4# Resepi: Aiskrim Biskut Vanila


Aiskrim Biskut Vanila
Resepi aiskrim lagi. Sebelum ni Aiskrim Milo ... hari ni pula buat eksperimen buat resepi Aiskrim Biskut Vanila pula. Masih kekal menggunakan bahan2 asas iaitu susu cair, susu pekat, ovalett dan esen. Cuma saya campurkan biskut vanila yang telah dikisar sebagai bahan tambahan.  Resepi seperti di bawah:

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
4 sudu makan susu pekat (untuk lebih manis boleh tambah)
2 sudu makan ovalett
1 sudu kecil esen (ikut suka ... saya guna esen vanila)

Bahan tambahan:
10 keping biskut vanila yang telah dikisar.

Cara-cara membuatnya:
Adun guna mixer atau blender kesemua bahan2 asas sehingga gebu. Kemudian, masukan biskut vanila yang telah dikisar tadi dan gaul hingga sebati. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas dan bekukan. 

Hasilnya seperti di atas. Aiskrim mempunyai tekstur sedikit kasar disebabkan oleh serbuk biskut. Rasanya pula sama dengan rasa biskut vanila cuma dalam rupa aiskrim smile emoticon
 

3# Resepi: Aiskrim Milo

Macam tidak percaya pula, rupa-rupanya aiskrim yang biasa kita beli dikedai boleh dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan tiga bahan asas yang mudah dicari iaitu susu cair, susu pekat dan ovalett.  Hasilnya??? memang sama seperti aiskrim dalam kontena yang dijual di kedai-kedai.  Saya dapat resepi membuat aiskrim ni daripada mama saya.  Di bawah saya kongsikan cara membuatnya.

Aiskrim Milo
Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
4 sudu makan susu pekat (untuk lebih manis boleh tambah)
2 sudu makan ovalett
1 sudu kecil esen (ikut suka ... saya guna esen vanila)
Bahan perasa (ikut suka ... saya campurkan dgn 4 sudu milo)



Cara-cara membuatnya:
Adun guna mixer atau blender kesemua bahan sehingga gebu. Kemudian masukan ke dalam bekas dan bekukan.

Selamat mencuba!

2# Resepi: Sambal Buah Tunjuk Langit

Hari ini saya mengalami perasaan yang sangat luar biasa.  Perasaan itu membuatkan otak saya menjadi aktif dan timbul pelbagai idea-idea yang masuk akal dan juga tidak masuk akal.  Salah satunya ialah ingin mencuba resepi baharu untuk menu makan malam nanti.  Mau kasi suprise si gaman la konon-kononnya.

Sambal Buah Tunjuk Langit & Ikan Bilis
Mempersembahkan resepi terbaharu dari dapur MGB, Sambal Buah Tunjuk Langit! Mentang-mentanglah kan MGB pengedar produk Tyzo Buah Tunjuk Langit hehehe ... Hasilnya seperti gambar di atas.  Rasanya pahit sampai ke anak tekak tapi masih boleh dimakan.

Antara bahan-bahan yang diperlukan
Ingin mengambil risiko mencuba resepi Sambal Buah Tunjuk Langit?  Bahan-bahannya sangat ringkas dan dan cara penyediaannya sangat mudah.  Tapi saya kurang pasti sama ada menu ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat ataupun tidak.  Ok la ... terus kepada bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah.

Buah tunjuk langit yang telah dicincang
Bahan-bahannya:
Sedikit buah tunjuk langit yang telah dicincang halus.
1 genggam ikan bilis.
1 ulas bawang merah & 1 ulas bawang putih yang dihiris halus.
1 biji bawang besar yang telah dipotong dadu.
2 sudu cili boh.
4 sudu besar gula.
Minyak untuk menumis.

Cara memasak:
Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.  Seterusnya, masukkan cili boh, ikan bilis dan buah tunjuk langit.  Tumis sehingga pecah minyak.  Akhir sekali masukkan empat sudu besar gula sebagai bahan perasa bagi mengurangkan rasa pahit.

Selamat mencuba & menjamu selera.  Sehingga bertemu kembali pada entri akan datang yang mungkin masih berkisar mengenai buah tunjuk langit.

1# Resepi: Roti Gulung Sosej & Keju

Sama tapi tidak serupa.  Kalau di blog lama (myhomeniaga.blogspot.com) dahulu saya kongsikan resepi Roti Gulung Sosej.  Di blog baharu ini pula saya kongsikan resepi Roti Gulung Sosej & Keju.  Bezanya cuma ada keju (idea keju ni saya dapat daripada gambar yang dikongsikan oleh page FB OurYouth.my♥‿♥ 

Resepi ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati pada harga yang berpatutan. Bahan-bahannya:  roti, sosej, keju, tepung goreng serbaguna dan minyak untuk menggoreng.

1.  Gelek roti sehingga nipis.

2.  Letakkan keju dan sosej.

3.  Gulung sebanyak yang disukai dan boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan kelak.

4.  Celupkan dalam bancuhan tepung goreng serbaguna (saya gunakan tepung goreng pisang adabi).

5.  Goreng dan siap untuk dihidangkan.  Sesuai untuk sarapan dan minum petang ... yum ... yum ...
Kenapa perlu dicelupkan pada bancuhan tepung?  Sebenarnya ia bertujuan untuk memastikan roti melekat dan tidak terlerai ketika digoreng.  Selain itu, roti akan lebih rangup dan sedap dimakan.  Jadi, kepada sesiapa yang belum pernah mencuba resepi ini ... Selamat mencuba!