| Si Putih juga wajib masuk dalam gambar keluarga :) |
Selamat Hari Natal 2014 & Tahun Baru 2015
Labels:
Diari Kisah Si Putih,
Diari MGB,
Diari MGB Junior,
Famili
Rumah Setinggan Si Putih
Si Putih Yang Penyibuk
Agak lama juga saya tidak meng'update blog dengan kisah-kisah menarik si
Putih iaitu satu-satunya kucing yang tinggal sebumbung dengan kami dua
si gaman. Kali terakhir kisah si putih dipaparkan di blog ini ialah
pada November 2011 yang lepas iaitu ketika si putih menunjukkan aksi
menariknya seperti turut sama menonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA Malaysia vs Indonesia.
| Si putih menyemak di atas meja |
Kali ini saya ceritakan tentak tabiat penyibuk si Putih. Seperti biasa saya menghabiskan masa di perpustakaan mini di rumah dengan ditemani si putih yang penyibuk. Pantang melihat saya sibuk-sibuk, ketika itu jugalah dia ikut menyibuk. Paling si putih suka buat ialah menyemak di atas meja ... inilah tabiat si putih yang kami dua si gaman paling tidak suka.
| Tidur selepas dipindahkan |
Selagi tidak dipindahkan, selagi itulah si putih di atas meja menidurkan dirinya. Memandangkan saya ada banyak kerja yang perlu dibuat hari ini, si putih yang salah asuhan ini terpaksalah saya pindahkan di atas kerusi malas.
| Tidur nyenyak :) |
Bukan setakat itu sahaja, untuk
memastikan si putih tidak mengacau ... terpaksalah saya mengusap-usap
kepala kucing yang tersalah asuhan ini sehingga dia tertidur. Kucing ini memang big boss di dalam rumah, tidur pun perlu berkipas. Jadi sebagai peringatan, pastikan anda-anda yang ada membela kucing dinasihatkan supaya tidak memanjakan kucing anda berlebihan ㋡
Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011
| Menyaksikan aksi pantas pemain Indonesia |
Pertembungan pasukan Malaysia dan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 malam tadi memang cukup sengit dan penuh debaran. Tekanan mungkin bukan sahaja dirasai oleh 'Team Malaysia' tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia yang menonton perlawanan ini dari kaca TV masing-masing.
| Putih memberi tumpuan kepada ketua pasukan Malaysia |
Saya percaya perlawanan yang penuh dengan suspen pada malam tadi telah berjaya membuatkan semua penonton sesak nafas. Bagi bukan peminat fanatik bola sepak seperti saya, pelawanan tersebut telah membuatkan saya banyak menjerit ketika menonton aksi-aksi serangan daripada kedua-dua belah pihak yang seringkali hampir-hampir berjaya menjaringkan gol.
| Betulkah si putih ni menonton atau secara kebetulan saja |
Lebih menarik lagi, saya juga berjaya merakamkan aksi kucing kesayangan kami yang seperti turut menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di antara Malaysia dan Indonesia. Apa-apapun syukur 'Team Malaysia' berjaya memenangi emas selepas menewaskan Indonesia 4 - 3 menerusi sepakan penalti.
Putih & Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides
| Si Putih pun pandai membaca :) |
Bab-bab suratkhabar ni memang si putih pantang tengok. Kalau saya dan si gaman bentang suratkhabar untuk di baca, gerenti si putih pun ikut menyibuk. Tapi, kadang-kadang kiut juga aksi si putih ... macam turut sama membaca pula ^_^ Ok lah, kita tinggalkan kisah si putih dan beralih kepada cerita mengenai sekuel keempat filem Pirates of the Caribbean: On
Stranger Tides yang dibintangi oleh aktor Johnny Depp yang bakal menemui penonton di pawagam pada 19 Mei ini.
Daripada sinopsis yang saya baca dari Utusan Online, filem ini memaparkan kisah Kapten Jack Sparrow memulakan pelayarannya untuk mencari Fountain of Youth, air terjun yang dipercayai jika sesiapa minum airnya dia akan kekal muda. Selain itu, menerusi On Stranger Tides, penonton juga dapat melihat
Sparrow menyimpan perasaan terhadap seorang wanita misteri dari masa
lampaunya bernama Angelica yang dilakonkan oleh aktres Penelope Cruz. Wah ... ada kisah cinta si Jack Sparrow pula dalam sekuel keempat filem Pirates of the Caribbean ni. Ini bermakna, budget beli tiket wayang kena dimasukkan dalam entertainment allowance pada bulan ni ^_^
Picture of the Year Si Putih
![]() |
| Santai Bersama Si Putih |
Gambar ini merupakan gambar terbaik dan tercantik si Putih yang pernah saya ambil setakat ini menggunakan kamera digital Canon Power Shot A400 milik saya yang sudah berusia lebih lima tahun. Gambar yang diambil pada 22 Januari lepas ketika saya dan si gaman sedang bersantai di luar rumah pada waktu petang. Lepas ni, saya mau cuba hantar gambar ni untuk masuk pertandingan Picture of the Year DiGi Wwwow Awards.
Si Putih sakit atau merajuk?
![]() |
| ... nampak lemah & tidak bermaya |
Si Putih asyik tidur hampir 36 jam serta tidak makan dan minum tapi menurut doktor perubatan veterinar, si Putih ni sihat juga dan suhu badan juga stabil. Selepas pemeriksaan, doktor tu bagitau yang si Putih lemah gara-gara tidak makan. Punca si Putih asyik tidur serta hilang selera makan dan minum masih lagi menjadi tanda tanya. Mungkin si Putih merajuk ... lucu tapi kucing saya ni memang pintar dan pandai merajuk ^_^
Bil perubatan si Putih pula boleh tahan juga iaitu RM30 selepas menerima dua suntikan. Si Putih juga perlu diberi dua jenis pil berwarna kuning air (vitamin) dan merah jambu (antibiotik) bermula malam ini. Semasa di klinik pagi tadi, sempat juga menimbang berat si Putih dan beratnya 5.8 kilogram ... huh ... patutlah berat kalau didukung.Si Putih kena demam panas
![]() |
| Kesian si Putih, nampak lemah saja |
Susah hati betul tengok keadaan si Putih petang ni. Dari semalam asyik tidur saja, ingatkan si Putih malas ... rupa-rupanya kena demam panas pula. Seharian si Putih tidak makan dan minum, mau bawa pegi klinik haiwan pun tidak sempat sudah. Kucing boleh diberi panadol ka? Kalau malam ni si Putih masih demam, esok wajib bawa pegi klinik haiwan.
Si Putih & Bunyi Mercun
![]() |
| Kesian si Putih ... sejak dari malam tadi asyik terlari-lari bersembunyi sana sini gara-gara takut dengan bunyi mercun. Si Putih ni bukan setakat takut dengan bunyi mercun, bunyi petir pun dia takut. Teringat pula time dia keci-keci dulu ... sampai terberak-berak ketakutan dengar bunyi petir ... mau marah ada ... rasa geli hati ada ... tapi bila tengok keadaan dia, kesian betul. Pernah sekali ... dalam sekitar tahun 2009, pernah si Putih terberak di atas katil gara-gara bunyi petir yang luar biasa kuatnya. Masa tu tidak sampai hati juga mau marah sebab bukan si Putih sengaja kan ^_^ |
![]() |
| Bayangkan semalaman si Putih tidak senang tidur ... pada sebelah petangnya pula bersembunyi di dalam almari dapur. Hehehe ... pintar juga si Putih ni kan, pandai pula dia buka pintu almari dapur ni untuk dijadikan tempat persembunyian. Ditarik-tarik keluar pun tidak mau, jadi saya biarkan saja la ... lagi pula almari ni cuma tempat simpan periuk belanga yang boleh dikatakan sebagai arkib ^_^ |
![]() |
| Sekarang sudah hampir jam 8.00 malam ... si Putih pun sudah tukar tempat persembunyiannya di bawah kusyen pula. Seharian belum makan lagi si Putih ni ... tengok muka dia ... kesian betul. Si Putih bukan stess time Tahun Baru Cina saja ... time Hari Gawai ... Hari Raya ... dan Krismas pun si Putih stess tahap gaban gara-gara bunyi mercun. Konsep 1Malaysia la katakan ^_^ ... sekarang tidak kira apa perayaan sekalipun, bunyi mercun tetap menjadi antara penyerinya. |
Menyiasat bersama Inspektor Putih
Cuba tengok ... apa sudah jadi dengan pokok bunga keladi saya ni. Rasa-rasanya beberapa hari lepas masih berdaun lagi ... tiba-tiba baru perasan yang satu daun pun tiada yang tinggal. Entah serangga apa juga yang menyerang ... pokok-pokok bunga saya yang lain sihat walafiat saja. Take time juga menyiasat apa benda yang makan daun pokok bunga keladi ni ... tapi tidak juga jumpa ... tiba-tiba si Putih pula muncul dengan aksi-aksi comelnya seperti turut sama memberi kerjasama untuk menyiasat hehehe ... sempat juga saya rakam setiap aksinya ^_^
![]() |
| ... serangga apa juga yang menyerang pokok bunga keladi ni ??? |
![]() |
| don't worry bos ... nanti saya tolong siasat |
![]() |
| ... mmm ... ke kiri ke kanan tapi masih belum jumpa apa-apa bukti |
![]() |
| fokus ... fokus ... beri tumpuan supaya tidak terlepas sebarang bukti |
![]() |
| ??? heran ... apa juga benda yang menyerang pokok bunga keladi bos yer ... |
![]() |
| Sorry bos ... selepas siasatan terperinci ... mungkin pak belalang yang bertanggungjawab ke atas kehilangan daun-daun pokok bunga keladi bos ^_^ |
Berkongsi khasiat ikan bersama si Putih
![]() |
| "Kucing tidak akan menolak ikan" ... begitu jugalah si Putih. Si Putih ni, pantang terhidu bau ikan ... gerenti dia menjadi peneman setia saya di dapur. |
![]() |
| Si Putih ni kira kucing yang cukup berhemah dan bersopan santun ... selalunya si Putih mesti tunggu kami dua si gaman makan baru la dia menyibuk minta ikan. |
![]() |
| Dari proses menyiang ikan sampailah digoreng dan dihidangkan ... si Putih tetap setia dan sabar menanti sambil hidungnya menikmati haruman ikan yang sedang digoreng ^_^ |
![]() |
| Dalam si Putih lepak-lepak di atas peti sejuk menanti dengan setia makanan kegemaran setiap kucing-kucing di dunia ini ... saya pun sibuk-sibuk juga merakam setia aksi comelnya. |
![]() |
| Seekor untuk saya ... seekor untuk si gaman ... dua ekor dan kepala ikan untuk si Putih ^_^ |
![]() | |
| Sekadar ikan kembung goreng saja, si Putih tidak la aggresif sangat ... tapi kalau ada ikan sardin panggang atau goreng ... fuhhh ... aggresif yang melampau sampai menggigit-gigit kaki. Pasal itu la kami dua si gaman jarang berlaukkan ikan sardin di rumah. |
Alang-alang bercerita pasal ikan ... apa kata saya kongsikan antara khasiat ikan yang saya perolehi daripada Majalah Wanita. Selain kaya protein, ikan juga mengandungi lemak, vitamin dan mineral. Dari segi PROTEIN, ikan mengandungi kandungan protein yang terdiri daripada asid amino penting yang tidak akan rosak walaupun ketika dimasak.
Kandungan protein pada ikan berbagai-bagai dan ia bergantung kepada kandungan lemak dan airnya. Namun secara umum, ikan mengandungi 13 - 20% protein. Protein ini dapat membantu pertumbuhan sel otak, sehingga ikan sering disebut makanan penunjang kecerdasan. Difahamkan juga, disebabkan serat proteinnya yang sedikit, ia mudah dicerna oleh tubuh badan biarpun pada bayi sekalipun. Kandungan kolagen pada ikan juga jauh lebih rendah dari haiwan ternakan lain, iaitu 3 - 5% dari total protein.
Ikan juga sesuai untuk mereka yang mementingkan pengambilan jumlah LEMAK dalam hidangan harian. Bagi yang bimbang berat badan bertambah, anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk memakan ikan. Ini kerana, kandungan lemak pada ikan hanya antara 1 - 20% sahaja. Sebahagian besar daripada kandungan lemaknya itu pula amat berguna untuk tubuh badan kita, antaranya berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Selain itu, ikan dikatakan mempunyai dua kelompok VITAMIN iaitu vitamin larut dalam air seperti vitamin B6, B12, Biotin dan Niasin. Vitamin ini banyak terdapat pada ikan yang dagingnya berwarna gelap. Sementara kelompok kedua, vitamin larut dalam lemak iaitu vitamin A dan D yang terkandung pada minyaknya. Kandungan MINERAL pada ikan jumlahnya lebih banyak antaranya magnesium, zat besi, yodium dan selenium. Jadi banyakkan makan ikan untuk kesihatan ^_^
Laporkan kekejaman ke atas binatang !!!
Buat laporan polis segera sekiranya anda mengesyaki binatang kesayangan anda dibunuh !!!
![]() |
| Sedia berkhidmat !!! |
Berita yang disiarkan oleh akhbar tempatan The Borneo Post pada hari ini mengenai seorang wanita pertengahan umur di Kuching yang membuat laporan polis setelah mengesyaki kucing kesayangannya dibunuh merupakan satu tindakan yang sangat-sangat patut dicontohi terutamanya kita-kita yang memiliki binatang kesayangan.
Menurut laporan itu, wanita tersebut telah menemui bangkai kucingnya di hadapan rumah dengan luka yang jelas kelihatan pada kira-kira jam 7.00 pagi pada 7 Januari (Jumaat). Pengadu kemudiannya membawa bangkai kucingnya yang berusia tiga tahun setengah itu ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
![]() |
| demi mempetahankan diri ^_^ |
Difahamkan, polis telah menghantar bangkai kucing tersebut kepada doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut bagi menentukan punca kematian kucing itu. Selain itu, dikatakan satu sumber memberitahu bahawa wanita itu mengesyaki jirannya bertanggungjawab melakukan pembunuhan ke atas kucing itu. Bagaimanapun setakat ini tiada tangkapan atau penahanan dilakukan dibuat kerana siasatan masih dijalankan.
Huhhh .... tidak sangka sudi juga pihak polis melayan laporan seperti ini, tetapi memang terdapat satu akta untuk kes-kes melibatkan kekejaman ke atas binatang. Jadi sekiranya perkara seumpama dan sewaktunya ini berlaku kepada anda ... pastikan buat laporan segera.
Skrip tahun baru si Putih
![]() | |
| Putih: grrrr ... miawww ... Selamat Tahun Baru 2011 ... miaooowww Saya: Selamat tahun baru Putih ^_^ |
![]() |
| Putih: ... ngiauuu ... makanan saya sudah mau habis, jangan lupa beli banyak-banyak ngiauuuwww ... Saya: Anang irau Putih, ila kami duai meli maioh-maioh utai empa nuan .. auk ^_^ |
![]() |
| Putih: .... grrr ... ngiau ... miaooww ... aikkk ... udah nemu si gaman jako Iban. |
![]() |
| Putih: ... ngauwww ... lapar ku tu ... lembau ka main ... jampat ahh beri makai ku ... jampat-jampat!!! ... nguawww ... ni pending nuan tu??? sapa ngasuh seduai pulai laun ... jampat ahh lapar ku tu |
Labels:
Diari Kisah Si Putih,
Tahun Baru 2011
Model peti sejuk jenama LG
![]() |
| Ini merupakan antara tempat lepak si Putih ketika di dapur, memandangkan si Putih di haramkan daripada lepak di atas meja makan. |
![]() |
| mmm .... ada benda baru di atas peti sejuk ni, ini mesti bakul bekas hamper krismas yang si gaman-gaman bawa balik dari opis |
![]() |
| Posing dulu sebagai model peti sejuk jenama LG si gaman-gaman yang sudah berusia hampir 4 tahun. |
![]() |
| Ini la muka model peti sejuk LG ... muka model macam ni boleh tarik perhatian pelanggan ka??? ... mmm ... macam tidak cukup meyakinkan pula ^_^ |
![]() |
| Boring .... boring .... boring .... bila la si gaman-gaman suruh turun ni |
![]() |
| Akhirnya tamat juga sesi penggambaran untuk iklan peti sejuk LG milik si gaman-gaman ^_^ |
Kisah di hujung minggu di bulan krismas
![]() |
| Inilah kisah si Putih di hujung minggu di bulan krismas ni. Sibuk-sibuk kami dua si gaman membersihkan halaman belakang rumah yang subur dengan rumput rumpai ... si Putih pun tidak mau ketinggalan menyibuk. Lagi pula memang si Putih ni memang suka menyibuk mau join apa saja aktiviti kami si gaman di luar rumah. |
![]() |
| Sempat juga si Putih terintai-intai bila dengar bunyi suara jiran kami yang meriah satu alam ... nasib baik saya sempat menyorok di tepi rumah ^_^ terpaksa la si gaman yang melayan isteri dan anak jiran kami yang busy body tu hehehe ... |
![]() |
| Si gaman sibuk menebas rumput ... saya sibuk mencabut rumput ... si Putih pun sibuk juga ... entah apa juga yang dicarinya. |
![]() |
| Best juga bila tengok karenah si Putih ni ... nasib baik sempat juga ambil kamera untuk rakam aksi-aksi menarik dia ... ni gerenti sedang berlatih untuk memburu. |
![]() |
| Nampaknya masih tidak berganjak lagi si Putih ni dari tempat tadi ... entah apa juga yang menarik perhatian dia. Di larang pijak kotor pun tidak mau dengar ... apa lagi ... |
![]() |
| Nah ... macam ni la muka si Putih bila di marah ... buat muka kesian ... |
Labels:
Diari Kisah Si Putih,
Krismas 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)



































