Video pertama kali Skyler ketawa & meniarap

Seronoknya! setiap perkembangan MGB Junior sangat mengujakan kami berdua.  Tidak sekadar mengambil gambar, kami juga berjaya merakamkan detik-detik pertama Skyler ketawa dan meniarap.  Pendek kata, memang kamera sentiasa 'standby'.

8 Feb:  Rakaman Skyler ketawa melihat gelagat apai dia


9 Feb:  Aksi Skyler berusaha untuk meniarap

Kuaci snek yang melalaikan

Tidak juga sedap sangat tapi kalau sudah makan susah mau berhenti
Kuaci ... kuaci ... kuaci ... snek yang saya boleh kategorikan sebagai snek yang meLALAIkan.  Saya tidak pasti dengan orang lain, tapi pengalaman sendiri ... memang kalau makan kuaci bunga matahari ni, saya akan terlalai dalam melakukan tugas.  Apa lagi kalau dimakan beramai-ramai ... huh! gerenti selagi tidak habis, selagi itulah tidak berhenti dan tidak berganjak.

Imbas kembali zaman sekolah menengah dahulu, ingat-ingat lupa sama ada masa tingkatan tiga atau tingkatan empat.  Hampir satu sekolah ketagih makan kuaci, sehinggakan pihak sekolah melarang kuaci dibawa ke sekolah dan mana-mana pelajar yang tertangkap dengan kuaci akan didenda.  Mana tidaknya, parit-parit dipenuhi dengan sampah kulit kuaci ... makcik-makcik cleaner masa tu pun bising mulut gara-gara terpaksa membersihkan parit setiap hari.  #RinduZamanSekolahPula

Lepas tu, lama juga saya mengelakkan diri daripada makan kuaci ... kalau makan pun saya akan ambil sedikit sahaja.  Cuma baru-baru ni kami dua si gaman ada membeli kuaci.  Huh! jangan cerita la ... Bikin heran juga kan, kuaci bukannya sedap sangat ... Tapi bila sudah makan susah sangat mau berhenti.

Saya lama tidak update blog ni pun gara-gara kuaci juga ... hahaha ... mana tidak, lepas habis stok ... beli lagi ... habis stok ... beli lagi.  Sekarang ni stok kuaci di rumah sudah habis, jadi adalah kesempatan update blog ... update pun cerita pasal kuaci juga hahaha ... bah, sekian saja la untuk hari ini.

Sibuk Menjadi Ibubapa

Entri pertama pada tahun 2015.  Sejak MGB bergelar ibubapa, masa untuk meng'online'kan diri semakin terhad.  Kebanyakan masa tertumpu kepada si kecil MGB Junior.
  
Guna cara lama untuk menidurkan si kecil
Mungkin perkongsian cerita bakal tertumpu kepada keibubapaan pula lepas ni. Maklumlah, selepas tujuh tahun penantian ... jadi setiap perkembangan si kecil MGB Junior ni sangat bermakna buat kami.

Anak apai
Menjadi ibubapa buat pertama kalinya sangat mengujakan dan mencabar ... sering kali terkena serangan "baby blues".  Sekarang Skyler sudah masuk empat bulan, dia sekarang sudah pandai bermain dengan tangannya sendiri, menyentuh objek dan paling seronok Skyler sudah semakin mengenali kami.  Setiap kali bangun tidur dia mesti senyum bila melihat kami :)

Skyler seronok bila ditiarapkan
  

Selamat Hari Natal 2014 & Tahun Baru 2015


Si Putih juga wajib masuk dalam gambar keluarga :)
Tahun ini juga merupakan natal pertama buat si kecil Skyler.  Natal tahun ini juga sangat mengujakan kerana ini merupakan natal pertama saya & si gaman sebagai ibubapa.  Tidak lupa juga, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 yang bakal tiba.  Semoga semua yang dirancang berjalan dengan lancar.

Dahulu ber'TIGA kini ber'EMPAT

Lama tidak update blog MGB ... Kalau rumah ... gerenti sudah penuh dengan habuk dan sawang labah-labah.  Update terakhir pun pasal PR Lazada (Fav online store MGB).  Semua ini kerana keadaan kurang sihat yang saya alami sepanjang tempoh mengandung ... huh! keadaan sangat-sangat tidak mengizinkan untuk membuat sebarang update.

Tujuh tahun menanti dengan penuh pengharapan, akhirnya kami menerima anugerah dan berkat paling terindah daripada Tuhan iaitu seorang anak.  Kuasa Tuhan memang mengatasi segalanya, walaupun dengan masalah "bicornuate uterus" yang saya miliki ... akhirnya kami bergelar apai & indai.

2 hari
Dari segi emosi memang sangat tertekan sepanjang tempoh tersebut kerana doktor pakar mengatakan bahawa peluang untuk mendapat anak sangat sukar kerana risiko keguguran sangat tinggi, sama seperti kandungan yang terdahulu.  Pada kandungan yang keempat ini pun sudah tidak terkira berapa kali saya turun naik ... keluar masuk hospital ... sangat meletihkan dan mengganggu emosi kami berdua.  Bermacam-macam cabaran yang sukar untuk diceritakan.

5 hari
Tapi, seperti yang saya nyatakan tadi ... kuasa Tuhan mengatasi segalanya.  Skyler Francis, bayi lelaki seberat 2.3kg lahir pada 23 September 2014, jam 5.34 petang di Hospital Umum Sarawak (HUS) ... tidak cukup bulan tapi usia kandungan berjaya mencapai 36 minggu.  Puji Tuhan.

2 bulan 4 hari, latihan meniarap
Kini, keluarga MGB sudah ber'EMPAT.  Ada saya dan si gaman, si Putih (kucing kesayangan MGB) serta penyeri hidup kami, Skyler merangkap MGB Junior.  Hari ini MGB Junior genap tiga bulan.  Selamat datang ke dunia blogging MGB Junior.

Skyler Francis genap 3 bulan hari ni.