Bahang Cuaca Panas Di Karnival Jom Heboh 2011




Bersama saudara mara si gaman


Bahang cuaca yang panas terik di tapak Karnival Jom Heboh 2011 di
Stadium Petrajaya, Kuching bukan sahaja melunturkan mekap pada wajah
tetapi juga turut melunturkan mood kami untuk berlama-lama di tapak
karnival.







Suasana sesak dan meriah


Ini merupakan kali kedua saya berkunjung
ke karnival ini.  Seperti Karnival Jom Heboh 2010, kami cuma meluangkan
masa kira-kira sejam setengah di tapak karnival berikutan tidak tahan dengan bahang panas yang terasa seperti menggigit-gigit kulit.







Berteduh dari cuaca panas terik


Menariknya suasana di tapak karnival ini pada Ahad, 5 Jun lepas ialah teduhan di bawah-bawah pokok dipenuhi oleh kalangan pengunjung yang sanggup datang awal semata-mata untuk menyaksikan konsert penutup pada sebelah malamnya. 





Untuk rekod, hujan pada sebelah malamnya tidak menghalang konsert tersebut  diteruskan kerana ada pengunjung yang tetap setia dan sanggup berhujan sambil menyaksikan konsert tersebut.  Hebat betul semangat dan sokongan mereka-mereka ini terhadap Karnival Jom Heboh ini.














Gawai: Rumah Gawai MBKS




Rumah Gawai MBKS menghiasi ruang legar lobi MBKS


Seawal jam 9.00 pagi tadi saya sudah berada di bangunan Dewan Bandaraya Kuching Selatan untuk menghabiskan masa di Perpustakaan MBKS sehingga jam 4.00 petang.  Rasa bertuah pula sebab berpeluang melihat rumah gawai MBKS yang menghiasi ruang legar lobi bangunan ini.







Hiasan yang cukup menarik


Mau bergambar kenangan dengan berlatar belakangkan Rumah Gawai MBKS ni, tapi malu pula minta tolong staff di Information Counter.  Mungkin, masa balik nanti saya cuba minta tolong dorang ambilkan gambar saya dengan bujang sigat di bawah ni ^_^ itu pun kalau saya tebal muka :)







Bujang Sigat @_@










Peluang Menangi iPAD2 Klik 1 Juta LIKE Hot FM




Fan Page FB Hot FM yang kena hack dulu sudah kembali  dengan membawa wabak berjangkit iPAD2.  Saya merupakan salah seorang yang terkena wabak tersebut.  Pantang nampak contest pasal iPAD2 gerenti saya join tapi masih juga tidak berpeluang untuk menang. Kali ini saya mencuba peluang untuk memenangi tablet komputer pujaan ramai ini menerusi Klik 1 Juta LIKE Hot FM.





Sesiapa yang berminat, caranya mudah sahaja:



  1. Cari fan page Hot FM di Facebook, http://www.facebook.com/hotfm976.

  2. LIKE fan page Hot FM.

  3. Tukar gambar profil** sama seperti profil** Hot FM. Boleh juga muat turun di sini**. Kalau tak tukar gambar profil, automatik takde can nak menang adiah.

  4. Cepat sertai apabila nampak pengumuman soalan berserta hadiah yang bakal dimenangi.

  5. Pat pat siku lipat, sape cepat dia dapat!!! Senang je... Semuanya hanya di fan page Hot FM. Ape tunggu lagi, LIKE lah sekarang!!!










Gawai: Upacara Miring Tiang Pengingat




Piring persembahan


Pada petang 31 Mei lepas, saya berkesempatan merakamkan beberapa gambar menarik suasana upacara menghantar piring persembahan ke tiang pengingat di rumah panjang Peligong, Saratok.  Ini merupakan upacara wajip pada setiap sambutan Gawai Dayak.









Antara piring persembahan yang dibawa oleh penghuni rumah panjang


Penghuni di setiap pintu akan menghantar piring persembahan yang mengandungi beberapa hidangan tradisi seperti tuak, nasi ruas, babi goreng dan 'kuih penganan'.  Bagaimanapun, seiring dengan arus kemodenan, piring persembahan turut disertakan hidangan moden.






Upacara ini merupakan simbolik tanda kesyukuran


Berbeza dengan apa yang pernah saya baca sebelum ini, upacara ini biasanya dilakukan pada pagi 1 hb
Jun, di mana tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa
penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat
iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang. 







Upacara menyiapkan persembahan untuk tiang pengingat


Peredaran zaman dan faktor keagamaan mungkin merupakan antara faktor kenapa upacara ini boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa dan tidak terikat lagi dengan adat-adat lama.  Ianya hanya kelihatan sebagai satu simbolik tanda kesyukuran.






Upacara miring menggunakan ayam dilakukan oleh wakil penghuni rumah panjang


Mungkin dahulu, upacara miring dilakukan menggunakan ayam kampung tetapi kini ayam karan juga boleh digunakan sebagai simbolik.  Sedikit bahagian balung ayam dikerat untuk mengambil darah dan beberapa bulu juga turut dicabut untuk melengkapkan upacara tersebut.







Upacara menyediakan persembahan dilakukan oleh Tuai Rumah


Tuai Rumah kemudiannya akan memasukkan makanan yang diambil daripada piring persembahan ke dalam beberapa bekas yang diperbuat daripada buluh. 







Bekas buluh yang mengandungi makanan digantung pada tiang pengingat


Bekas makanan tersebut kemudiannya akan digantungkan pada tiang
pengingat.  Paluan 'tawak' atau gong mengiringi dari awal hingga tamat
upacara ini dilakukan.  Bunyi bising letupan mercun juga turut membingitkan sepanjang upacara ini berlangsung.




**Update pembetulan:  Upacara miring untuk Hari Gawai selalunya dilakukan pada petang 31 Mei setiap tahun. Pada pagi 1 Jun, penduduk rumah panjang akan "ngabang" antara satu sama lain.  -  Terima kasih di atas komen pembetulan yang diberikan oleh pembaca.





Apa khabar semua?


Apa khabar blog? Apa khabar rakan-rakan blogger? dan Apa khabar para pengunjung?  Selepas dua hari pulang daripada bercuti Gawai di rumah panjang  si gaman yang tidak mempunyai liputan internet, baru hari ini saya berpeluang melayari internet.  Banyak cerita menarik untuk dikongsikan di blog ini tetapi ketika ini masih belum berkesempatan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.  Jadi, sehingga bertemu lagi ^_^