorang jururawat bersikap berlengah-lengah selepas menerima arahan doktor membawa pesakit ke ICU.  Saya yang berada di situ pada ketika itu rasa mau menengking saja supaya mereka ini bergegas ... bayangkan ini soal nyawa orang dan bukannya nyawa ikan! 



Layanan sikap sombong dan garang daripada doktor dan jururawat mungkin
sudah menjadi perkara biasa dan pengalaman biasa ramai pesakit.  Pada
saya kedua-dua sikap ini  boleh dimaafkan kerana mungkin tekanan kerja membuatkan mereka ini bersikap demikian.  Tapi sikap yang ditunjukkan seperti di atas, sampai mati pun orang akan kenang. 





Masih terkenang-kenang apa nasib yang menimpa wanita berusia 46 tahun tersebut.  Semoga dia berjaya diselamatkan dengan berkat doa keluarganya.  Beberapa jam selepas pembedahan usus, wanita tersebut masih boleh
berbual dan bergurau dengan anak perempuannya sebelum mengadu mengalami
masalah pernafasan.  Dia seterusnya bernafas menggunakan oksigen sebelum
tidak sedarkan diri.  





Doktor kemudiannya terpaksa memasukkan tiub ke
saluran pernafasannya dan mengepam udara masuk secara manual.  Akhir sekali yang saya lihat, wanita tersebut mungkin disorong menuju ke ICU ataupun bilik pembedahan untuk tindakan lanjut.  Anak-anak dan suaminya turut bergegas mengiringinya.  Saya yang melihat situasi ini cuma dapat menahan-nahan sebak di dada saja.



Penerbangan Paling Selesa


Selain mengharapkan tambang murah, setiap kali menaiki kapal terbang, apa perkara lain yang kamu harapkan?  Secara peribadi, saya selalu mengharapkan agar tiada orang lain yang duduk di barisan tempat saya duduk dan seronoknya bila ini berlaku ♥‿♥







Tali pinggang keselamatan


Yes!!! Penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) yang saya naiki dari Sandakan
- Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu - Kuching pada 23hb lepas merupakan
pernerbangan yang paling best!  Sampai handbag pun tidak perlu simpan di
bawah tempat duduk ataupun di tempat simpanan barang di atas kepala.







Gunung Kinabalu


Lagi best, flight Sandakan - Kota Kinabalu pada jam 12.50pm, saya
berpeluang mengambil gambar Gunung Kinabalu yang hampir-hampir ditutupi awan.  Yang tidak bestnya, flight saya dari Kota Kinabalu - Kuching bertolak pada jam 7.45pm.  Jadi terpaksalah saya menunggu lebih enam jam di airport KK. 

Sos Cili Padi Sabah Terbaik Punya!!!


Kebiasaannya setiap kali balik dari bercuti di Beluran, saya akan tapau udang galah bawa balik ke Kuching, maklumlah daerah Beluran kan memang terkenal dengan udang galah dan hasil lautnya yang segar bugar.  Tapi kali ini saya saya cuma tapau 1kg udang kering Beluran dan tiga kotak Sos Cili Padi Sabah.






Sos cili padi Sabah


Saya sangat-sangat yakin bahawa sos cili padi seperti ini tiada dijual di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.  Selama lebih lima tahun menetap di Sarawak, saya cuma jumpa cili potong bersama kicap ataupun cuka setiap kali makan di mana-mana kedai makan.







Tiga kotak berisi 24 botol setiap kotak


Memandangkan jarang-jarang sangat dapat balik Sabah jadi saya terus angkat dua kotak sos cili padi dan sekotak sos cili padi bawang putih dari kedai mama saya untuk dibawa balik Sarawak.  Ini memang betul-betul stok untuk setahun agaknya bagi saya yang suka makan pedas ni.  Sos cili padi ni ngam sangat dicampurkan dengan cuka dan kicap ... apa lagi kalau campur dengan limau ... huh!!! makan nasi bersama lauk simple pun sudah umpph!!!  Apa lagi kalau makan dengan mee goreng, mee sup, ikan goreng .... umphhh!!!





**Kalau ada sesiapa di sekitar Kuching/Kota Samarahan yang berminat hendak membeli, harga cuma RM3.80 sebotol (160gram).  Email: home.niaga@yahoo.com



Kembali Blogging Dari Kota Samarahan


Kembali blogging seperti biasa dari Kota Samarahan, Sarawak.  Sebulan
lebih bercuti di Beluran, Sabah rupa-rupanya cuma dua update saja yang
saya dapat buat. 
Kononnya mau update mengenai pengalaman-pengalaman menarik sepanjang
sebulan tapi tidak berkesempatan  gara-gara sibuk menjadi pembantu di kedai mama.  Ditambah lagi dengan keadaan line internet yang selalu bikin panas ... huh!!! memang bukan senang menjadi seorang blogger.  Tiada internet maka tiadalah blogger ..



Apa saja bah asal buli dikunik-kunik!


Memandangkan internet pun sudah menjadi satu keperluan pada masa sekarang ... jadi apa saja diusahakan oleh orang kaki online macam saya asal boleh connect dengan internet ^_^







Buli saja bah kalau ko ...


Ini kes blogging dari kedai runcit mama saya di Taman Sungai Labuk, Beluran.  Line internet memang tidak dapat di kunik-kunik biarpun sudah dinaik taraf dengan sekotak drinking water bersama lima tingkat kotak telur ... update ni pun saya buat dari rumah.




Jun 2012: Blogging Dari Beluran




Replika Udang Galah, mercu tanda Pekan Beluran


Saya sekarang blogging dari Beluran dan saya berkesempatan mengambil
gambar replika udang galah gergasi yang menjadi mercu tanda daerah
Beluran iaitu daerah di mana saya membesar.  Sebut sahaja daerah Beluran, memang semua orang tahu bahawa inilah destinasi untuk mereka yang gemarkan makanan laut segar.  Sebelum kembali ke Kuching pada 23 Jun nanti, saya berharap akan dapat
berkongsi lebih banyak cerita dan gambar mengenai Pekan Beluran. 



Yeah!!! Balik Kampung ... oooo ... Balik Kampung


Hello ... Selamat Pagi! Sebenarnya ini schedule post yang saya sediakan malam tadi.  Saya ketika ni dalam penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu.  Tahun saya sambut Kaamatan di Beluran, Sabah dan si gaman sambut Gawai di Saratok, Sarawak.  Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Selamat Hari Gawai Gayu Guru Gerai Nyamai.  Yeah!!! esok balik Sabah ... Beluran kampung ku ... TAPI sebelum balik beluran saya singgah Tambunan dulu mau jumpa dengan anak-anak abang saya yang cumil-cumil ♥‿♥ Jadi untuk dua atau tiga minggu saya akan ber'blogging dari Beluran.



Si Wira Rosak Lagi!




Rosak di rumah


Last si Wira ni sakit tenat pada pertengahan Februari lepas gara-gara clutch pump rosak dan RM400 melayang untuk service serta tukar alat ganti.  Memang tidak heran sangatlah sebab memang hampir setiap bulan si Wira ni buat hal.







Masalah pump tangki minyak


Semalam pula, si Wira ni buat hal ... enjin tidak mau hidup.  Baru juga lepas service awal bulan ni dan semalam baharu saja lepas hantar cuci, vacum & polish sampai berkilat-kilat ... tiba-tiba rosak la pula. 






Terpaksa kosongkan tangki minyak


Hari ni terpaksa panggil mr.mekanik datang rumah.  Itu mekanik bagitau masalah pump tangki minyak ... jadi terpaksalah tangki minyak dikosongkan. 







 
Si gaman memperkayakan ilmu mekanikal


Tangki minyak pun kena ditanggalkan ... ini kali tidak tau berapa pula kos penyelenggaran si Wira ni.  Nampaknya, terpaksalah cut budget gawai & kaamatan tahun ni ♥‿♥







Si putih pun belajar ilmu mekanikal




Mengumpul Penarik Tutup Minuman Tin




Pull tabs


Saya pernah terdengar dahulu (sekitar tahun 2000), sekeping pull tab ni harganya 20 sen ... tapi tidak tahu betul atau tidak sebab bila ditanya mereka tidak tahu pula di mana tempat untuk menjualnya.  Kami dua si gaman mengumpul pull tabs ini pun cuma sekadar suka-suka
pada mulanya tapi lama-kelamaan menjadi hobi pula sehinggalah ke hari ini.







Terkumpul sejak 2010


Pernah juga google-google di internet untuk mencari pembeli atau tempat menjual kesemua pull tabs ni tapi setakat hari ini masih belum jumpa.  Tapi mungkin sesuatu boleh dilbuat dengan pull tabs ni seperti hasil kraftangan kreatif di blog Mee Tan's Handicraft.

Alkisah Saya & Pakcik Tukang Potong Rumput


Semakin jarang-jarang pula saya meng'update' blog.  Selain diserang wabak malas-malas gara-gara wabak 'no idea', sebenarnya saya busy menguruskan blog Walai Krusye dan menyiapkan tempahan krusye daripada pelanggan.





Baiklah, hari ini saya mau update blog dengan satu kisah yang saya rasa lucu berlaku kelmarin (Jumaat) di antara saya dan pakcik tukang potong rumput.  Sebenarnya, walaupun sudah lebih lima tahun menetap di Sarawak tetapi kebanyakan orang di sini selalu ingat saya orang Indonesia.  Mungkin gara-gara dialek orang Sabah bertutur dianggap sama dengan dialek orang Indonesia.





Alkisah perbualan saya dengan si pakcik tukang potong rumput yang membuatkan saya sehingga hari ini masih geli hati.





Tukang potong rumput:  Kamu orang Indon ka?


Saya:  Bukan.


Tukang potong rumput:  Jadi kamu orang apa?


Saya:  Sabahan.


Tukang potong rumput:  Benar ka?  kitak macam orang Indon. (Bahasa Melayu Sarawak).


Saya:  Hehehehe ... baguslah, yang penting pakcik tidak tingu saya macam orang utan (Nada bergurau).





Lepas saya jawab macam tu, terus si pakcik berhenti bertanya dan menyambung balik buat kerja dia potong rumput di sekeliling rumah kami.  Saya pun tidak terfikir jawapan macam tu keluar dari mulut saya, tapi sekurang-kurangnya dia tidak banyak tanya lagi ^_^





*Tidak kisah dianggap macam orang Indonesia sebab kita sama manusia juga.  Cuma ramai yang tidak sedar bahawa tinggi rendah nilai mata wang sesebuah negara itu yang mempengaruhi persepsi kita.



Jadual Destinasi Untuk Hari Ini






Jadual destinasi hari ini bagi mengelakkan pembaziran masa & minyak kereta Ù©(-̮̮̃•̃)Û¶

Ulang Tahun Perkahwinan Ke - 5




Ulang tahun kelima


Hari ini merupakan ulang tahun kelima perkahwinan kami dua si gaman.  Sedar tidak sedar, rupanya sudah lima tahun kami menjadi pasangan suami isteri ... cewah.  Sepanjang hari ini kami penuhi dengan aktiviti jalan-jalan cuci mata dan jalan-jalan cari makan.






Laksa Sarawak


Hari istimewa ini kami mulakan dengan bersarapan pagi merangkap makan tengahari Laksa Sarawak kegemaran di Thompson Corner, Tabuan Jaya.  Rasa laksa sarawak yang biasa kami makan setiap minggu ini pun lebih special berbanding hari-hari biasa mungkin kerana hari ini sangat istimewa untuk kami berdua.







Melihat pameran di Muzium Seni


Selepas kenyang perut senang hati, kami dua si gaman pergi mencuci mata melihat pameran gambar Black & White Impression Body Sculptures in Light di Muzium Seni.  Gambar-gambar hitam putih seni bina badan yang dipamerkan memang cukup menarik dan sesiapa yang berada di sekitar Kuching bolehlah meluangkan masa untuk berkunjung ke pameran yang bermula 16 Feb hingga 18 Mac.






Aiskrim kacang dan aiskrim kacang merah


Selepas dari muzium seni, kami kemudiannya pergi berurusan di beberapa tempat sebelum singgah makan aiskrim di iglool, King Centre, Simpang Tiga.  Kali ini ada sedikit suntikan suasana romantik la kunun sebab premis ini masih dipenuhi dengan hiasan suasana Valentine Day.






Makan malam


Memandangkan kami dua si gaman malas mau berulang-alik, jadi kami singgah lagi cuci-cuci mata dan makan waffle rendang di Kuching Sentral sementara menunggu waktu untuk makan malam.  Tahun ini kami memilih untuk makan di Top Sport iaitu medan makan yang popular di Kuching.  Tiada istilah candle light dinner, sepanjang lima tahun ini kami
sentiasa meraikan ulang tahun dengan makanan yang mengenyangkan.  Kita perlu melupakan diet sihat pada setiap hari istimewa seumpama dan sewaktu dengannya ^_^

Mencari Alat Ganti Microwave Oven Aowa




Microwave Oven jenama Aowa


Ada sesiapa tahu di mana saya boleh mendapatkan alat ganti bagi Microwave Oven jenama Aowa di Kuching?   Beberapa kedai membaiki kedai elektrik yang saya dan si gaman
memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai alat ganti untuk barangan
elektrik jenama Aowa berikutan tiada ejen Aowa di Kuching.  Saya sudah cuba google di internet tetapi tiada maklumat yang boleh
membantu, nampaknya jenama peralatan elektrik Aowa ini agak tidak
popular di Malaysia. 






Si gaman melihat sesi postmortem kerosakan


Tiada alat ganti bermakna microwave oven kesayangan saya hadiah perkahwinan daripada mama dan bapa ini tidak akan dapat dibaiki ... huhu ... sedihnya.  Mau dijadikan besi buruk tidak sampai hati sebab sudah kira-kira enam tahun microwave oven ini membantu mempermudahkan hidup saya.  Jadi sekiranya ada sesiapa yang ada maklumat mengenai di mana ada tempat yang mempunyai alat ganti sila tinggalkan komen yer ... Thanks.












Tiada Azam Baru Untuk 2012




@ The Spring ... Harapan yang mulia


Memandangkan azam 2011 saya belum habis tercapai jadi tahun 2012 ini saya tidak menyenaraikan sebarang azam baru.  Pada tahun ini saya hanya akan fokus untuk menyempurnakan azam yang masih belum selesai pada tahun lepas dengan semangat baru.







@ The Spring ... bolehkah azam macam ini


Jika mengimbas kembali 2011, rasanya semuanya baik dan saya percaya tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas.  Apa yang penting ialah mempunyai keazaman untuk berusaha dalam semua perkara kerana tiada yang akan datang bergolek di depan mata.







@ The Spring ... Kereta idaman semua RM116,888.00


Wah ... kalau menang lottery boleh juga beli kereta seperti di atas.  ... Tapi mau menang lottery pun kena berusaha juga pergi beli lottery untuk masuk dalam kebarangkalian menang hehehe ...  kesimpulannya, semua perkara perlu ada usaha.  Anda macam mana pula, apa Azam 2012?  Azam 2011 sudah terlaksana atau terbengkalai?








Cenderahati 1Malaysia Edisi Terhad




Cenderahati dari Pejabat Perdana Menteri


Tahun baru 2012 ini saya menerima bungkusan misteri dari Pejabat Perdana Menteri.  Pada mulanya suspen juga tapi bila buka bungkusan rupa-rupanya Cenderahati 1Malaysia Edisi Terhad sempena Majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung yang diadakan di Kuching pada 19 Mac tahun lepas.







2 t-shirt edisi terhad


T-shirt edisi terhad ini diberikan sebagai tanda penghargaan Perdana Menteri terhadap sokongan dan kehadiran tetamu yang merupakan rakan-rakan online Facebook dan Twitter beliau pada Majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung yang lalu.











Udang Galah Beluran




Udang galah goreng asam jawa


Kalau saya balik Beluran, gerenti perkara wajib disediakan untuk ditapau balik Kuching ialah udang galah.  Untuk pengetahuan, Beluran memang terkenal dengan hasil tangkapan laut yang segar terutamanya udang galah.  Musim hujan kali ini harganya agak mahal sikit dan saiznya juga agak kecil daripada biasa.  Walau apapun, udang galah dari daerah tempat saya membesar ini "TATAP yang terbaik!".







Siap! Ready for tapau


Biasanya kalau balik Beluran gerenti saya tidak pernah lupa bawa cooler untuk tapau udang galah dan ikan belanak segar bawa balik Kuching.  Tapi kali ini saya tidak terbawa, mungkin gara-gara excited sangat balik Beluran sebab sudah tiga tahun tidak sambut krismas bersama keluarga.






Ikan belanak


Jadi cara terbaik untuk memastikan udang galah dan ikan belanak ini tahan lama ialah dengan memerap kedua-duanya dengan garam dan asam jawa yang mencukupi.  Udang galah dan ikan belanak ini bapa yang tolong perap, sementara saya cuma goreng ikan dan mama tolong goreng udang galah.  Wah ... wah ... hasilnya seperti di atas dan sedia untuk dibawa balik Kuching esok.