BHR Padawan Nature Challenge 2011 Bermula Esok!




Tag nama Pasukan MyGamanBorneo


Debaran semakin terasa untuk BHR Padawan Nature Challenge 2011 yang akan berlangsung esok,  Ahad bersamaan 3 Julai 2011.  Program tahun keempat cabaran eko pelancongan ini merupakan anjuran bersama Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Borneo Highland Resort (BHR).  Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu MPP Chairman Challenge Trophy (Open), Malta Penrissen Summit Trekking Challenge (Open), Batu Panggah Trekking Challenge (Open) dan Kalimantan View Trekking Challeng (Ladies Only).  Program ini juga turut mendapat kerjasama daripada Sarawak Bloggers selaku media online.







T-shirt dan nombor pasukan


Sementara, kami dua si gaman pula merupakan antara yang mewakili Sarawak Bloggers memilih untuk mengharungi cabaran kategori Malta Penrissen Summit Trekking Challenge (Open) sejauh 15 kilometer esok.  Tidak sekadar ingin merasai sendiri pengalaman menyertai cabaran seumpama ini, kami juga sebenarnya ingin melihat dengan mata sendiri keindahan alam semulajadi di BHR yang menjadi sebutan ramai.  Tidak lupa juga, kami dua si gaman akan membawa kalori dan lemak-lemak berlebihan  pada badan untuk disingkir di sepanjang perjalanan ^_^






p/s: Tiada latihan mencukupi berikutan kesibukan dan masa yang terhad diharap
tidak menjadi penghalang untuk kami dua si gaman menghabiskan cabaran
ini.








2 comments:

Fadzmie Mohamad said...

15km? Jauhhhhh =.=

By the way, good luck for both iof you. :)

MyGamanBorNeo said...

@Fadzmie Mohamad Jangan lupa baca pengalaman detik2 cemas kami :)