Pameran Memperingati Waris Rajah Putih Sarawak




Pameran ‘Memperingati Anthony’


Hujan lebat pada Selasa lepas tidak menghalang saya dan si gaman berkunjung ke pameran 'Memperingati Anthony' bertempat di Pustaka Negeri Sarawak.  Pameran ini diadakan  selama hampir sebulan ini iaitu bermula 8-30 Jun ini.







Antara gambar yang dipamerkan


Ini merupakan inisiatif Pustaka Negeri Sarawak khusus menceritakan pengalaman serta kehidupan ayahandanya
sebelum, semasa dan selepas menduduki taktha.  Pameran ini telah dirasmikan oleh James Betram Lionel Brooke, anak kepada Rajah Putih Sarawak yang terakhir Anthony Walter Dayrell Brooke.  Beliau turut diiringi oleh anaknya Jason Desmond Anthony Brooke.







Catatan oleh James Betram Lionel Brooke


Pameran ini bertujuan memberi maklumat berguna kepada orang ramai yang mahu mengetahui
dengan lebih mendalam mengenai sejarah Sarawak terutamanya ketika pada
zaman pemerintahan keluarga Brooke.







Catatan oleh Jason Desmond Anthony Brooke


Untuk rekod, Anthony yang dilahirkan pada
10 Disember 1912 dilantik sebagai Yang Amat Mulia Tuan Rajah Muda
Sarawak pada 25 Ogos 1937 mengambil alih kuasa daripada bapa saudaranya,
Rajah Vyner (Rajah Putih yang ketiga).







Si gaman mengisi buku pelawat bagi pihak MyGamanBorneo


Beliau dibesarkan di England dan mendapat pendidikan awal di Eton
College seterusnya Trinity College, Cambridge dan School of Africa and
Oriental Studies, University of London.  Pada awal 1930-an Anthony
menjawat beberapa jawatan penting dalam sektor awam termasuk di Jabatan
Tanah dan Pendaftaran serta sebagai majistret.







Kami tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan catatan pada buku pelawat


Beliau seterusnya menyertai Tentera British sebagai askar
persendirian pada November 1941 dan berkhidmat semasa Perang Dunia
Ke-II. Antara 1941 dan 1944 Anthony meru-pakan leftenan dalam unit
Tentera Perisikan, SAC SEAC di Kandy, Sri Lanka dan merupakan
Pesuruhjaya Khas untuk Sarawak di United Kingdom dari 1944-1945. 
Anthony menghembus nafas terakhirnya pada 2 Mac 2011 pada usia 98 tahun.








Gambar dan kisah zaman kanak-kanak Anthony


Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan kehidupan peribadi
Anthony kunjungi pameran yang diadakan setiap hari kecuali cuti umum
bermula dari jam 11 pagi hingga 7 malam bertempat di Aras Satu, Pustaka
Negeri - Sumber: Utusan Borneo.






Sebelum balik jangan lupa dapatkan risalah pameran sebagai kenangan









Klik Klik @ Pameran Buku Popular


Semalam, saya cuma berkesempatan meluangkan masa sejam setengah di pameran buku yang diadakan di dewan pameran Permata, Tingkat 5, Top Sport Carpark.  Banyak buku-buku menarik dengan rebat sehingga 70% tetapi bajet tidak mengizinkan, jadi cukuplah sekadar cuci-cuci mata sambil membaca sinopsis ^_^

































Rebat Sehingga 70% Pada Pameran Buku Di Kuching


Nampaknya ini peluang baik kepada ulat-ulat buku di sekitar Kuching kerana Popular akan mengadakan pameran buku selama 10 hari bermula hari ini sehingga 5 Jun.  Saya, walaupun belum masuk kategori ulat buku tapi saya suka tengok buku dan boleh menghabiskan berjam-jam lamanya di kedai buku dengan hanya membelek-belek.  Jadi, esok saya dan si gaman akan meluangkan masa untuk beriadah sambil mencuci mata di pameran ini, manalah tau ada buku yang menarik untuk dibeli nanti.