Tahun ini kononnya ingin menyertai Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2012 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak. Tapi bila membaca kelima-lima tajuk peraduan kategori orang awam (Bahasa Melayu) rasa ingin membatalkan niat pula. Semua tajuk sangat-sangat mencabar, rasa tidak yakin pula dapat mengumpul maklumat mencukupi untuk menghasilkan sebuah esei yang berkualiti.
1. Perjalanan menuju Wawasan 2020, di mana kita sekarang? : Satu analisis.
WAWASAN 2020 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang Tun) pada tahun 1991. Bincangkan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Pada pendapat anda di mana negara berada sekarang dalam perjalanan menuju tahun 2020 dan mampukahnya mencapai matlamat yang telah ditetapkan?
2. SCORE (Koridor Tenaga Yang boleh Diperbaharu Negeri Sarawak) lubuk pekerjaan.
SCORE menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Sarawak khususnya lepasan sekolah. Apakah langkah-langkah yang telah dan sedang dilakukan oleh Negeri Sarawak untuk memastikan rakyatnya dapat menggunakan peluang ini sepenuhnya. Bagaimana rakyat Sarawak boleh diberi kesedaran mengenai peluang-peluang ini? Huraikan dan bincangkan dengan memberi contoh-contoh tertentu untuk menyokong hujah-hujah anda.
3. Pembangunan Modal Insan Pemacu Pembangunan ke arah Wawasan 2020.
Pembangunan Modal Insan seperti yang ditekankan dalam Bajet 2011 memainkan peranan kritikal untuk memacu pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Huraikan strategi-strategi yang digunakan oleh Kerajaan untuk memperhebatkan pembangunan modal insan negara. Pada pendapat anda apakah peranan rakyat terutamanya belia untuk memperkasakan pembangunan modal insan khususnya untuk memastikan kejayaan SCORE (Koridor Tenaga Yang boleh Diperbaharu Negeri Sarawak). Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memastikan SCORE mampu menarik minat dan perhatian belia supaya cenderung untuk merebut peluang pekerjaan di bawah SCORE?
4. Konsep Malaysia Inovatif Jentera Transformasi Ekonomi Negara.
Konsep Malaysia Inovatif dilancarkan pada tahun 2010 dengan tujuan untuk menjadikan budaya inovasi sebagai penggerak pembangunan ekonomi negara. Huraikan konsep ini dan bagaimanakah ia mampu menjadi jentera transformasi ekonomi negara.
5. Dasar Transformasi Nasional Payung Transformasi Negara.
Kesemua program transformasi kerajaan bernaung di bawah Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang berkuat kuasa mulai 2011 hingga 2020. Bincangkan semua aspek yang terkandung dalam DTN dan impak-impaknya kepada pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020.
0 comments:
Post a Comment