3R: Bekas Menyimpan Alat Tulis


Selamat Hari RABU!  Segmen 3R hari ini ialah idea menata rias bekas tin kosong menjadi bekas alat tulis yang cantik dan menarik dengan seni krusye ... cewah ♥‿♥







Tin bekas makanan kucing & sisa-sisa benang


Untuk projek 3R kali ini saya gunakan tin bekas makanan si putih kucing kesayangan saya dan sisa-sisa benang yang tinggal sejemput-sejemput ni untuk membuat sarung tin.  







Siap! bekas tempat simpan alat tulis


Okey la setakat ini saja untuk hari ini dan sehingga berjumpa di lain entry ... Selamat mencuba ♥‿♥


3R: Chopstik Jarum Kait Dua


Hi, selamat hari Rabu semua.  Segmen 3R hari ini, saya ingin kongsikan bagaimana kita boleh kitarsemula chopstik pakai buang sebagai jarum kait (knitting needles).  Idea ini sesuai untuk mereka-mereka yang baharu sahaja hendak berjinak-jinak dalam bidang kait-mengait menggunakan jarum dua seperti saya ♥‿♥







Chopstik bamboo pakai buang


Lagipun harga jarum kait dua ni boleh tahan juga mahalnya.  Jadi setakat beginner macam saya lebih baik pakai chopstik yang diperolehi secara free time tapau mee dari kedai makan.  Caranya cuma rautkan sahaja hujung chopstik sehingga runcing.  Lepas tu gunakan kain kering atau kertas pasir untuk melicinkan permukaan dan hujung chopstik sehingga licin.







Dikitar semula menjadi jarum kait (knitting needles)


Gambar di atas ni menunjukkan hasil jarum kait dua buatan sendiri.  Jadi, bolehlah mulakan sesi pembelajaran mengait menggunakan jarum dua menerusi tutorial di youtube:  Knitting Tutorial for Beginner.







tralaaaaaa .... Jarum Kait Dua FOC ♥‿♥







3R: Amalan 3R Di Rumah


Saya ni memang salah seorang yang mengamalkan konsep 3R dalam kehidupan seharian walaupun tidak 100%.  Antara amalan 3R yang saya fikir telah saya amalkan sejak berpuluh tahun lamanya ialah ialah menggunakan semula beg plastik terpakai untuk membungkus sampah ♥‿♥







Pembungkus sampah


Mengguna pakai semula botol-botol plastik untuk menyimpan air seperti ni pula rasanya memang amalan 3R paling popular di kalangan kita semua.  Biasanya kalau sudah tidak boleh dipakai, gerenti jumpa tong sampah la semua botol-botol ni sebab di Kuching ni tiada pusat kitar semula yang membeli botol plastik macam pusat kitar semula di Sabah. 









Guna semula untuk menyimpan air


Tapi kali ni saya akan cuba jadikannya pasu untuk menyemai sayur macam idea yang saya dapat selepas berkunjung ke gerai pameran go-go-green pada Ahad lepas.  Sebelum ni pernah tanam dalam bekas botol minyak masak tapi tidak menjadi.  Nanti saya akan gunakan tanah kompos seperti yang mereka gunakan.







Kontena terpakai


Kontena-kontena ni memang banyak dan kebanyakannya sudah saya beri dengan saudara-mara terdekat.  Biasanya orang perempuan saja yang suka simpan benda-benda macam ni, senang sikit kalau ada sesi tapau menapau makanan.  Tidak perlu mengorbankan kontena-kontena yang cantik di rumah.  Paling penting not returnable hehehe ...







Balang kaca


Botol kaca ... saya jarang beli barang makanan dalam botol kaca.  Biasanya beli yang refill saja sebab lebih murah.  Jadi ni sajalah koleksi botol kaca yang ada di rumah ketika ni.  Ni kira mengamalkan konsep 3R juga sebab bahaya buang benda-benda kaca sembarangan nanti boleh mencederakan orang lain.







Bekas botol madu


Botol-botol madu ni kadang-kadang macam menyemakkan dapur saja, tapi tetap disimpan sebab takut ada kegunaannya nanti.  Salah satu daripadanya saya gunakan untuk menyimpan detergent untuk mencuci kain dapur di singki.







Bekas biskut


Bekas-bekas biskut ni pula, saya gunakan semula untuk menyimpan ubat-ubatan.  Hasilnya, dapat menjimatkan ruang dan tidak berselerak.  Bekas-bekas yang lain tu tunggu giliran saja untuk dimanfaatkan ♥‿♥







Kotak sampah bilik tidur


Kotak sampah ni pula antara barang recycle yang paling lama di rumah ni.  Usianya hampir mencecah 6 tahun.  Rasanya ini cukup membuktikan bahawa saya ni memang menerapkan amalan 3R dalam kehidupan seharian ♥‿♥ Kamu orang pula macam mana?









Penutup padlock


Penutup padlock menggunakan botol plastik ni pula merupakan idea kreatif si gaman.  Tujuannya untuk mengelakkan padlock tersebut rosak terkena hujan.  Jadi, sepanjang lebih lima tahun kami menetap di Kota Samarahan ni, selama tu jugalah padlock ni turut mempunyai rumah ♥‿♥




Mari Sertai Kempen Go - Go - Green


Selamat pagi Oktober.  Memandangkan saya lahir dalam bulan Oktober, jadi hari ini merupakan permulaan yang baik untuk saya memikirkan, merangka, memulakan dan melaksanakan azam baharu.  Tidak perlu tunggu tahun baru 2013, bulan kelahiran merupakan permulaan terbaik untuk azam baharu.  Tambahan pada senarai 10 azam baharu saya kali ini ialah ingin mengamalkan lebih banyak konsep 3R dalam kehidupan seharian.







Ian M.Carter berkongsi kepentingan konsep 3R


Semalam ketika jalan-jalan cuci mata di Kuching Central sambil-sambil menunggu si gaman sampai dari Saratok, saya tersinggah cuci-cuci mata dan cuci-cuci minda di gerai pameran go-go-green yang dikendalikan oleh Ian M.Carter bersama dua rakannya.







Pameran go-go-green


Banyak juga idea-idea 3R yang saya perolehi di sana, malah terdapat juga idea-idea kreatif yang tidak pernah terlintas difikiran saya sebelum ini.  Menurut Ian, tujuan mereka mengadakan pameran tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang masalah pencemaran akibat barang-barang yang tidak dapat lupus seperti plastik.







Kotak telur sesuai untuk menanam bawang


Langkah mengadakan kempen dan pameran kecil seperti ini juga turut dijadikan sebagai medium untuk mendidik orang ramai supaya lebih sensitif dan menjadi lebih kreatif dalam mengadaptasikan konsep 3R ke arah pemulihan alam sekitar.







Botol plastik dikitar semula menjadi bekas semaian sayur


Walaupun tidak mengamalkan konsep 3R secara 100%, sebenarnya aktiviti kitar-mengitar ni memang salah-satu kegemaran saya .  Selepas melihat gambar-gambar di pameran tersebut, rasanya saya bakal menjadi lebih kreatif lagi dalam mengadaptasikan konsep 3R.





Jadi sebagai sokongan kepada kempen go-go-green ini saya akan cuba memperuntukkan satu entry setiap Rabu untuk 3R.  Ada sesiapa yang mau join satu entry 3R setiap Rabu? Pada Rabu ini saya akan kongsikan konsep Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula) yang saya amalkan selama ini.  So, sehingga berjumpa pada lain entry ♥‿♥