Kapal MV Logos Hope |
Sudahkah anda berkunjung ke kedai buku terapung MV Logos Hope? Jika belum, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman berkunjung ke kedai buku terapung ini. Walaupun sebelum ini pernah merasai pengalaman menaiki kapal tentera laut, tetapi perasaan ketika berada di kapal MV Logos Hope ini jauh berbeza kerana suasananya lebih mesra dan menyeronokkan terutamanya apabila melihat beribu-ribu buah buku.
Perasaan ingin tahu ... |
Yuran masuk hanya RM1 untuk orang dewasa manakala bagi pengunjung
kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah kemasukan adalah percuma
dengan syarat mesti ditemani orang dewasa. MV Logos Hope dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10
malam pada Isnin hingga Jumaat dan dari jam 1 petang hingga 10 malam
pada Ahad bermula 28 Ogos lepas hingga 13 November ini. Difahamkan, MV Logos Hope akan ditutup kepada orang ramai pada Isnin, 31 Oktober dan Selasa, 8 November.
Pengunjung berpusu-pusu masuk |
Daripada maklumat yang diperolehi daripada akhbar-akhbar tempatan, kapal ini dikatakan berlabuh buat pertama kalinya di Kuching. MV Logos Hope juga mempunyai saiz
yang cukup luas selain mempunyai sudut kanak-kanak selain dilengkapi
‘International Cafe’ menjual ais krim, minuman dan makanan ringan serta
‘Visitor Experience Deck’ berhawa dingin untuk diterokai orang ramai.
Sesi penerangan ringkas |
Sebelum dibenarkan masuk ke ruangan kedai buku, pengunjung terlebih dahulu diberikan penerangan ringkas mengenai MV Logos Hope oleh seorang sukarelawan yang bertugas.
Sejarah MV Logos Hope |
Di kawasan menyambut tetamu ini, kami tidak melepaskan peluang untuk membaca sejarah kewujudan
MV Logos Hope yang menggantikan MV Doulos yang kali terakhir mengunjungi
Kuching pada 10 Disember 2008 hingga 3 Januari 2009.
Ruangan kedai buku |
Bertemakan ‘ Membawa pengetahuan, bantuan dan harapan’, kapal Logos Hope
yang berlabuh di pelabuhan Sim Kheng Hong, Pending, Sarawak menawarkan
lebih 5,000 tajuk buku kepada pengunjungnya, bermula
dari sains, sukan, resipi, seni hinggalah buku kanak-kanak pada harga
yang berpatutan.
Pelbagai jenis buku |
Harga mengikut points |
Seksyen kamus |
Believe it or not! |
Seksyen Spritual Life |
The Right To Die??? |
Bersama maskot kapten |
Masa untuk pulang ^_^ |
6 comments:
Wahhh punya best ni.... kedai buku di atas cruiser ship...
ohh MV Doulos percuma saja derang ni siap charge la pulak.
@Daniel Chiam ... memang best ... ngam utk ulat2 buku :)
@Mizz Coki iya ... yg ni ganti MV Doulos ... dorg mau collect donation kali.
Tak sepat saya kali ini.Macam mana dgn harga buku-buku yg di jual..murah kah dari yg di-jual kat kedai?? contoh Digital Photography yg dalam gambar di sebelah Abang kita tu....
@AWANG kira agak berpatutan la berbanding di luar. tp harga buku digital photography tu nda perasan pula :)
Post a Comment