Awas! Link Jahat Di Facebook




Google Pix


Pernahkah anda ter'KLIK' atau dengan sengajanya meng'KLIK' pautan-pautan di laman web atau video yang
menggunakan imej-imej seksi berbaur seks ketika melayari laman sosial kegemaran
seperti Facebook?  Kemudian apabila diklik tiada apa yang berlaku, sebaliknya secara automatik akaun FB anda pula menyebarkan link tersebut.  Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.   





Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.  Link-link ringkas itu dianggap berniat jahat kerana ia akan membawa
pelayar Internet ke laman web yang berbeza seperti dipaparkan, manakala
destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan
pelayar Internet. 





Kebanyakan link tersebut menggunakan paparan dan imej yang seksi bagi
menarik pelayar Internet supaya mengklik link ringkas tersebut.  Terdapat dua jenis link
yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu.  Kedua-duanya bersifat mengelirukan dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahaya.  





Salah satunya adalah semata-mata bertujuan untuk pengiklanan sahaja.
Ia dapat dikesan apabila arahan akhir yang diberi adalah memasukkan
nombor telefon sebagai pengesahan.  Pautan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat yang
dianggap sebagai kreatif memanipulasi orang ramai supaya melawat laman
web mereka.  Link sebegitu dikatakan tidak akan merosakkan atau mendatangkan
bahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis pautan yang
lagi satu. 





Pautan kedua dianggap merbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware
walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan.  Link tersebut boleh dikesan apabila setiap kali pelayar Internet
menekan butang pautan untuk menonton video atau sebagainya tetapi, tiada
apa yang berlaku.  Malah, dalam sesetengah pautan, ia mengkehendaki pengguna memuat naik
perisian atau fail dengan alasan jika menonton video akan menjadi lebih
cepat.







Serangan Adware sangat berbeza dengan virus, ia tidak akan memberi
kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi, berkemampuan mengumpul
semua data yang pengguna masukkan.  Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci,
nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul
dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.





Pengguna dinasihat supaya berhati-hati dengan
arahan memuat naik fail yang mempunyai nama domain .exe dan .bat kerana
apabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data
menjadi lebih mudah.  Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran Pop-up akan muncul.  Sumber: Kosmo












4 comments:

echaRierie said...

btl3..kdg2 terpengaruh utk klik link tue..sbb prsn ingin tahu..hehe..
tp lm sdh sa nda tekan apa2 link d fb..mcm alert sdh lps kena sekali..hehe

MyGamanBorNeo said...

@echaRierie iya lah. itu link pakai nama artis2 glemer mcm Lady Gaga, Justin Beiber ... itu sbb org mau tau apa jg gosip terkini dorang.

Aemy Shamy said...

Fb skrg memang jd sarang phishing da...viruses are everywhere..yg herannya masih ramai juga yg tertipu..huhu..

MyGamanBorNeo said...

@Aemy Shamy iya la. mgkn gara2 dorang umpan pakai nama artis2 glemer. jd kita ni pun mau tau pasal gosip terkini.