Sidang Media |
Ini merupakan pengalaman pertama saya menghadiri sidang media sebagai seorang blogger dan semuanya berjalan baik walaupun saya malu-malu tekuyung. Sidang media ini diadakan oleh Era fm Kuching untuk Anugerah Carta Borneo Era 2011 di mana penulis blog dari Sarawak Bloggers antara yang dijemput hadir selain wartawan akhbar tempatan.
Wakil Sarawak Bloggers: Joachim & me |
Apa yang menarik, sebagai blogger yang bernaung di bawah Sarawak Bloggers, saya berpeluang melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti menarik dan juga menambahkan lagi rangkaian kenalan baru. Dalam sidang media yang singkat ini saya berpeluang berkenalan dengan Joachim serta beberapa orang penting Era fm Kuching.
Joachim bersama anggota Lintasan Skuad Era FM iaitu Fonsby & Carrie |
Sidang media ini diadakan bagi menghebahkan senarai pencalonan awal 25 artis indie tempatan dalam Carta Borneo Era 2011. Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu Lagu Borneo Paling Popular, Artis Solo/Band Borneo Paling Popular dan Artis Harapan Borneo. Difahamkan, pemenang setiap kategori dipilih 100% melalui undian yang dibuat oleh pendengar Era fm Kuching melalui laman web www.era.fm/kuching sejak 24 Oktober lepas. Undian peringkat pertama akan ditutup pada 6 November ini.
Chris (Executive, Integration Operations Era ), me & Nazuan (Penyampai Penyampai Radio Era Kuching) |
Lima artis yang mendapat kedudukan tertinggi dalam setiap kategori
setelah selesai undian peringkat pertama akan berentap dalam undian
pusingan kedua bagi menentukan pemenang mutlak. Pemenang setiap
kategori bakal membawa pulang trofi dan wang tunai RM2,000. Selain itu,
Era fm juga turut memberikan anugerah Artis Pilihan Borneo Era fm
sebagai penghargaan kepada artis tempatan yang telah membuat sumbangan
bermakna dalam industri muzik tanah air.
Penyampai Radio Era Kuching, Osha |
Acara Anugerah Carta Borneo Era 2011 akan berlangsung pada 10 Disember ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Acara ini bakal dimeriahkan lagi dengan persembahan Mizz Nina, Pop Shuvit, Hafiz, Stacey, Najwa Latiff dan juara RockERA, Mayze. Acara juga akan dihoskan oleh para penyampai ERA fm Kuching, Osha, Hasmin dan Nazuan serta penyampai Riuh Pagi ERA, Ray dan Haniff.
Akur Band (Bisa Kau Berkata), Crashin Butterfliez (Bukannya Mudah), Neonaki (Pepari), Najib (Pintaku), Iris Band (Kamu Aku Satu), Caynie De (Yen Ji Kaau), Soul Catchez (Bawalah Aku), RDZ (S.O.S), ZK Band (Kehilanganmu), Avin (Sang Mentari), Claudia Gerez (Rasakan), Ir Radzi (Kontra Analisa), Polar (Majesty), Shal Sagan (Heartbeat), Evenstarr (Lies), Ethnic Transmission (Pulai Penghujung), The Moonlight (Curiga), Hevance (Aku Nemu), Rubber Duckies (Grooves Are Coming Down), Chinterlizer (Jelita), Love/Comes (At Ellis Road), Cermin (Bintang), Mayze (Sebuah Kisah Dengan Dialognya Sekali), Yasir (Ke Puncak Itu) dan Carrie (Confusion).
9 comments:
Baju T- ERA dia-orang tak bagi tak?? hehehe..
@AWANG dapat topi ERA :)
Wow Mizz Nina pun ada sana ka? Ada ko ambi gambar dengan dia ka gaman? Hehee.
@Armstrong hahaha ... itu mizz nina dtg buat persembahan pd Anugerah Carta Borneo Era 2011 10 Disember. yg ni cuma press release sj saya kena jemput cover.
Bestnyer...sayang sekali saya kerja time tu.
@Willie a.k.a Reptoz kebetulan off day saya kena pada hari tu. weekend org off ... saya pula yg keja hehehee
Agak agaknye siapa yang mendapat undian kan? Huu.. Nervous..!!;)
Agak agaknye siapa yang mendapat undian kan? Huu.. Nervous..!!;)
@YASIR Hello Yasir ... rupanya kamu ni antara yg tercalon utk lagu "Ke Puncak Itu". All the best ok :)
Post a Comment