Happy Valentine's Day


Selamat meraikan Hari Valentine kepada mereka yang meraikannya. 
Valentine tahun ini diraikan sama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu
makan malam bersama di luar.  Sederhana tapi istimewa ♥‿♥






Makan malam Valetine's Day - Nasi Ayam Penyet JJ Cafeteria, Kota Samarahan








Kurangkan Daging Lebihkan Sayur


Selamat petang kepada yang kebetulan tersinggah blog ini.  Memandangkan tiada idea lain untuk entry pada 2013, jadi apa kata kita
main masak-masak. 






Terung Goreng Sambal

Tahun 2013 ni, saya konon-kononya
bercadang untuk belajar lebih banyak resepi masakan berasaskan
sayur-sayuran.  Kurangkan daging dan lebihkan sayur dalam menu harian
... cewah!






Bendi Sambal Telur Pecah

Bercakap pasal resepi, saya ni jenis yang sukakan
resepi-resepi yang ringkas dan mudah.  Syarat paling utama ialah,
bahan-bahan masakan mestilah mudah diperolehi di mana-mana kedai runcit.  Jadi sesiapa yang ingin mencuba dua resepi ringkas ni ... sila klik link pada gambar di atas.  Selamat mencuba! ♥‿♥


 

Daun Sabung bukan Ayam Sabung


Semakin hari semakin malas pula mau meng'update blog ni.  Saya fikir faktor utama yang menyumbang kepada kemalasan ini ialah ketiadaan bahan atau idea menarik yang boleh dikongsikan.  TAPI hari ini saya ada bahan menarik yang saya ingin kongsikan ... syukur, at least ada juga benda mau di update.  Ini cerita pasal daun ... daun bukan sebarang daun ... ini daun sabung dan bukannya ayam sabung ♥‿♥







Daun Sabung


Daun yang merimbun ni dikenali sebagai 'daun sabung' di kalangan masyarakat Iban di Sarawak.  Saya tidak pasti kalau ada nama lain bagi sayur hutan ni.  Di Sabah, adakah sayur atau daun ni?  Saya first time jumpa sayur ni pun lepas kawin dengan orang Iban ... hehehe ...






Close up pix


Tengok sekali memang tiada rupa sayur.  Saya pun pada awal-awal dulu agak ragu-ragu juga mencuba makanan ni.  Maklumlah selama ni cuma pernah makan daun sayur saja dan bukannya daun seperti daun pokok.  Masyarakat Iban di sini menyediakannya dalam bentuk menu ringkas iaitu dimasak bersup bersama dengan ikan bilis/pusu.






Cara menyediakan


Tapi sebenarnya, sayur hutan ni punyalah sedap kalau dimasak sup campuran udang, fuyooo!!! terbaik punya.  Kalau dicampurkan dengan ayam pun not bad juga.  Penyediaannya cuma perlu tanggalkan daun daripada tangkai, tapi saya yang cerewet ni lebih suka kalau urat daunnya turut dibuang.  Lepas tu cuma perlu dicarik-carik.






Sup ayam daun sabung


Memandangkan tiada udang, jadi menu hari ni saya masak daun sabung bersama isi ayam.  Ringkas sahaja penyediaannya, cuma perlu tumis bawang putih, bawang merah dan sedikit halia sehingga naik bau kemudian masukkan isi ayam.  Tumis seketika dan masukkan air mencukupi, tunggu sehingga air mendidih lepas tu masukan daun sabung dan akhir sekali masukkan bahan perasa dan taburkan bawang goreng sebagai pelengkap dan lepas tu siap untuk dimakan.  Sayur ni sesuai sangat untuk mereka yang mengalami masalah sembelit ♥‿♥




Jalan-Jalan Cari Makan @ Bazaar Ramadan Desa Ilmu


Perkara yang paling saya nanti-nantikan pada setiap menjelangnya puasa ialah bazaar ramadan sebab pada ketika inilah puding karamel kegemaran saya mudah diperolehi dan boleh dikatakan hanya setahun sekali sajalah saya berpeluang makan puding karamel ni ... dan rasanya lebih umpphhh!!!







Puding Karamel RM1.50 satu


Bazaar ramadan di Desa Ilmu tahun ini diadakan di lokasi baharu iaitu di lapangan kosong berhadapan dengan KFC (tapak selalu diadakan fun fair).  Lokasi kali ini lebih strategik dan mudah untuk mencari tempat parking kereta berbanding tahun-tahun sebelum ini.







Roti John RM3.50 satu


Hari pertama bazaar ramadan dibuka, boleh tahan juga kesesakan orang ramai berpusu-pusu membeli pelbagai juadah untuk berbuka puasa.  Sementara, kami-kami yang bukan muslim pun turut sama menyesakkan suasana sambil-sambil membantu menjana ekonomi setempat.







Ayam percik RM3.00 satu


Kalau sebelum-sebelum ni, kami dua si gaman cuma akan membeli puding karamel, roti john serta sedikit kuih-muih, tapi kali ini budget tersasar sedikit gara-gara ayam percik dan sambal terung. 







Sambal terung RM3.00


Memang bikin lapar owh bila tengok lauk-pauk di sini.  Rasa ayam percik dan sambal terungnya ... fuyooo ... terbaik! ... apa-apapun saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam.






Karipap & Popia RM 2.30


Laksa Sarawak + Yau Char Kuey




Kombinasi Terbaik Punya!!!


Selama ini saya cuma tahu Yau Char Kuey sedap dimakan begitu sahaja atau bersama sapuan kaya dan mentega.  Saya juga tahu kuih ni enak dinikmati bersama bubur panas dan bak kut teh, TAPI saya baru tahu bahawa  Yau Char Kuey sangat sedap dinikmati bersama Laksa Sarawak.  Huh!!! ... memang sedap.  Daripada siapa saya tahu?  Taukeh laksa yang bagi tau ♥‿♥



Diari Makan-Makan Laksa Sarawak


Bila tengok  koleksi gambar-gambar laksa sarawak yang saya pernah makan sebelum ni, terfikir pula mau buka satu blog khas untuk diari jalan-jalan cari laksa  ♥‿♥ kalau boleh siap mau interview lagi taukeh laksa di setiap lokasi ... cewah!!!






Laksa @ Tabuan Jaya






Laksa @ Joo Seng Cafe, Jalan Batu Lintang






Laksa @ India Street, near Police Station






Laksa @ Chilli Peppers, Jalan Simpang Tiga






Laksa @ C121, Stutong






Laksa @ Top Ten, Jalan Song






Laksa @ Golden Arch,






Laksa @ Synergy Square, Matang








Terbaik punya !!! Laksa @ Thompson Corner, Tabuan Jaya


Laksa Sarawak: Kuasa Air Tangan


Perkara pertama yang terlintas di
fikiran saya apabila bangun pagi tadi ialah "Laksa Sarawak".  Di mana
lagi kedai makan di sekitar Kuching yang menyediakan hidangan laksa
sarawak paling umpph!!!???  Gambar di bawah merupakan laksa sarawak yang saya
nikmati pada minggu lepas ketika jalan-jalan cari butang di India
Street.  Rasanya ... not bad kata orang putih.








Laksa Sarawak @ Kuching


Walaupun namanya laksa sarawak, tapi di setiap tempat pasti rasanya
berbeza ... semuanya bergantung kepada keistimewaan "kuasa air tangan"
orang yang menyediakannya.  Orang kata, sekalipun sukatan rempah-ratus yang digunakan 100% sama tapi
air tangan setiap orang tetap memberikan rasa yang berbeza.


 




Presentation yang menarik


Keenakan laksa sarawak juga sudah tentu terletak kepada kuahnya tetapi ada kalanya presentation turut mempengaruhi macam laksa ini. 







**Di mana-mana tempat saya terjumpa laksa gerenti saya akan oder yang
special punya!!!  Huh! betapa hebatnya kecintaan saya terhadap laksa
sarawak.  Mungkin boleh pasang angan-angan jadi duta kecil laksa sarawak ♥‿♥


 

Waffle Gaya Malaysia


Biasanya waffle disapu dengan mentega, mentega kacang, kaya, susu pekat atau madu.  Tapi waffle yang hendak saya ceritakan ini sangat berbeza daripada waffle yang biasa kita makan kerana ianya berintikan rendang ayam ataupun satay ayam.






Waffle gaya kita orang


Kami dua si gaman mencuba waffle rendang ayam dan rasanya memang sedap serta mengenyangkan! Waffle ini boleh didapati di stall Magic Bite, Kuching Sentral dan
terdapat dua pilihan iaitu waffle rendang ayam dan waffle satay ayam. 







Staff Magic Bite


Penyediaannya lebih ringkas berbanding burger, roti john dan kebab kerana waffle tersebut hanya
perlu diletakkan dengan hirisan salad, rendang atau satay dan mayonis.  Sekali lagi saya katakan rasanya memang sedap terutamanya dimakan ketika masih panas-panas ... tidak percaya? ... cuba dulu baru tau ^_^









Magic Bite, Kuching Sentral


Mungkin ini akan menjadi salah satu sebab untuk kami sering datang ke Kuching Sentral.  Bagi sesiapa di sekitar Kuching yang belum pernah mencuba waffle istimewa ini bolehlah buat aktiviti jalan-jalan cari makan di Kuching Sentral selain shopping.

Pau Landak dan Pau Anjing




Pau berbentuk landak dan anjing


Siapa kata pau itu hanya berbentuk bulat?  Saya pun pada mulanya ingat pau itu cuma berbentuk bulat sahaja sebelum terjumpa dua biji pau yang comel berbentuk landak dan anjing seperti gambar di atas.  Gara-gara bentuknya yang tersangat comel jadi dengan sengaja saya membelinya sekadar untuk mencuba.  Harga sebiji RM1.20 dan ini saya beli dari salah sebuah kedai makan di BDC, Kuching.







Inti kacang merah pandan dan kacang hijau


Inti pau ini bukanlah menggunakan isi daging landak dan anjing, cuma bentuknya sahaja yang bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan.  Pau yang berbentuk landak berintikan isi kacang merah dan pandan, manakala pau berbentuk anjing pula berintikan isi kacang hijau. 

Nasi Kukus Ayam Golek Mamak Cafe




RM6.00 sepinggan & RM18.00 seekor


Lagi cerita pasal ayam, tapi kali ini cerita mengenai menu ayam golek yang disediakan oleh salah satu stall Mamak Cafe di Desa Ilmu, Kota Samarahan.  Kedai makan ini terletak berdekatan dengan Warong 2000 dan Siang-Siang Cafe.  Ketiga-tiga kedai makan ini boleh dikatakan kawasan "segi tiga emas untuk makan dan lepak" kerana hampir semua penduduk sekitar serta pelajar-pelajar Unimas dan Uitm tertumpu di sini terutamanya pada waktu malam.  Suasana lagi sesak sekiranya terdapat perlawanan bola sepak.








Selepas:  Licin ...


Berbalik kepada cerita ayam golek tadi.  Stall ayam golek di Mamak Cafe ini baru beroperasi, mungkin sekitar dua bulan lepas dan baru Ahad lepas saya dan si gaman singgah untuk mencuba rasa Nasi Kukus Ayam Golek. Rasa ayam goleknya memang empuk dan sedap.  Hasilnya, pinggan pun licin dan sangat sesuailah dengan ayat promosi "Cuba dahulu baru tahu" yang ditampal pada food display stall tersebut.

Raja Ayam Bakar Kopitiam




Terletak di Jalan Abell, Kuching


Jika raja segala buah dikaitkan dengan buah durian, maka raja segala ayam mungkin boleh dikaitkan dengan Raja Ayam Bakar Kopitiam yang terletak di Jalan Abell, Kuching.  Lokasinya tidak jauh daripada bangunan Sarawak Plaza dan bertentangan dengan Alliance Bank.








Raja Ayam Bakar: RM8.50


Jumaat lepas, saya dan si gaman mengambil kesempatan untuk makan malam di sini.  Saya memilih menu utamanya iaitu Raja Ayam Bakar, sementara si gaman pula memilih untuk makan Raja Ayam Penyet.  Terdapat juga menu lain ditawarkan di sini seperti Raja Ikan Bakar, laksa dan macam-macam lagi termasuklah pencuci mulut.






Raja Ayam Penyet: RM8.50


Kedua-dua menu dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti ulam raja, timun, kubis, tauhu goreng dan tempe goreng.  Daging ayam bakarnya 'not bad' kata orang putih, manakala sambalnya pula memang pedas kaw kaw punya.  Nasinya pula mungkin nasi kukus kerana teksturnya yang agak lembut dan lembab.  





Jadi, sekiranya anda bercadang makan di sini, satu tips untuk menikmati ayam bakar dengan lebih ummph! ialah makan menggunakan tangan, maksudnya jangan gunakan sudu atau garfu.  Next time kami mau cuba Raja Ikan Bakar pula

Twenty Twenty Lokasi Sarapan Pagi Terbaik




Pork porridge + egg RM3.50


Mencari salah satu lokasi sarapan pagi terbaik di Kuching, saya menyarankan agar anda berkunjung ke kedai makan yang hanya popular dengan nama "2020" (twenty twenty).  Terletak di King Centre, Simpang Tiga, kedai makan yang sentiasa dipenuhi pelanggan pada sebelah pagi ini menawarkan pelbagai pilihan pada harga yang berpatutan.  *Sebelum itu, adalah dimaklumkan bahawa kedai makan ini tidak halal.







Popia sayur-sayuran RM2.00


Di sini terdapat pelbagai pilihan sarapan pagi yang boleh dikategorikan sebagai "sedap-sedap belaka".  Selain bubur, popia dan BBQ mee, terdapat juga laksa sarawak, seafood mee serta makanan bergoreng seperti mee goreng, nasi goreng, mee goreng kantonis, mee tomato dan lain-lain untuk dinikmati.







BBQ Mee RM4.00


Selain daripada makanannya yang sedap, kita juga turut mendapat layanan yang mesra dan pantas.  Pelanggan juga tidak perlu terpinga-pinga menunggu lama untuk memesan minuman kerana pelayan-pelayannya di sini sentiasa peka dengan pelanggan.  Malah, mereka juga turut membantu mencarikan tempat duduk kosong untuk pelanggan yang baru datang.  Perkara terakhir yang tidak kurang pentingnya iaitu tandas di sini juga bersih!












Musim Durian Kuning




Urusniaga durian di gerai buah di seberang Wisma Salcra


Sekarang tiba lagi musim durian ... kiri jalan durian ... kanan jalan pun durian ... pendek kata di mana-mana pun ada penjaja durian.  Buah rambutan tu memang belakang kira, orang lebih nampak durian berbanding rambutan yang berlambak-lambak depan mata.







Durian kuning sebesar bola bowling padang :)


Bagi saya yang bukan penggemar buah jenis cekik darah ini (harga mahal tidak berbaloi), cukup sekadar menemankan si gaman membeli durian kuning kegemarannya pada Jumaat lepas.  Harga RM10.00 untuk tiga biji durian yang saiznya cuma sebesar bola bowling padang.





Jika dibandingkan dengan durian putih, durian kuning ini mempunyai aroma yang tidak sekuat durian putih.  Saiz juga jauh berbeza, durian ini tersangatlah kecil dan duri-durinya juga lebih runcing dan rapat-rapat.  Menurut si gaman, ini bukan buah durian tapi  dikenali sebagai buah 'pakan' oleh penduduk di Betong dan Saratok.  Di Sibu pula, ia dikenali sebagai buah 'nyekak'.








Senyuman Mangkuk Laksa Sarawak




Senyuman Mangkuk Laksa


Pagi tadi, dalam keadaan sakit gigi pun sempat juga  saya bawa si gaman singgah untuk breakfast laksa sarawak kegemaran kami di Thompson Corner, Tabuan Jaya.  Macam yang pernah saya ceritakan, dalam seminggu WAJIB sekurang-kurangnya sekali makan laksa di sini.  Kalau tidak, memang rasa hidup tidak sempurna konon-kononnya ^_^







Laksa Medium RM5.00


Bila sekali seminggu makan laksa, maknanya kenalah order yang mangkuk medium berharga RM5.00 semangkuk.  Itu taukeh pun memang sudah tersangat-sangat kenal 'muka laksa' kami dua si gaman, cuma sebut "Taukeh, laksa dua lima" (maksudnya, laksa RM5.00 dua mangkuk) gerenti dia faham punya.





p/s:  Gigi tidak dapat dicabut menggunakan kaedah biasa :( saya dinasihatkan merujuk kepada Klinik Pergigian Kerajaan untuk menjalani pembedahan kecil.  Nampaknya, terpaksa bergantung kepada pain killer saja la sehingga Isnin :(













iGlool Snow Ice King's Center




iGlool King's Center, 11.00am - 10pm


Mencari tempat lepak paling selesa dan nyaman di Kuching?  IGlool King's Center merupakan tempat yang paling sesuai dan selesa untuk menghabiskan masa seorang diri, bersama keluarga ataupun rakan-rakan.   Hari ini sahaja, saya single trang-tang-tang lepak di sini kira-kira 2 jam 30 minit sementara menantikan si gaman balik kerja.







Chocolate Peanut Snow Ice, RM5.50


Sambil menikmati aiskrim perisa coklat kegemaran, saya juga memang sudah prepare awal-awal bawa laptop untuk melayari internet menggunakan kemudahan Wifi percuma di sini.  Lebih best lagi, tidak perlu bimbang bateri laptop habis sebab terdapat juga kemudahan plug untuk mengecas.  Harga aiskrim? memang cukup berpatutan dengan kemudahan dan keselesaan yang disediakan.





p/s:  Masih tidak puas hati dengan harga RM30.00 yang dikenakan untuk gunting rambut di sebuah salon di King's Center, Kuching.  Harga tidak berbaloi dengan perkhidmatan yang diterima.  Hati sejuk sikit lepas makan aiskrim coklat :)













Juadah RON97 Buat Perut Tidak Happy




Ice Lemon Tea RM2.00 segelas


"Terperanjat beruk" kami dua si gaman pada petang semalam apabila diberitahu bahawa dua gelas Ice Lemon Tea berharga RM4.00.  Nasib baik tahap terkejut kami tidak mengubah kami menjadi beruk hehehehe ... Kalau duduk di restoran berhawa dingin ok jugalah, tapi ni duduk di kedai makan biasa.







Laksa Special RM5.00


Memandangkan saya ni memang penggemar laksa, jadi bila-bila masa pun boleh makan laksa, tidak kira pagi, tengahari ataupun malam.  Si gaman order nasi campur saja.  Laksa Special yang saya order ni pun boleh tahan juga harganya iaitu RM5.00 biarpun kuantitinya lebih layak pada harga RM4.00.  Wat 2 do la, sudah terlanjur order.  Ini gerenti taukeh kedai ini guna minyak RON97 itu sebab semua makanan di sini agak mahal.  Kesimpulannya, kenaikan harga minyak selalu bikin perut tidak happy ^_^












Laksa Sarawak Mangkuk Oren @ Golden Arch


@Sabtu, 25 Jun lepas saya dan si gaman cuba bertukar selera laksa untuk merasai laksa sarawak yang dikatakan sedap di Golden Arch Shopping Mall berdekatan bulatan Sungai Maong, Batu 3, Kuching.  Di bangunan yang sebenarnya bukan shopping mall ini terdapat dua buah kedai makan bersebelahan iaitu Golden Cafe & Restaurant dan Golden Arch Cafe.  Kedua-duanya juga mempunyai gerai laksa sarawak ... jadi mana satu yang  dikatakan sedap?  Laksa mangkuk oren atau pun laksa mangkuk merah?







Laksa di Golden Cafe & Restaurant


Akhirnya kami dua si gaman memutuskan untuk memilih laksa mangkuk oren di Golden Cafe & Restaurant berikutan kebanyakan pelanggan di situ nampak berselera makan laksa yang disediakan dalam mangkuk oren.  Rasanya mungkin sedap bagi mereka yang gemarkan lebih lemak tetapi bagi kami dua si gaman kuah laksa tersebut terlalu banyak santan.  Apa-apapun, habis jugalah kami makan sebab sudah alang-alang order yang medium size RM5.00 ... membazir kalau tidak habiskan ^_^







Durian Puff


Di tempat yang sama, kami juga mencuba pemanis mulut istimewa iaitu 'Durian Puff'.  Faham-faham sajalah kalau makanan berasaskan durian ni memang harganya pun berduri juga, dua biji RM4.50 dan rasanya memang sedap biarpun saya ini bukan penggemar durian.  Rasanya next time datang sini, kami akan cuba laksa mangkuk merah pula.  Macam Laksa Hunter sudah pula kami dua si gaman ni ^_^

Salad Udang Buah-Buahan







Bahan-Bahan:


300 gram udang sederhana besar


100 gram mayones


1 biji epal


1/2 biji timun


1/2 biji lobak merah





Cara Membuat:


Buang kulit udang dan rebus.


Potong dadu buah epal, timun dan lobak merah.


Gaulkan kesemua bahan tadi dengan mayones.


Simpan di dalam peti sejuk selama setengah jam sebelum dihidangkan.












Roti Gulung Sosej


Saya bukannya pandai sangat memasak tetapi saya ni jenis yang suka sangat mencuba dan mengubahsuai resepi sesuatu masakan itu sesuai dengan selera saya.  Tapi, dengan syarat resepi tersebut haruslah ringkas dan bahan-bahannya mudah didapati.  Berikut di bawah saya kongsikan resepi roti gulung sosej yang diadaptasi daripada resepi roti gulung ubi keledek.








Bahan-bahannya: 


10 keping roti


Sebungkus sosej


Sedikit tepung goreng cucur segera


Minyak untuk menggoreng










Cara membuatnya:  


Biarkan roti semalaman di dalam peti sejuk.  Setelah dibiarkan sejuk semalaman, potong
kulit tepi roti kemudian golek roti dengan penggelek sehingga
rata dan nipis.  Selepas itu, ambil sosej dan gulungkan.  Boleh dibiarkan panjang
ataupun dipotong kepada tiga bahagian.






Panaskan
minyak masak di dalam kuali.  Sementara itu, bancuh sedikit tepung
goreng cucur segera (Adabi/Nona) untuk menjadikan roti sosej gulung
lebih rangup.  Celupkan roti gulung sosej tadi ke dalam bancuhan tepung
kemudian goreng sehingga garing.  Angkat dan hidangkan bersama sos cili dan mayonis.  Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi ataupun sewaktu minum petang.  Selamat mencuba!