Google pix |
Saya agak tertarik dengan laporan sebuah akhbar online mengenai ramai kakitangan kerajaan menghabiskan masa melayari internet semasa mereka bertugas. Sekiranya itu merupakan pendedahan yang dibuat di London, adakah sektor kerajaan di Malaysia turut berhadapan dengan situasi yang serupa?
Berdasarkan pengalaman kerja, pekerja di sektor swasta agak sukar mencuri-curi peluang melayari internet untuk tujuan peribadi walaupun pada waktu lunch break kerana sektor swasta bersandarkan profit oriented dan sentiasa cuba meminimumkan expenses. Malah ada syarikat yang sengaja menyekat beberapa laman web sosial
popular daripada diakses menggunakan talian internet pejabat bagi mengelakkan para pekerjanya leka dan melengahkan tugas.
LONDON - Satu pendedahan maklumat yang dibuat berdasarkan peruntukan
undang-undang kebebasan maklumat mendapati puluhan ribu laman web
dilawati oleh para pegawai kerajaan Britain semasa mereka bertugas,
lapor sebuah akhbar semalam. Sebanyak 1,000 laman web tertinggi yang sering dilayari oleh ribuan
pegawai kerajaan di ibu pejabat kerajaan di sini sepanjang tempoh lima
bulan telah didedahkan berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut. Ini menunjukkan para pekerja menghabiskan masa mereka dengan mengemas
kini pungutan mata sukan kriket, keputusan loteri, menempah percutian
dan mempelajari tarian gelek yang dibayar oleh pembayar cukai. Antara laman web yang hangat ialah sexymp.co.uk tampil di dalam senarai paling popular itu dengan kunjungan 21,477 kali.
Laman web itu menyenaraikan ahli-ahli parlimen yang mempunyai daya penarik.Senarai paling pelik iaitu preseed.co.uk yang menjual krim pelembap intim berada di kedudukan ke-625 dan dilayari sebanyak 13,295 kali. Laman web ESPNcricinfo.com turut menjadi pilihan pegawai kerajaan apabila ia dikunjungi sebanyak 346,000 kali. Turut menjadi pilihan para pegawai kerajaan itu ialah laman web bearsfaction.org.uk yang menerima kunjungan 27,634 kali dan berada di tempat ke-385. Ia merupakan laman web aksi secara langsung terbesar di Britain. Sumber - Kosmo
p/s: Nasib la sekarang ni broadband dapat dimiliki pada kadar mampu milik, jadi dapat juga surfing di rumah dan di mana-mana saja. Sekali sekala sempat juga layan internet time kerja tapi kerja tetap beres! :)
1 comments:
@Armstrong wah sampai internet pun tiada? ok lg kalau FB sj yg kena banned di opis. ini betul kedekut punya kompeni hahaha
Post a Comment