Hari ini saya mengalami perasaan yang sangat luar biasa. Perasaan itu membuatkan otak saya menjadi aktif dan timbul pelbagai idea-idea yang masuk akal dan juga tidak masuk akal. Salah satunya ialah ingin mencuba resepi baharu untuk menu makan malam nanti. Mau kasi suprise si gaman la konon-kononnya.
Sambal Buah Tunjuk Langit & Ikan Bilis |
Mempersembahkan resepi terbaharu dari dapur MGB, Sambal Buah Tunjuk Langit! Mentang-mentanglah kan MGB pengedar produk Tyzo Buah Tunjuk Langit hehehe ... Hasilnya seperti gambar di atas. Rasanya pahit sampai ke anak tekak tapi masih boleh dimakan.
Antara bahan-bahan yang diperlukan |
Ingin mengambil risiko mencuba resepi Sambal Buah Tunjuk Langit? Bahan-bahannya sangat ringkas dan dan cara penyediaannya sangat mudah. Tapi saya kurang pasti sama ada menu ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat ataupun tidak. Ok la ... terus kepada bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah.
Buah tunjuk langit yang telah dicincang |
Bahan-bahannya:
Sedikit buah tunjuk langit yang telah dicincang halus.
1 genggam ikan bilis.
1 ulas bawang merah & 1 ulas bawang putih yang dihiris halus.
1 biji bawang besar yang telah dipotong dadu.
2 sudu cili boh.
4 sudu besar gula.
Minyak untuk menumis.
Cara memasak:
Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Seterusnya, masukkan cili boh, ikan bilis dan buah tunjuk langit. Tumis sehingga pecah minyak. Akhir sekali masukkan empat sudu besar gula sebagai bahan perasa bagi mengurangkan rasa pahit.
Selamat mencuba & menjamu selera. Sehingga bertemu kembali pada entri akan datang yang mungkin masih berkisar mengenai buah tunjuk langit.
6 comments:
Petai pun saya tak makan, apatah lagi buah tunjuk langit. Uuuuu...pahit ba.
@Willie - Resepi main2 sj ni. Mmg pahit biarpun sudah simpan gula banyak. Nda dpt laki saya makan ... saya masih dpt makan jg.
perghh... tak dapat saya imagine....
@Nt Gravity - hahahaha ... laki saya cakap memang dasyat rasa dia. Mungkin gara2 saya yg masak, jadi masih jg dapat masuk mulut :)
hahaha.. mak saya kata kalau bawang bakung letak byk - tak brapa pahit sangat rasanya.... (p/s: untuk org tak makan ulam or benda pahit, tips mak saya tu tak boleh pakai pun... hahahaha.. ayat power je...)
@Nt Gravity - Kalau sendiri masak mmg rasa tu berbeza drp org yg makan mungkin. Akhirnya saya buang jg semua sambal tu sbb semakin pahit bila dibiar semalaman. Lalat pun x mau hinggap hahaha
Post a Comment