Cabaran Sabtu "Hari Tanpa Beg Plastik"




Nestle Bliss Shopping Bag




Saya ingin mencabar semua wanita di luar sana.  Beranikah anda menyahut cabaran untuk menggunakan 'shoping bag' menggantikan 'handbag berjenama' pada setiap aktiviti jalan-jalan yang jatuh pada hari Sabtu, sebagai sokongan kepada kempen "Hari Tanpa Beg Plastik"? 





Saya akan menyahut cabaran ini untuk turut sama menjayakan kempen
"Hari Tanpa Beg Plastik" yang diadakan setiap hari Sabtu di seluruh
negara.  Sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut, saya akan menggayakan 'shopping bag' cute daripada Nestle Bliss untuk menghadiri satu acara pada petang nanti.




Untuk rekod, Kempen Hari Tanpa Beg Plastik bermula secara rasmi 1 Jan lepas, iaitu
beg plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma kepada pengguna di
semua pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan premis
perniagaan terpilih di seluruh negara pada setiap Sabtu.



Ia diadakan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik dalam usaha
memelihara alam sekitar, dan mereka yang masih mahukan beg plastik akan
dikenakan bayaran 20 sen setiap satu pada hari itu. 
Wang hasil pembelian beg plastik oleh pengguna akan disalurkan kepada
badan-badan kebajikan terpilih di bawah program Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR) syarikat tersebut, dan juga bagi pelaksanaan
program-program kepenggunaan terutamanya yang berkaitan pemeliharaan
alam sekitar.












Konsep Jualan Murah Perdaya Pengguna





Jualan murah di Boulevard Shopping Mall

Saya dan si gaman ni memang sekali sekala akan mengisi masa lenggang dengan aktiviti 'window shoping' ni.  Rambang juga mata bila tengok promosi jualan murah sehingga diskaun 70%.  Tapi sejauh mana kebenaran diskaun yang diberikan itu, cuma mereka yang gemarkan aktiviti 'window shoping' sahaja yang tahu.  





Kalau mau tau, daripada aktiviti 'window shoping' juga la kami dapat mengesan bahawa ketika jualan murah, barangan bukannya diturunkan harga tetapi dinaikkan mengikut harga diskaun yang ditayangkan.  Jadi apabila ditolak dengan diskaun, pengguna tetap membayar pada harga yang sama seperti pada hari bukan jualan murah.





Pengalaman kami, cuma barang-barang berdiskaun 10% - 20% sahaja yang betul-betul menawarkan diskaun dalam erti kata sebenar.  Diskaun pada erti kata sebenar juga boleh diperolehi pada jualan penghabisan stok dan yang kualitinya sudah sedikit terjejas.  Jadi, untuk mengelak daripada terpedaya, konsepnya mudah sahaja, semua perniagaan berorentasikan keuntungan dan bukan kerugian ^_^