Semakin jarang-jarang pula saya meng'update' blog. Selain diserang wabak malas-malas gara-gara wabak 'no idea', sebenarnya saya busy menguruskan blog Walai Krusye dan menyiapkan tempahan krusye daripada pelanggan.
Baiklah, hari ini saya mau update blog dengan satu kisah yang saya rasa lucu berlaku kelmarin (Jumaat) di antara saya dan pakcik tukang potong rumput. Sebenarnya, walaupun sudah lebih lima tahun menetap di Sarawak tetapi kebanyakan orang di sini selalu ingat saya orang Indonesia. Mungkin gara-gara dialek orang Sabah bertutur dianggap sama dengan dialek orang Indonesia.
Alkisah perbualan saya dengan si pakcik tukang potong rumput yang membuatkan saya sehingga hari ini masih geli hati.
Tukang potong rumput: Kamu orang Indon ka?
Saya: Bukan.
Tukang potong rumput: Jadi kamu orang apa?
Saya: Sabahan.
Tukang potong rumput: Benar ka? kitak macam orang Indon. (Bahasa Melayu Sarawak).
Saya: Hehehehe ... baguslah, yang penting pakcik tidak tingu saya macam orang utan (Nada bergurau).
Lepas saya jawab macam tu, terus si pakcik berhenti bertanya dan menyambung balik buat kerja dia potong rumput di sekeliling rumah kami. Saya pun tidak terfikir jawapan macam tu keluar dari mulut saya, tapi sekurang-kurangnya dia tidak banyak tanya lagi ^_^
*Tidak kisah dianggap macam orang Indonesia sebab kita sama manusia juga. Cuma ramai yang tidak sedar bahawa tinggi rendah nilai mata wang sesebuah negara itu yang mempengaruhi persepsi kita.
6 comments:
Haha. Terus terdiam ouh si pacik kana jawapan sarkastik. Kasian dia. Haha.
Hahaa ya ba... terus terdiam tu uncle nda terbalas jawapan ko yang hebat.
Ba, happy Thursday bisuk, gaman.
@Fadzmie Mohamad hahaha ... nda da niat ba jg tu, begurau sj tapi terus pla itu paci tediam :)
@Armstrong hahaha ... hebat ka? saya pun nda tesangka tekeluar cakap mcm tu hehehe
Haha astaga pacik ni potong jak la rumput, meneka, salah lagi.
Tapi saya kan tebiasa suda dgn kwn2 sarawak automatik sy ckp sarawak
@Cinoi Lavigne hehehe ... saya ni suda lima tahun di sini tapi masih jg pekat bahasa sabah bah. nda jg pandai2 cakap melayu swk.
Post a Comment