Mesin Jahit Terkecil Di Dunia


Rasa-rasanya inilah mesin jahit terkecil di dunia.  Sangat-sangat inovatif orang yang mereka mesin jahit mini seperti gambar di bawah.  Saya fikir gerenti orang tersebut sudah jadi jutawan sekarang ♥‿♥ 








Mesin jahit mini


Bagi yang kurang berkemampuan untuk memiliki sebuah mesin jahit yang sempurna, mesin jahit mini ini rasanya sudah mencukupi untuk memudahkan kerja-kerja menjahit yang kecil.  Mesin jahit mini sebesar staple inilah yang saya gunakan untuk projek-projek kecil kraftangan saya.








Sebesar staple


Mesin jahit mini ini saya beli pada pertengahan April lepas di kaki lima kedai India Street, Kuching. Mula-mula tengok benda ni rasa tidak percaya pun ada sebab tidak pernah terlintas difikiran akan melihat mesin jahit sekecil ini di depan mata.  Sebelum ini cuma pernah nampak mesin jahit mini sebesar mesin pengadun kek/biskut berharga RM100++






Close up pix


Walaupun nampak simple tapi perlu kemahiran dan kesabaran juga mengendalikan mesin jahit mini ni, cara menggunakannya sama seperti staple.  Menjahit sepanjang 10cm pun sudah cukup melenguhkan tangan, sudah namanya mesin jahit mini jadi jahitan pun kenalah 'mini' ♥‿♥ 




Handmade by Jawlinda (Walai Krusye) @ Facebook


Semalam, dengan rasminya saya telah melancarkan kedai krusye online saya di Facebook seperti yang dicadangkan oleh Amy, customer online saya yang pertama ^_^ menurut Amy, lebih mudah jika di FB.  Kalau diikutkan, saya sebenarnya lebih menghadap blog berbanding FB.  Nampaknya lepas ni kena bahagikan masa sama rata untuk BLOG dan FB.  Jadi mari Like ... Like ... Like FB page saya ^_^





Busy Mengait Kasut Bayi






Crochet baby booties


Saya sekarang agak busy menguruskan dan menyediakan tempahan daripada customer online antaranya rakan-rakan FB dan juga customer dari mudah.my yang berminat membeli kasut-kasut bayi yang dihasilkan menggunakan teknik krusye iaitu teknik mengait jarum satu.  Tapi tidak sangka pula satu-satunya kemahiran kraftangan yang saya miliki kini mampu menjana pendapatan.  Ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan?  Boleh hubungi saya dan layari blog Walai Krusye saya untuk melihat projek-projek krusye yang telah saya hasilkan.



Beg Krusye 'Granny Square'


Ini projek krusye 'granny square' yang membuatkan saya jarang-jarang meng'update blog akhir-akhir ini selain line internet yang sangat kura-kura.  Seronok juga mengait granny square ni, tapi yang paling leceh ialah ketika hendak mencantum-cantumkannya.  Bagaimanapun hasilnya memang tidak mengecewakan ... cewah, puji diri sendiri pula.  Peminat seni mengait jarum satu (krusye) anda dialu-alukan berkunjung ke blog Walai Krusye saya.






29cm (tinggi) x 30cm (lebar)






33cm (tinggi) x 30cm (lebar)


Kereta unik dengan 'granny square'


Saya sekarang tersangatlah busy dengan aktiviti mengait 'granny square'.  Walaupun kerja-kerja mengait 'granny square' ini agak leceh kerana perlu memutus dan mencantumkan benang berlainan warna untuk menghasilkan setiap kepingan,  tapi saya rasa enjoy melakukannya terutama apabila melihat hasilnya selepas dicantumkan.








Google Pix


Memandangkan saya tidak mahir dalam menggabungkan warna, jadi biasanya saya akan merujuk kepada gambar-gambar google berkaitan 'granny square'.  Secara tidak sengaja terjumpa pula gambar kereta di atas yang disarungkan dengan kombinasi warna yang ceria 'granny square'.









 Google Pix

Bagaimanapun, setakat ini saya belum terfikirlah pula untuk membuatkan baju untuk kereta kami ... hehehe ... kecualilah ada pertandingan 'kereta berhias' yang memerlukan 100% penggunaan seni krusye.  Entah berapa lama diperlukan untuk menyiapkan projek seperti ini? 

Dekorasi Krusye Untuk Tandas


Seni mengait krusye merupakan satu-satunya kemahiran kraftangan yang saya miliki dan selain sanggup berhabis duit untuk buku, majalah, laksa sarawak, kek keju & coklat, saya juga sanggup berhabis duit untuk hobi krusye ini. 








Bagaimanapun, setakat ini saya masih belum terfikir mengait krusye
untuk hiasan di tandas seperti gambar-gambar ini.  Kalau saya buat
tandas di rumah macam ini gerenti saya sendiri tidak mau pakai sebab bimbang akan mengotorkan krusye.








Lagi pula, tandas kita orang asia susah mau kering kerana faham-faham sajalah, di situlah tandas di situ jugalah tempat mandi.  Jadi dekorasi seumpama dan sewaktu dengannya memang tidak sesuai.








Tapi kalau ada sesiapa yang berminat untuk menjadikan tandas di rumah mereka seceria seperti gambar-gambar ini, jangan ragu-ragu untuk membuat tempahan daripada saya hehehe ...  Pilih saja pattern yang mana satu, saya akan buat dan harga boleh runding.  Ada siapa-siapa yang berminat?  ^_^









Penggemar seni mengait jarum satu krusye, boleh dapatkan koleksi pattern-pattern percuma di blog Walai Krusye.

Projek Mengait Krusye 'Granny Square'




Koleksi benang baharu


Selamat Hari Ahad.  Beberapa hari ini saya agak sibuk dengan projek krusye dan cerita projek krusye terbaharu saya kali ini ialah mengait 'Granny Square'.  Kelmarin sahaja saya telah menghabiskan lebih RM30 untuk membeli benang Acrylic
bersaiz 2.5SMM.  Tidak sangka pula harga benang kait sekarang semakin
mahal.  Semua harga barang naik.






Jarum dua mata bersaiz 5/0 dan 6/0


Jarum yang saya gunakan sahaja sudah berharga RM7.90, mahal betul tapi
memandangkan benang yang saya beli bersaiz besar jadi terpaksa juga
membeli jarum kait baharu.  Jarum kait ini mempunyai dua mata kait
bersaiz 5/0 dan 6/0.






Granny Square bersaiz kira-kira 8.5 cm


Saya sengaja beli 'rug yarn' supaya motif 'granny square' yang
dihasilkan besar, tapi tidak sangka pula agak sukar juga untuk mengait
benang yang bersaiz besar.  Sakit juga jari-jemari, lagi pula ini kali
pertama saya mengait menggunakan benang dan jarum kait bersaiz besar. 
Tapi hasilnya agak memuaskan kerana sekeping sahaja bersaiz kira-kira
8.5 sentimeter.






Cantuman 'granny square'


Saya sebenarnya kurang gemar mengait 'granny square' kerana motif jenis
ini memerlukan penggabungan beberapa warna benang dan saya kurang mahir dalam
soal-soal menggabungkan warna.  Ini 'granny square' pertama yang berjaya
saya siapkan.  Saya bercadang untuk membuat 'sesuatu' daripada
cantuman-cantuman 'granny square' ini nanti.  Bagi peminat seni krusye, boleh dapatkan koleksi pattern percuma di Walai Krusye.

1# Projek Krusye: Penanda Buku




Lima warna berbeza, hijau, jingga, merah jambu, kuning dan putih


Ini merupakan projek krusye terbaru saya.  Berukuran kira-kira 18.5 cm tinggi dan 4 cm lebar, motif  yang digunakan merupakan motif untuk table runner tetapi telah diubah suai supaya bersesuaian ijadikan penanda buku. 
Selain untuk diri sendiri, penanda buku seperti ini juga sesuai dijadikan  sebagai
cenderahati kepada rakan-rakan, murid-murid, atau peminat.  Cewah ... macam promosi jualan kedai
blog online pula.  Tapi kalau ada
sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan konon-kononnya, saya tidak
menolak ^_^ dan harga pengenalan adalah RM1.00 satu.











Dua buku koleksi krusye di Walai Krusye




Ketika ini saya masih lagi menyibukkan diri dengan kerja-kerja muat naik gambar di blog nombor tiga iaitu Walai Krusye.  Blog ini hanya dikhususkan untuk hobi krusye, ini bermakna  ruangan MyCrochet akan dipindahkan ke Walai Krusye bagi memudahkan kerja-kerja kemas kini lebih teratur.  Jadi kepada para penggemar seni krusye, anda boleh dapatkan pattern krusye daripada koleksi buku Ondori Crochet Lace dan Magic Crochet 1.

 





















Walai Krusye Seni Mengait Jarum Satu






Seni krusye merupakan kemahiran mengait dengan
menggunakan sebatang jarum sahaja. Setiap batang jarum mempunyai
nombor dan saiz yang tersendiri, semakin kecil nombor tersebut bermakna
semakin terperinci corak yang boleh dihasilkan. 
Kepada wanita-wanita di luar sana yang meminati seni krusye, blog terbaru saya iaitu Walai Krusye menawarkan pelbagai pattern menarik untuk dikongsikan.  Setakat ini, terdapat 49 motif dari buku Ondori Crochet Lace dan Magic Crochet 1 telah dimuat naik.










Ruangan MyCrochet pindah ke Blog Walai Krusye






Saya ketika ini sedang sibuk dengan kerja-kerja mengubah suai dan menyusun atur blog MyOnlineDiary yang semakin sesak.  Jadi untuk memastikan keadaan blog ini sentiasa kemas, teratur serta tidak bercampur aduk, ruangan MyCrohet terpaksa saya pindahkan kepada blog baru iaitu blog Walai Krusye.  Jadi kepada para penggemar seni mengait krusye, sila layari laman blog http://walaikrusye.blogspot.com/ untuk mendapatkan pelbagai paten menarik yang akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.











Akan Datang! Motif Krusye Terbaru


Kepada para peminat setia seni krusye, nantikan lebih 30 motif krusye yang lebih menarik bakal dikongsikan di dalam ruangan MyCrochet.  Koleksi kali ini lebih menekankan penggunaan benang kait berwarna putih dengan teknik kaitan yang lebih ringkas dan mudah difahami.












Keindahan Seni Krusye




Google Pix




Seni krusye merupakan kemahiran mengait dengan menggunakan sebatang jarum sahaja.  Setiap batang jarum mempunyai nombor dan saiz yang tersendiri, semakin kecil nombor tersebut bermakna semakin terperinci corak yang boleh dihasilkan.  Seni krusye ini mula saya pelajari sejak berumur 12 tahun lagi dengan bergurukan mama kesayangan.





Google Pix


Pelik tapi benar, minat terhadap krusye ini timbul apabila melihat seorang rakan lelaki menunjukkan kemahirannya mengait sewaktu di sekolah rendah dahulu.  Bermula dari detik itulah saya  mula mempelajari teknik asas krusye serta belajar memahami setiap simbol paten krusye  daripada mama.






Google Pix



Selain boleh menghasilkan pelbagai motif flora dan fauna yang menarik, seni krusye ini juga merupakan suatu hobi yang menyeronokkan dan mampu membawa pulangan yang lumayan sekiranya dimanfaatkan sepenuhnya.  Bagi mereka yang mempunyai minat yang sama, anda boleh mendapatkan pelbagai paten krusye menarik di  ruangan MyCrochet.