Atasi Obesiti Dengan Haiwan Peliharaan



Gud morning semua! Hari ini ada satu inspirasi gaya hidup sihat yang ingin saya kongsikan terutama kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti.  Percaya atau tidak, haiwan peliharaan dikatakan mampu mengelakkan kita daripada obesiti.





Menurut info yang saya perolehi daripada sebuah majalah kekeluargaan ini, satu kajian yang
dijalankan oleh Center for Physical Activity and Nutrition Research di
Deakin University, Australia mendapati bahawa kanak-kanak atau orang
dewasa yang memelihara haiwan yang aktif secara fizikal seperti kucing,
arnab dan anjing dapat mengurangkan risiko obesiti.  





Difahamkan, ia
secara tidak langsung mengelakkan kita daripada terperap dan kurang
bergerak.  Jadi selamat mencuba
♥‿♥



RM1.00 Berurut Dengan Kerusi Urut Gintell


Keletihan dan selalu mengalami sakit-sakit badan?  Penduduk di sekitar Kuching kini berpeluang menikmati perkhidmatan urutan mesin menggunakan kerusi urut Gintell pada kadar bayaran serendah RM1.00 untuk tiga minit.







Rest & Go Station by Gintell bertempat di KPJ Kuching Specialist Hospital






Terdapat empat buah kerusi urut disediakan






Kadar bayaran yang dikenakan untuk berurut dengan kerusi urut Gintell












7 Hukum Diet yang perlu dipatuhi




Google Pix




Tension juga bila memikirkan berat badan semakin meningkat.  Semakin cuba berdiet dengan mengurangkan pengambilan makanan .... semakin kuat makan pula jadinya ^_^  saya fikir bukan saya seorang sahaja yang pernah mengalami situasi mencabar seperti ini.





Menurut info yang saya perolehi dari sebuah majalah kesihatan, diet juga sebenarnya mempunyai hukum yang perlu dipatuhi.  Difahamkan, kepatuhan terhadap hukum diet inilah yang akan menentukan sejauh mana kejayaan kita dalam menurunkan berat badan.





Berikut saya kongsikan 7 hukum diet yang perlu dipatuhi:  1#Makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang  2#Makan kerap dengan kuantiti yang sedikit  3#Jauhi makanan yang tinggi kandungan gula  4#Kurangkan makanan berlemak  5#Elakkan pengambilan garam berlebihan  6#Banyakkan meminum air putih  7#Lebihkan sayur-sayuran dalam diet