‘SUPER RAYA’ Bersama LAZADA


Jualan raya satu hari rancang tarik pelanggan dengan diskaun sehingga 92%
Pusat membeli-belah dalam talian, Lazada Malaysia akan menganjurkan jualan ‘Super Raya’ untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kian hampir. Jualan ini akan berlangsung selama satu hari sahaja pada 16 Julai 2014.  Ia diadakan sempena aktiviti tahunan Tourism Malaysia, 1Malaysia Mega Sale yang terkenal sebagai acara membeli-belah paling utama di negara ini.


Bagi membolehkan pelanggan-pelanggan baru memilih pelbagai jenis produk semasa berbelanja, ‘Super Raya Sale’ ini akan melibatkan kesemua 13 kategori barangan yang ditawarkan di Lazada. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pengalaman membeli-belah dengan diskaun yang lebih banyak semasa ‘Super Raya Sale’.


Antara promosi yang ditawarkan dalam jualan satu hari ‘Super Raya Sale’ ialah diskaun sehingga 92% untuk barangan termasuk pakaian tradisional wanita rekaan Hatta Dolmat, beg tangan, gadget elektronik Samsung, barangan tilam dan katil Akemi, dan juga televisyen.


Dua tahun memerhatikan sambutan hari raya di negara ini, Igor Pezilli, CEO Lazada Malaysia berpendapat: “Sempena Hari Raya ini, pasti orang ramai akan mahu mendapatkan produk elektronik, gadget dan barang keperluan rumah yang baru. Oleh itu, kami akan mengadakan jualan besar-besaran selama satu hari di mana mereka boleh membeli semua itu di dalam talian.” Beliau yang sudah terbiasa dengan tradisi dan budaya masyarakat berkata, “Kami juga telah menambah pakaian tradisional raya dalam katalog tahun ini dan berasa gembira mengetahui Lazada Malaysia adalah salah satu daripada pilihan utama pelanggan untuk membeli-belah dalam talian.”


Bersesuaian dengan amalan bersedekah di musim Raya, Lazada juga akan menganjurkan permainan ‘Wheel of Raya’ sepanjang jualan berlangsung untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah menarik seperti voucher tunai bernilai RM39,000 dan 1,000 unit cecair pencuci pinggan mangkuk berjenama Joy.

Kini, pelanggan di serata Malaysia juga boleh memilih khidmat penghantaran bayaran tunai ketika penghantaran, atau lebih dikenali sebagai ‘cash on delivery’ (COD). Sebelum ini, Lazada hanya menawarkan khidmat ini di kawasan tertentu seperti Pulau Pinang, Johor, dan Lembah Klang. Pelanggan boleh melakukan pembayaran tunai kepada agen setelah menerima barang yang dipesan di rumah. Promosi ‘Super Raya’ sale ini juga boleh diakses di laman mudah alih Lazada, aplikasi iOS dan Android.

Maklumat lanjut tentang ‘Super Raya Sale’ boleh didapati di http://www.lazada.com.my atau laman Facebook Lazada Malaysia, http://www.facebook.com/LazadaMalaysia.

Sesuatu Sebagai Tanda Ingatan Abadi

Memang saya kaki online shopping dan tidak tahu menggambarkan betapa gembiranya saya apabila barang yang saya nanti-nantikan telah sampai hari ini.  Tiga gelang tangan yang saya tempah daripada Eheart Charms & Crafts menerusi facebook kini berada di depan mata.

www.eheartcharms.com
Tiada nama, tiada kubur, tapi kini saya memiliki sesuatu sebagai tanda ingatan terhadap tiga kehilangan sebelum ini.  Sebenarnya, saya telah lama mencari sesuatu seperti gelang tangan 'precious tiny footprints' ini.

Precious tiny footprints charms
Mungkin saya tidak berpeluang untuk membelai dan memeluk.  Tapi, cukup sekadar memiliki dan menyentuh gelang ini sebagai tanda ingatan dan kasih sayang saya terhadap si kecil yang tidak berkesempatan melihat dunia.

Sisters forever charms
Sementara, gelang 'sisters forever' ini pula, saya tempah dua set.  Satu untuk saya dan satu lagi untuk saya hadiahkan kepada satu-satunya adik perempuan saya.  Saya mahu dia tahu bahawa dalam apa jua keadaan pun kami tetap adik beradik.

#KecilTapiBermakna


Beli Secara Online: Indah gambar dari rupa

Membeli-belah secara online memang sangat menyeronokkan.  Sejak membuka akaun paypal pada tahun lepas, saya mula berjinak-jinak membeli barang menerusi online daripada luar negara termasuklah Indonesia, China, Turkey dan terkini daripada Korea.

Bungkusan dari Korea
Risiko membeli menerusi online memang ada dan itulah risiko yang perlu ditanggung oleh pembeli seperti saya.  Setakat ini saya berpuas hati dengan kualiti barang-barang yang saya beli.  Bersyukur juga sebab setakat ini pengalaman ditipu dan barang tidak sampai belum pernah berlaku lagi.  

Beg kanvas
Cuma baru-baru ini saya ada membeli beg daripada Korea.  Maklumlah sekarang ni kan gelombang demam fesyen Korea merebak dan saya pun terkena jangkitannya.  Masa tengok dalam gambar memang cantik sangat dan dikatakan inilah fesyen beg kanvas yang sedang hangat di Korea.

Nampak cantik dan harganya pula murah, apa lagi laju saja jari klik-klik untuk membuat pembelian.  Bila beg ni sampai ... berkelip-kelip mata memandang ... sekali pandang macam lunch bag (beg bekal makanan) ... dua kali tengok masih macam lunch bag ... tiga kali tengok memang sah ini lunch bag hehehehe ...

Adedeiii ... betul-betul indah gambar dari rupa.  Tapi mungkin betul juga fesyen beg ni popular di Korea kan ... sebab fesyen-fesyen Korea yang menjadi kegilaan ketika ini pun kebanyakannya pelik-pelik.  Apa-apapun, saya masih belum insaf ... bulan lepas saya ada membuat pembelian beg sandang dari China.  Harap kali ini indah gambar sama dengan rupa ♥‿♥

Kolagen Untuk Kesihatan Tulang (cantik adalah bonus)

Collagen Peptide
Sekarang ini popular sangat orang memperkatakan mengenai kebaikan kolagen terutamanya di facebook.    Antara yang paling popular adalah kolagen daripada sumber rumpai laut Sabah yang dikatakan mempunyai gred AAA.  Terus terang saya sendiripun kurang pasti apa sebenarnya kolagen.  Saya cuma tahu kegunaan kolagen lebih cenderung kepada kecantikan sahaja.

Bila masuk bab-bab kecantikan, saya memang slow dan cincai sikit ... fikir asal ada saja biarpun melihat rakan-rakan berkongsi testimoni di facebook mengenai keupayaan kolagen yang membantu memperbaiki struktur kulit menjadi tegang dan berseri hanya dalam tempoh tiga hari.

Collagen yang telah diproses
Sampailah suatu hari, saya membaca mengenai kolagen baik untuk kesihatan tulang yang dikongsikan oleh seorang rakan yang menjadi ejen 'dropshipping' produk kolagen ini.  Memandang saya mempunyai masalah lutut, jadi timbul perasaaan untuk mencuba walaupun masih ada perasaan ragu-ragu.

Sebelum memutuskan untuk mencuba, saya mengambil masa yang agak lama juga mengumpul maklumat.  Seronok juga bila masuk dalam bab google meng'google ni ... banyak info berguna diperolehi.  Hasil google-google juga, saya baharu tahu bahawa kolagen merupakan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia.

Sekarang ni saya sedang mencuba kolagen daripada sumber ikan yang dikatakan sangat baik untuk kesihatan tulang dan kecantikan kulit.  Berharap agar ianya berkesan memperbaiki semula tisu-tisu pada bahagian lutut saya ... mencantikkan kulit?  kalau bertambah cantik itu kira bonus ♥‿♥

Maklumat berkaitan kolagen peptide ini boleh diperolehi di http://www.facebook.com/pages/Rumpun-Ayu/195991803876418?fref=ts