MGB & Walai Krusye @ CNY Bazaar

MyGamanBorneo (MGB) dan Walai Krusye, daripada blog kepada perniagaan.  Kalau dahulu cuma blog kraf Walai Krusye sahaja yang terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan, kini blog MGB milik kami dua si gaman juga turut menerjunkan diri dalam dunia perniagaan.

Tokeh MGB & Walai Krusye
Dunia perniagaan ... cewah!  Berbeza dengan Walai Krusye yang fokus kepada produk kraftangan, MGB pula memilih untuk memperkenalkan produk makanan dan minuman tambahan kesihatan TYZO Buah Tunjuk Langit.  KLIK link ini untuk ketahui khasiat buah tunjuk langit.

Tokeh MGB no.2
CNY Bazaar ini dianjurkan oleh The Bloom Bazaar (TBB) dan ini merupakan kali pertama kami menyertai flea market anjuran TBB.  Sebelum ini, kami pernah menyertai Tweet Market dan Green Heights Mall Weekend Flea Market.

Sesi layan diri dengan benang & jarum
Gambar-gambar di bawah merupakan antara penjaja yang menyertai CNY Bazaar bertempat di Riverside Shopping Mall Kuching pada 18 dan 19 Januari lepas.  Terdapat 13 penjaja yang terlibat.  Kebanyakan mereka mempunyai kedai online dan sering menyertai flea market sebagai salah satu langkah promosi.

Menjual pelbagai barangan keperluan wanita

Menjual pelbagai makanan dan minuman untuk CNY

Menjual pakaian dan aksesori wanita

Menjual pelbagai jenis kek dan manisan

MGB & Produk Tyzo @ CNY BAZAAR 18 - 19 Jan

Stok produk TYZO Buah Tunjuk Langit untuk CNY Bazaar
Buat julung-julung kalinya MGB akan keluar mempromosi makanan/minuman tambahan kesihatan TYZO Buah Tunjuk Langit di CNY BAZAAR bertempat di Riverside Shopping Complex, Kuching pada 18 dan 19 Januari, dari 11.00 pagi hingga 9.00 malam.   

Hamper CNY
Memandangkan temanya ialah sambutan Tahun Baru Cina, tercetus idea di kepala kami dua si gaman untuk menyediakan hamper produk Tyzo Buah Tunjuk Langit dan hasilnya seperti yang dalam gambar.  

Ok lah, sesiapa yang terbaca entri dan berada di sekitar Kuching atau Kota Samarahan sudi-sudilah singgah ke gerai kami.

Walai Krusye @ Green Heights Mall Flea Market

Antara barangan Walai Krusye
Walai Krusye? Selain blog MyGamanBorneo, Walai Krusye merupakan salah sebuah lagi blog yang saya kendalikan.  Berbeza dengan blog MyGamanBorneo, blog Walai Krusye lebih cenderung kepada perkongsian hobi krusye saya.

Hari pertama (6 Julai 2013)
Walai bermaksud rumah dalam bahasa Kadazan Dusun, manakala krusye pula merupakan seni mengait menggunakan jarum satu.  Jadi Walai Krusye kalau dalam bahasa English ialah 'House of Crochet'.  

Hari kedua (7 Julai 2013)
Jika dahulunya hanya sebuah blog, kini Walai Krusye telah menjadi sebuah perniagaan yang telah didaftarkan dengan nama Walai Krusye Enterprise pada 8 Oktober 2012 yang lalu ... satu perkembangan yang baik bukan? cewah ♥‿♥

Jualan makanan
Pun begitu, perniagaan ini hanya dijalankan secara kecil-kecilan memerusi online dan sekali sekala saya akan mengikuti 'flea market' yang dianjurkan oleh mana-mana pihak seperti Green Heights Mall Flea Market pada 6 dan 7 Julai lepas.  

Pre-love item
Ini merupakan kali kedua saya menyertai aktiviti jualan terbuka sebegini, sementara kali pertama di TweetMarket TweetUpKuching pada 8 Disember 2012.  Maklumlah belum mampu untuk menyewa dalam jangka masa panjang, jadi peluang seperti inilah yang cuba saya manfaatkan untuk mendapat pengalaman lebih luas dalam perniagaan.

Sheena's Handmade House
Sambutan daripada para pengunjung pada ketika itu sangat menggalakkan.  Lebih menyeronokkan lagi apabila saya berpeluang bertemu dengan individu-individu yang mempunyai minat yang sama.  Cuma ruang dan masa tidak sesuai, kalau tidak ... rasanya boleh lepak berjam-jam lamanya berbual mengenai hobi kait-mengait ni.

Ok la, setakat ini sahaja.  Sehingga bertemu lagi pada entri akan datang.  Kepada penggemar krusye bolehlah luangkan masa berkunjung ke blog Walai Krusye dan FB Walai Krusye.