Gambar kenangan bersama Leweton's Women Water Music |
Pernah terdengar mengenai alunan rentak muzik yang dihasilkan menerusi kocakan air? Itu antara persembahan paling unik dan menarik yang disajikan kepada para pengunjung di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2011. Hebat dan mengkagumkan!
Mereka menjadi tumpuan pengunjung dan media dari dalam dan luar negara |
Persembahan muzik air oleh Leweton's
Women yang berlangsung selama kira-kira 20 minit di tasik Kampung Budaya berjaya membuatkan setiap yang berada di tepian tasik terpegun. Sama seperti kami dua si gaman, kebanyakan pengunjung memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang ada untuk merakam momen unik ini.
Mula masuk ke dalam air untuk memulakan persembahan |
Daripada maklumat yang kami google, mereka ini dikatakan berasal dari kepulauan Vanuatu yang terkenal dengan tradisi yang sangat unik dan jarang
dilihat iaitu dipanggil muzik air.
Berdiri dalam air separas pinggang |
Berpakaian
dalam pakaian tradisional bunga dan daun, mereka masuk ke dalam air setinggi pinggang dan berdiri dalam barisan dan mula
bermain dengan kocakan air.
Semua tumpuan terarah kepada mereka pada petang tersebut |
Air yang dipukul menggunakan tangan dalam tarian berirama badan dan gelombang menghasilkan bunyi yang unik dan hidup. Jika kebanyakan artis jemputan di RWMF ini membawa dan memiliki alat muzik masing-masing, kumpulan Leweton's Women ini pula hanya menjadikan air sebagai alat muzik mereka.
Setiap kocakan dan gelombang air mengeluarkan bunyi-bunyian yang unik |
Gerakan tangan mereka memainkan irama muzik air seumpama seperti melakukan aktiviti membasuh dan mandi. Bezanya, setiap pukulan, kocakan dan tepukan pada air menghasilkan alunan bunyi yang unik dan bergema dengan bantuan alat pembesar suara.
Alunan muzik air mengiring lagu mereka |
Leweton's Women dijadualkan mengadakan persembahan muzik air mereka sepanjang RWMF berlangsung iaitu dari 8 hingga 10 Julai pada jam 3.50 petang hingga 4.10 petang. Di bawah ini kami kongsikan rakaman video singkat persembahan mereka pada hari pertama RWMF, 8 Julai. Kualiti kurang memuaskan, maklumlah rakaman dibuat menggunakan kamera digital.
Video Muzik Air Leweton's Women
3 comments:
wahh..awesome..!
mcm bkn air owh durg pukul..
mcm ada alat ja durg pukul sa dgr..
waaa..siuk owh tgk dpn2..hehe :)
@echaRierie tingu live lagi best. first time dgr muzik mcm ni.
@Maximo Ginez III Blogpage Thanks for the info Max.
Post a Comment