Rujukan CTOS dan Penamatan Perkhidmatan P1

Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd ("P1") mengenai kesulitan berhubung rujukan CTOS dan penamatan perkhidmatan.

P1 dalam kenyataan medianya memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat pemerhatian dan menyedari kesulitan yang dihadapi bekas pelanggan berpunca daripada rujukkan CTOS.  

Kesulitan berhubung pertanyaan mengenai status penamatan perkhidmatan pula dikatakan berpunca daripada wujudnya jurang pemahaman mengenai proses penamatan serta terma dan syarat perkhidmatan P1.

Sehubungan itu, P1 menggesa semua pelanggan mereka untuk tampil dan berhubung terus dengan pihaknya sekiranya mereka telah dirujuk dengan CTOS oleh P1 atau ingin mengesahkan status mereka untuk penamatan perkhidmatan P1.  

Selain itu, pelanggan P1 boleh menggunakan saluran berikut untuk melaporkan kes mereka dengan mudah untuk siasatan segera.

Borang Sokongan Online
Lawati laman web kami @ www.p1.com.my
Pilih “Customer Care” diikuti dengan “Online Support”
Ruang Sembang (Chat)
dalam Talian

Pusat P1 (P1 Centres)

P@ddock - Selangor
Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, Packet Hub, Level G, 159, Jalan
Templer, 46050, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Waktu Operasi:
- 9 a.m. – 6 p.m. (Isnin ke Jumaat)
- 9 a.m. – 1 p.m. (Sabtu)
- Tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum.

P1TSTOP - Penang
Blk G-21-1,2 & 3, Bay Avenue, Lorong Bayan Indah Satu, 11900, Penang,
Malaysia.

Waktu Operasi:
- 9 a.m. – 6 p.m. (Isnin ke Jumaat)
- Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

P1TSTOP - Johor Bahru
43A, Jln Molek 1/29, 81100 Taman Molek, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Waktu Operasi:
- 9 a.m. – 6 p.m. (Isnin ke Jumaat)
- Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Dalam pada itu, pihaknya juga memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami sama ada dalam proses penjelasan status langganan atau masalah dirujuk kepada CTOS.  P1 juga memberi jaminan bahawa usaha menyelesaikan masalah tersebut akan dipergiatkan lagi.  

Untuk maklumat lanjut mengenai CTOS dan proses penamatan perkhidmatan daripada P1, sila layari http://www.p1.com.my.

NOTA KEPADA EDITOR

Mengenai CTOS dan APK.
CTOS yang berada di bawah kawal selia Agensi Pelaporan Kredit (APK) berfungsi untuk menyusun data sedia ada daripada orang awam yang biasanya digunakan merentas pelbagai industry untuk membantu perniagaan dalam membuat keputusan yang lebih tepat. APK mengawal selia entiti awam dan swasta menyediakan kemudahan dimana penyedia kredit dan pihak yang berminat untuk menggunakannya dibolehkan untuk memeriksa kelayakan kredit seseorang sebelum menawarkan perkhidmatan atau kredit.

Di Malaysia, APK termasuk:
o CCRIS : Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System)
o CTOS : Credit Tip-Off System
o DCHEQS : Sistem Maklumat Cek Tak Laku (Dishonoured Cheque Information System)
o RAM : RAM Holding Bhd & DP Information Network Pte Ltd
o FIS : Financial Information Services Sdn Bhd

Bila dan mengapa P1 menggunakan CTOS?
P1 telah melaksanakan mekanisme sejak tahun 2010 untuk memerangi penyalahgunaan yang bersifat oportunistik oleh penghutang ke atas produk dan perkhidmatan kami.

Bagaimana untuk mengetahui sekiranya sesorang itu telah dirujuk ke CTOS?
Dengan melakukan semakan sendiri melalui ‘CTOS Self Check’, pengguna dapat melihat sekiranya CTOS telah disenaraikan sebagai perujuk dagangan (trade referee) ke atas mereka.  Jika itu berlaku, pengguna boleh menghubungi CTOS untuk melihat sekiranya mereka telah disenaraikan oleh P1 atau syarikat lain.

· Mereka boleh melakukan semakan sendiri CTOS dengan cara berikut:
o Melalui telefon bimbit – Muat turun aplikasi CTOS daripada iTunes atau Google Play and ikuti arahan yang terkandung di dalamnya.
o Melalui talian (online) – Log masuk ke http://ctosid.ctos.com.my. Lengkapkan borang pendaftaran dalam talian dan hantarkan salinan MyKad untuk pengesahan CTOS.
o Datang sendiri ke pejabat CTOS bersama MyKad anda.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Michael Chan, Group Corporate Communications
Telefon: +603 74508375
Telefon bimbit: +6017 2061622
Emel: michael.chan@packet-1.com

Seronoknya Tak Habis-Habis Dengan P1

Sempena menyambut ulang tahun ke-5, P1 mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus berseronok dengan promosi kuota tanpa had untuk dua pelan Pemenang Anugerah Broadband Kediaman.

Pelan broadband Kediaman ForHome™ 99 dan ForHome™ 149 menawarkan kelajuan sehingga 1Mbps dan 2Mbps dengan kuota tanpa had hanya pada harga RM99 dan RM149 untuk masa terhad sahaja.

CEO P1, CC Puan berkata, tema kempen, “Seronoknya Tak Habis-habis” menterjemahkan definisi keseronokkan yang dapat dinikmati oleh pengguna tanpa perlu bimbang tentang had kuota. Tambah Puan lagi, rakyat Malaysia perlu terus menikmati keseronokkan dalam hidup, tidak kira secara online mahupun offline, sama seperti prinsip P1 dalam memberikan keceriaan dan kegembiraan dalam kehidupan.

Keseronokan dan aktiviti dalam talian intensif data merangkumi streaming video dan muzik, permainan online, perbualan secara langsung dan perkongsian fail bersaiz besar termasuk gambar dan imej beresolusi tinggi.

Jumlah data diukur dalam Kilobait, Megabait atau Gigabait  untuk menentukan kadar penggunaan yang boleh dilakukan secara online. Menurut Puan, tidak seperti pelan tanpa had yang ditawarkan di pasaran, P1 tidak mengehadkan penggunaan kuota, tidak mengurangkan kelajuan internet pada tahap penggunaan tinggi, tidak menyekat mana-mana aplikasi; atau mengehadkan waktu penggunaan kuota. “Ini adalah Pelan Tanpa Had sebenar ditawarkan P1 sempena  menyambut ulang tahun ke-5 kami.”

Selain daripada pelan broadband Kediaman Tanpa Had, P1 juga akan menggandakan penggunaan kuota broadband Pelan di Mana Jua – Pelan ToGo™ 69 sebanyak 3 kali ganda selama tempoh promosi ini. Pengguna dapat menikmati 15GB data hanya pada RM69, dengan 3.7 kali lebih kuota berbanding mana-mana broadband di Mana Jua yang ditawarkan pada harga yang sama.

Walau bagaimanapun, pelan Kuota Tanpa Had ini tidak disertakan dengan perkhidmatan suara tetapi pengguna boleh menambah perkhidmatan ini pada harga yang minimal. Untuk mereka  yang mahukan broadband dengan khidmat suara, mereka masih boleh menikmati pelan penggunaan kuota tinggi berserta 300 minit panggilan percuma, yang mana pengguna boleh membuat panggilan ke talian tetap, nombor mudah alih dan IDD negara popular. 

Kesemua pelan Pemenang Anugerah ForHome™ dilengkapi dengan modem wifi plug-and-play iaitu sambungan serta-merta dan broadband perkongsian tanpa pendawaian dan pemasangan.  ForHome™ juga merupakan broadband mudah alih yang membolehkan pengguna menggunakannya di sekitar kawasan liputan. Untuk maklumat lanjut berkaitan Ulang Tahun Ke-5 P1 – Promosi Berseronok tak habis-habis, sila layari p1.com.my/hotdeals.