A Magnolia Sherbet a Day Make Us Feel Great




A Magnolia Sherbet a Day Make Us Feel Great




Menikmati aiskrim ketika cuaca sejuk tidak menjadi satu kesalahan ^_^ jadi cuaca sejuk sepanjang hari berikutan hujan tanpa henti dari pagi hingga ke malam  bukanlah penghalang untuk saya dan si gaman menikmati Magnolia Sherbet berperisa tembikai susu sambil bersantai bersama kucing kesayangan kami si putih.







Jika pakar motivasi mengatakan "Fikirkan yang TERHEBAT maka anda akan jadi yang TERHEBAT" ... saya pula akan mengatakan "Fikirkan Mangnolia Sherbet maka anda akan menikmati KEHEBATAN rasa buah sebenar" ... Magnolia Sherbet merupakan hasil campuran perisa tropika dan buah-buahan berkhasiat yang sememangnya mempunyai rasa yang hebat.  Selain itu, pencuci mulut berkhasiat ini juga turut menawarkan empat perisa enak iaitu laici, manggis, oren dan tembikai susu ... cuma perlu pilih buah-buahan kegemaran anda ^_^







Jana duit dengan Nuffnang Ad









Selamat pagi MyOnlineDiary, rasanya tidak sempurna hari-hari yang dilalui sekiranya tidak menceritakan sesuatu yang baru di http://myhomeniaga.blogspot.com/.  Sejak mengaktifkan diri semula dalam penulisan blog pada 12 Ogos lepas, dunia penulisan semakin menyeronokkan dan mencabar minda untuk menjadikan penulisan di blog lebih menarik.


Pada pandangan mata kasar, dunia penulisan blog merupakan sesuatu yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.  Bagaimana pun, berdasarkan pengalaman sebagai seorang blogger sejak 2009 ... menjadi seorang blogger bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang diperkatakan.  Jadi tidak hairanlah jika terdapat banyak blog-blog dalam dunia internet ini terbiar tidak berpenghuni.


Keinginan untuk aktif semula timbul apabila terbaca satu artikel di Harian Metro Online tentang kejayaan seorang wanita menjana pendapatan hanya dengan menulis blog.  Wanita yang popular dengan blog Redmummy.com ini dikatakan berjaya meraih pendapatan lumayan menerusi keahliannya dalam rangkaian iklan nuffnang.


Pada mulanya agak ragu-ragu juga, tapi rasanya tidak salah untuk mencuba dan siapa tahu saya akan berjaya seperti wanita ini ^_^ pasang angan-angan dulu ... kemudian semai angan-angan menjadi cita-cita.  Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli nuffnang.







Percaya atau tidak ... dalam minggu pertama saya sudah meraih pendapatan bersama nuffnang ... tidaklah banyak sangat ... RM0.25 saja ^_^ tapi jumlah ini sudah cukup untuk membakar semangat saya, TQ Nuffnang.  Redmummy.com pun mengambil tempoh lebih tiga tahun untuk menjana pendapatan lumayan bersama nuffnang  ... maknanya tiada kejayaan yang datang bergolek-golek atau melayang-layang depan mata ...... oleh itu motivasi pagi sebelum tengah hari untuk diri sendiri .... Teruskan Usaha ... Yay!!!