Kebiasaannya setiap kali balik dari bercuti di Beluran, saya akan tapau udang galah bawa balik ke Kuching, maklumlah daerah Beluran kan memang terkenal dengan udang galah dan hasil lautnya yang segar bugar. Tapi kali ini saya saya cuma tapau 1kg udang kering Beluran dan tiga kotak Sos Cili Padi Sabah.
Sos cili padi Sabah |
Saya sangat-sangat yakin bahawa sos cili padi seperti ini tiada dijual di sekitar Kuching dan Kota Samarahan. Selama lebih lima tahun menetap di Sarawak, saya cuma jumpa cili potong bersama kicap ataupun cuka setiap kali makan di mana-mana kedai makan.
Tiga kotak berisi 24 botol setiap kotak |
Memandangkan jarang-jarang sangat dapat balik Sabah jadi saya terus angkat dua kotak sos cili padi dan sekotak sos cili padi bawang putih dari kedai mama saya untuk dibawa balik Sarawak. Ini memang betul-betul stok untuk setahun agaknya bagi saya yang suka makan pedas ni. Sos cili padi ni ngam sangat dicampurkan dengan cuka dan kicap ... apa lagi kalau campur dengan limau ... huh!!! makan nasi bersama lauk simple pun sudah umpph!!! Apa lagi kalau makan dengan mee goreng, mee sup, ikan goreng .... umphhh!!!
**Kalau ada sesiapa di sekitar Kuching/Kota Samarahan yang berminat hendak membeli, harga cuma RM3.80 sebotol (160gram). Email: home.niaga@yahoo.com
4 comments:
Nah, ngam laitu. Boleh buka bisnes suda ni sana Sarawak. ;)
@Fadzmie Mohamad Hahaha ... stok utk diri sendiri ni, tapi telampau banyak pla tu sbb mau dijual yg lain :)
Hi,eddie dari kuching..saya mau order 10 botol le, lima botol setiap jenis, ada dua jenis, betul tak , cukup stock tak...masih boleh kurang sikit tak..jumpa mana mana boleh..let me know ok...
@Eddie Hi, saya sudah reply email.
Post a Comment