10 Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta




Google Pix




____ (¯`(♥)´¯) _____(¯`(♥)´¯)  sepuluh:  Rasa malu bila bercakap dengan si dia.

___¶¶ (_.^._)¶¶__¶_¶¶(_.^._)¶¶  sembilan:  Anda perasan anda tersenyum bila bercakap dengan si dia.

_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__¶¶¶¶¶(¯`v´¯)¶ lapan:  Kalau terlihat dia, anda tidak nampak orang lain.

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(¯`(♥)´¯)¶  enam:  Sentiasa teringat akan si dia.

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(_.^._)¶¶  lima:  Gembira bila dapat bercakap dengan si dia.

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(¯`v´¯)¶¶¶¶¶  empat:  Akan sedaya upaya cuba berhubung dengan si dia.

_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(¯`(♥)´¯)¶¶¶  tiga:  Apabila terbaca post ini, anda teringatkan si dia.

___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶(_.^._)¶¶  dua:  Anda sedang asyik memikirkan si dia sampai tidak perasan nombor

______¶¶¶¶¶¶(¯`v´¯)¶¶¶¶¶  tujuh tidak terdapat dalam senarai.


________¶¶¶(¯`(♥)´¯)¶¶  satu:  Anda tergelak selepas check dalam post ini memang nombor tersebut

___________¶(_.^._)¶  memang tidak terdapat dalam senarai ^_^

____________ ¶¶¶¶¶

_____________¶¶¶  Jadi adakah anda rasa anda sudah jatuh cinta ♥‿♥










Musim Durian Kuning




Urusniaga durian di gerai buah di seberang Wisma Salcra


Sekarang tiba lagi musim durian ... kiri jalan durian ... kanan jalan pun durian ... pendek kata di mana-mana pun ada penjaja durian.  Buah rambutan tu memang belakang kira, orang lebih nampak durian berbanding rambutan yang berlambak-lambak depan mata.







Durian kuning sebesar bola bowling padang :)


Bagi saya yang bukan penggemar buah jenis cekik darah ini (harga mahal tidak berbaloi), cukup sekadar menemankan si gaman membeli durian kuning kegemarannya pada Jumaat lepas.  Harga RM10.00 untuk tiga biji durian yang saiznya cuma sebesar bola bowling padang.





Jika dibandingkan dengan durian putih, durian kuning ini mempunyai aroma yang tidak sekuat durian putih.  Saiz juga jauh berbeza, durian ini tersangatlah kecil dan duri-durinya juga lebih runcing dan rapat-rapat.  Menurut si gaman, ini bukan buah durian tapi  dikenali sebagai buah 'pakan' oleh penduduk di Betong dan Saratok.  Di Sibu pula, ia dikenali sebagai buah 'nyekak'.








Senyuman Mangkuk Laksa Sarawak




Senyuman Mangkuk Laksa


Pagi tadi, dalam keadaan sakit gigi pun sempat juga  saya bawa si gaman singgah untuk breakfast laksa sarawak kegemaran kami di Thompson Corner, Tabuan Jaya.  Macam yang pernah saya ceritakan, dalam seminggu WAJIB sekurang-kurangnya sekali makan laksa di sini.  Kalau tidak, memang rasa hidup tidak sempurna konon-kononnya ^_^







Laksa Medium RM5.00


Bila sekali seminggu makan laksa, maknanya kenalah order yang mangkuk medium berharga RM5.00 semangkuk.  Itu taukeh pun memang sudah tersangat-sangat kenal 'muka laksa' kami dua si gaman, cuma sebut "Taukeh, laksa dua lima" (maksudnya, laksa RM5.00 dua mangkuk) gerenti dia faham punya.





p/s:  Gigi tidak dapat dicabut menggunakan kaedah biasa :( saya dinasihatkan merujuk kepada Klinik Pergigian Kerajaan untuk menjalani pembedahan kecil.  Nampaknya, terpaksa bergantung kepada pain killer saja la sehingga Isnin :(













Cuti Blog Walking Sebab Sakit Gigi





Google Pix


Buat rakan-rakan blogger sekalian, dimaklumkan pada minggu ini saya tidak dapat mengadakan sesi Saturday Night Blog Walking berikutan serangan sakit gigi sejak kelmarin :(  Bagaimanapun,  sesi blog walking akan dibuat selepas rawatan dan cabutan ke atas gigi pencen selesai esok.





p/s:  Perasaan takut-takut sebab lama sudah tidak cabut gigi.  Kali terakhir gigi geraham saya dicabut adalah menggunakan kaedah pembedahan pada tahun 2002.










Jika Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup


Lagi mengenai kes lelaki 'mati hidup semula'.  Jika pada blog post sebelum ini saya berkongsi mengenai  kes seorang lelaki di Johannesburg, Afrika Selatan yang mati dan hidup semula, kali ini kejadian yang serupa berlaku pada seorang lelaki warga emas di Sibu, Sarawak.  Ada yang beranggapan kejadian ini melibatkan kecuaian pihak hospital, tapi mungkin betul lelaki ini sudah meninggal dunia bagaimanapun Tuhan telah memberi dia peluang kedua untuk meneruskan hidup.





SIBU: Seorang pesakit lelaki dalam lingkungan umur 50-an yang
dikatakan meninggal dunia terpaksa diusung keluar dari bilik mayat
selepas nadinya didapati masih berdenyut.  Insiden
menggemparkan itu berlaku sekitar jam 4 petang kelmarin di Hospital
Sibu apabila pesakit yang berasal dari sebuah rumah panjang di Kanowit,
60 kilometer dari sini, dikatakan telah menghembuskan nafas terakhirnya
semasa berada di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).  Menurut sumber yang
juga saudara-maranya, berita tentang kematian pesakit tersebut telah
dimaklumkan kepada ahli keluarga terdekatnya sejurus selepas itu.  Bagaimanapun,
ketika ahli keluarga terdekatnya sedang bergegas pergi ke hospital
untuk memberi penghormatan terakhir, tiba-tiba mereka sekali lagi
dikejutkan dengan berita mengenai pesakit tersebut belum disahkan
meninggal dunia.





Sumber memberitahu, dia dimaklumkan bahawa ‘si
mati’ terpaksa diusung semula ke wad ICU kerana masih hidup memandangkan
nadinya masih berdenyut.  Menurutnya, kakitangan di bilik mayat
hampir menyuntik pesakit itu yang dikatakan sudah mati dengan ‘ubat
mayat,’ tetapi tidak menjadi setelah hasil pemeriksaan menunjukkan
nadinya masih berdenyut.  Katanya lagi, pesakit itu hanya mampu
bertahan selama lebih kurang lima jam selepas itu dan disahkan
benar-benar meninggal dunia sekitar jam 9 malam kelmarin.  Menurutnya,
si mati sebelum itu dihantar ke Hospital Daerah Kanowit seminggu lalu
kerana mengalami pelbagai masalah kesihatan dan keadaannya ketika itu
agak serius.  Pesakit tersebut yang pernah bekerja di luar pantai
dan sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di Kanowit, kemudiannya
dirujuk ke Hospital Sibu - Borneo Post Online.