Purple Ribena Ceriakan Jom Heboh Sarawak 2011




Maskot Ribena @ Jom Heboh Kuching 2011


Si comel Purple Ribena ini merupakan antara yang menjadi perhatian pada Karnival Jom Heboh 2011 di Stadium Petrajaya, Kuching pada 5 Jun lepas.  Selalunya, produk Ribena ini dikaitkan dengan kanak-kanak tetapi sebenarnya golongan dewasa juga menggemari produk minuman blackcurrant ini, termasuklah kami dua si gaman.




#Sengaja buat iklan percuma Ribena di blog ini, mana tau kami dua si gaman boleh dapat sponsor  daripada Ribena suatu hari nanti  ^_^








Koleksi Gambar Bersama Selebriti


Pada Karnival Jom Heboh di Stadium Petrajaya, Kuching pada 5 Jun lepas, sempat juga saya  bergambar dengan salah seorang pelakon Drama Juvana  yang popular ditayangkan pada setiap Isnin jam 9.00pm di TV3 iaitu Irfan Roslan yang memegang watak sebagai Cikgu Azmee.






Pelakon Drama Juvana, Irfan Roslan


Kalau mau tau, Cewah!!! ... Selain Irfan Roslan, saya juga pernah bergambar dengan wartawan dan selebriti TV3, Izwan Azir Saleh ketika di Majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung Bersama Perdana Menteri pada 19 Mac lepas di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).







Wartawan & Pembaca Berita TV3, Izwan Azir Saleh


Mungkin ada yang pernah bergambar bersama selebriti yang lagi glemer, tetapi berapa ramai yang pernah bergambar dengan pelawak terkenal Negeri Di Bawah Bayu yang terkenal dengan gelaran 'Si Ampal' atau nama sebenarnya Abu Bakar Ellah? 






Si Ampal: Pelawak, Pelakon & Penyanyi Tempatan Sabah


Bukan senang mau jumpa sama si Ampal ni,  si Ampal ni glemer tahap gaban kalau di Sabah.  Kalau ada orang Sabah yang tidak kenal sama si Ampal memang bikin hairan bin ajaib.  Malah fesyen rambut ala-ala Tun Jugah inipun menjadi ikutan ramai.  Gambar ini diambil pada tahun 2005 ketika sedang bertugas membuat liputan akhbar di sebuah majlis. 








Bahang Cuaca Panas Di Karnival Jom Heboh 2011




Bersama saudara mara si gaman


Bahang cuaca yang panas terik di tapak Karnival Jom Heboh 2011 di
Stadium Petrajaya, Kuching bukan sahaja melunturkan mekap pada wajah
tetapi juga turut melunturkan mood kami untuk berlama-lama di tapak
karnival.







Suasana sesak dan meriah


Ini merupakan kali kedua saya berkunjung
ke karnival ini.  Seperti Karnival Jom Heboh 2010, kami cuma meluangkan
masa kira-kira sejam setengah di tapak karnival berikutan tidak tahan dengan bahang panas yang terasa seperti menggigit-gigit kulit.







Berteduh dari cuaca panas terik


Menariknya suasana di tapak karnival ini pada Ahad, 5 Jun lepas ialah teduhan di bawah-bawah pokok dipenuhi oleh kalangan pengunjung yang sanggup datang awal semata-mata untuk menyaksikan konsert penutup pada sebelah malamnya. 





Untuk rekod, hujan pada sebelah malamnya tidak menghalang konsert tersebut  diteruskan kerana ada pengunjung yang tetap setia dan sanggup berhujan sambil menyaksikan konsert tersebut.  Hebat betul semangat dan sokongan mereka-mereka ini terhadap Karnival Jom Heboh ini.