Dahulu ber'TIGA kini ber'EMPAT

Lama tidak update blog MGB ... Kalau rumah ... gerenti sudah penuh dengan habuk dan sawang labah-labah.  Update terakhir pun pasal PR Lazada (Fav online store MGB).  Semua ini kerana keadaan kurang sihat yang saya alami sepanjang tempoh mengandung ... huh! keadaan sangat-sangat tidak mengizinkan untuk membuat sebarang update.

Tujuh tahun menanti dengan penuh pengharapan, akhirnya kami menerima anugerah dan berkat paling terindah daripada Tuhan iaitu seorang anak.  Kuasa Tuhan memang mengatasi segalanya, walaupun dengan masalah "bicornuate uterus" yang saya miliki ... akhirnya kami bergelar apai & indai.

2 hari
Dari segi emosi memang sangat tertekan sepanjang tempoh tersebut kerana doktor pakar mengatakan bahawa peluang untuk mendapat anak sangat sukar kerana risiko keguguran sangat tinggi, sama seperti kandungan yang terdahulu.  Pada kandungan yang keempat ini pun sudah tidak terkira berapa kali saya turun naik ... keluar masuk hospital ... sangat meletihkan dan mengganggu emosi kami berdua.  Bermacam-macam cabaran yang sukar untuk diceritakan.

5 hari
Tapi, seperti yang saya nyatakan tadi ... kuasa Tuhan mengatasi segalanya.  Skyler Francis, bayi lelaki seberat 2.3kg lahir pada 23 September 2014, jam 5.34 petang di Hospital Umum Sarawak (HUS) ... tidak cukup bulan tapi usia kandungan berjaya mencapai 36 minggu.  Puji Tuhan.

2 bulan 4 hari, latihan meniarap
Kini, keluarga MGB sudah ber'EMPAT.  Ada saya dan si gaman, si Putih (kucing kesayangan MGB) serta penyeri hidup kami, Skyler merangkap MGB Junior.  Hari ini MGB Junior genap tiga bulan.  Selamat datang ke dunia blogging MGB Junior.

Skyler Francis genap 3 bulan hari ni.


1 comments:

Coffee Girl said...

Jawlinda, I know I am sooooo outdated (in my own world la kan) but I am sooooo happy for this news! Congratulations! Now kan Syler dah setahun lebih, dulu 2 bulan dari anak saya. Sooooo thrilled and excited for you and hubby because I followed you before and read about your miscarriages and felt awful. And here's truly a Miracle Baby! Praise God! Sorry for the late comments :-) Kalau takda Instagram, I wouldn't have known.