Walai Krusye @ Green Heights Mall Flea Market

Antara barangan Walai Krusye
Walai Krusye? Selain blog MyGamanBorneo, Walai Krusye merupakan salah sebuah lagi blog yang saya kendalikan.  Berbeza dengan blog MyGamanBorneo, blog Walai Krusye lebih cenderung kepada perkongsian hobi krusye saya.

Hari pertama (6 Julai 2013)
Walai bermaksud rumah dalam bahasa Kadazan Dusun, manakala krusye pula merupakan seni mengait menggunakan jarum satu.  Jadi Walai Krusye kalau dalam bahasa English ialah 'House of Crochet'.  

Hari kedua (7 Julai 2013)
Jika dahulunya hanya sebuah blog, kini Walai Krusye telah menjadi sebuah perniagaan yang telah didaftarkan dengan nama Walai Krusye Enterprise pada 8 Oktober 2012 yang lalu ... satu perkembangan yang baik bukan? cewah ♥‿♥

Jualan makanan
Pun begitu, perniagaan ini hanya dijalankan secara kecil-kecilan memerusi online dan sekali sekala saya akan mengikuti 'flea market' yang dianjurkan oleh mana-mana pihak seperti Green Heights Mall Flea Market pada 6 dan 7 Julai lepas.  

Pre-love item
Ini merupakan kali kedua saya menyertai aktiviti jualan terbuka sebegini, sementara kali pertama di TweetMarket TweetUpKuching pada 8 Disember 2012.  Maklumlah belum mampu untuk menyewa dalam jangka masa panjang, jadi peluang seperti inilah yang cuba saya manfaatkan untuk mendapat pengalaman lebih luas dalam perniagaan.

Sheena's Handmade House
Sambutan daripada para pengunjung pada ketika itu sangat menggalakkan.  Lebih menyeronokkan lagi apabila saya berpeluang bertemu dengan individu-individu yang mempunyai minat yang sama.  Cuma ruang dan masa tidak sesuai, kalau tidak ... rasanya boleh lepak berjam-jam lamanya berbual mengenai hobi kait-mengait ni.

Ok la, setakat ini sahaja.  Sehingga bertemu lagi pada entri akan datang.  Kepada penggemar krusye bolehlah luangkan masa berkunjung ke blog Walai Krusye dan FB Walai Krusye.


0 comments: